You are on page 1of 2

Ke Atas

Iswadi Mohamad (kiri) bersama sahabatnya, Shalul Abdul Aziz menunjukkan lemang di masak menggunakan tin minuman di Doha, Qatar.

KOTA BHARU - Rindu keenakan lemang pada hari raya, dua rakan karib yang kini tinggal di Doha, Qatar sanggup memasak
juadah berkenaan menggunakan tin minuman terpakai.

Dua sahabat itu, Iswadi Mohamad, 38, dari Kelantan dan Shalul Abdul Aziz, 38, dari Kedah merupakan kakitangan sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa kini menetap di Doha sejak tiga tahun lalu.

Iklan

Singapore Roofing Specialist - Solve All Your


Roof Problems

amberservices.net VISIT SITE

Menurut Iswadi, pada hari raya lepas dia dan Shalul amat rindukan juadah dari Malaysia terutama keenakan lemang sehingga
timbul idea untuk memasak juadah itu.

“Namun di Doha kami susah untuk mendapatkan buluh. Malah untuk bertemu buluh juga adalah agak mustahil di sini.

“Resepi ini sama dengan lemang menggunakan buluh cuma bezanya buluh itu diganti dengan tin minuman. Bahan-bahannya
ialah beras pulut, santan, garam dan gula,” ujarnya sewaktu dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Iswadi berkata, cuma daun pisang dia akan bawa dari Malaysia atau dikirim kepada rakan atau saudara mara yang
berkunjung ke Doha.

“Pulut ini kemudian akan dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 350 darjah Celsius selama 2 jam 30 minit.

“Rasanya sedikit berbeza dengan lemang dimasak dengan buluh namun tetap enak dimakan bersama kari ayam dan
rendang,” katanya.

Tambahnya, dia bersama rakan karibnya itu akan menyambut Hari Raya Aidiladha nanti di Doha jadi mereka akan
menggunakan kaedah itu untuk menyediakan lemang dan menjamu bersama orang ramai. - K! ONLINE 

Tag Berkaitan
Makanan dan Minuman Hal Ehwal Masyarakat Semasa

Iklan
Singapore Roofing Specialist - Solve All Your
Roof Problems
amberservices.net VISIT SITE

Facebook 531 Twitter Telegram WhatsApp Google+ Pinterest Gmail More

Artikel Berkaitan

KPWKM teliti premis JKM agar Fama Kedah sedia bantu jika terjadi Sultan Nazrin tuntut bangsa Gantung diri punca kematian

Nelayan maut akibat serangan Lelaki tembak rakan selepas tidak Etnik Rohingya mahu jaminan Wanita warga emas bakar diri guna

Popular
Tuntutan ke atas Sabah tidak berasas - Wisma Putra

'Ibu dan Farid semakin serasi'

B-23 Malaysia bakal tarik diri

Calon bebas, K. Murthy mahu ikut jejak Mahathir

CEO Bank Islam letak jawatan

Bayi 10 bulan jatuh di rumah pengasuh meninggal dunia

A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda

You might also like