You are on page 1of 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫مـن‬ ِ ْ‫الرح‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
‫اربَّنَا لَكَ ْال َح ْم ُد َك َما يَ ْن َب ِغ ْي ِل َجالَ ِل َوجْ ِهكَ اْلك َِري ِْم َو َع ِظي ِْم‬
َ َ‫ئ َم ِز ْي َدهُ ي‬ ُ ِ‫ب ْال َعا َل ِميْنَ َح ْمدًا ي َُوافِى نِ َع َمهُ َويُكَاف‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِهللِ َر‬
‫ض ْي لَنَا ِب َها َج ِم ْي َع‬ ِ ‫صالَة ً ت ُ ْن ِج ْينَا ِب َها ِم ْن َج ِميْعِ اْأل َ ْه َوا ِل َواْآلفَا‬
ِ ‫ت َوت َ ْق‬ َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬َ ‫س ِل ْم َعلَى‬ َ ‫ص ِل َو‬ َ ‫ اَل َّل ُه َّم‬. َ‫طانِك‬ َ ‫س ْل‬
ُ
ِ‫ت ِم ْن َج ِميْع‬ ِ ‫صى اْلغَا َيا‬َ ‫ت َوت ُ َب ِلغُنَا ِب َها أ َ ْق‬
ِ ‫ت َوت َْرفَعُنَا ِب َها ِع ْندَكَ أ َ ْعلَى الد ََّر َجا‬ ِ ‫ط ِه ُرنَا ِب َها ِم ْن َج ِميْعِ الس َِّيئ َا‬ َ ُ ‫ت َوت‬ِ ‫ْال َحا َجا‬
‫سالَ ُم‬َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫ ا َ ْل َح ْم ُد ِهللِ الَّذِى جعل لنا متزوجين َوال‬. َ‫صحْ بِ ِه أَجْ َم ِعيْن‬ َ ‫ت َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ ِ ‫ت فِى ْال َحيَاةِ َوبَ ْع َد ْال َم َما‬ ِ ‫ْال َخي َْرا‬
َ ‫اء َو ْال ُم ْر‬
‫س ِليْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين َو َعلَى َءا ِل ِه الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين‬ ِ ‫َعلَى أ َ ْش َر‬
ِ َ‫ف اْأل َ ْنبِي‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-
pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad
rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah,
pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran
kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan
oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi
pernikahan anakanda mereka.
‫اَللَّ ُه َّم يَا َر ِح ْي ُم يَا َود ُْو ُد ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga
ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan
berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke
akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya
Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu
kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan
dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang
soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal
A’lamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta
eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air
& tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub &
Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda
Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah
dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

‫ش ِقيًّا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما يَا أَ ْك َر َم‬ ُ ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَفَ ُّرقَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا َم ْع‬
َ ‫ص ْو ًما َوالَتَجْ عَ ْل فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا‬
َ ‫صلَّى هللا ُ َعلى‬
‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه‬ َ ‫ار َو‬ َ َ‫سنَةً َوقِنَا َعذ‬
ِ َّ‫اب الن‬ َ ‫آلخ َرةِ َح‬ ِ ْ‫سنَةً َوفِى ا‬ َ ‫ َربَّنَا َءا ِتنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح‬. َ‫اْأل َ ْك َر ِميْن‬
َ‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ‫صحْ ِب ِه أَجْ َم ِعيْنَ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َر‬
َ ‫َو‬
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan
dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada
segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan
yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan
kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya.
Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu.
Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan tengahari ini,
iaitu _____________________________ dan __________________________,
kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah


menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha
suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari
apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada
kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah
satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah
iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan
pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan
tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih
sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam
walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas
kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup
jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak
yang banyak kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah
orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam
memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih
terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang
haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci
terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk
menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini
dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih
yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua
sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu
ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai
yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang
berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta
mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa
Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah
melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari
‫‪ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan‬‬
‫‪mempertemukan mereka dalam kebaikan.‬‬

‫ض اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَفَ ُّر َقنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا‬
‫ت َواأل َ ْر ِ‬ ‫اَللَّ ُه َّم يَا َحنَّانُ يَا َمنَّانُ يَا بَ ِد ْي َع الس َ‬
‫َّمـوا ِ‬
‫سنَةً َوقِنَا‬ ‫سنَةً َوفِى اْ ِ‬
‫آلخ َرةِ َح َ‬ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْ‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‪َ .‬ربَّنَا َءاتِنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح َ‬ ‫ص ْو ًما َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َ‬
‫َم ْع ُ‬
‫سنَا َو ِإ ْن لَّ ْم تَ ْغ ِف ْرلَنَا َو ت َْر َح ْمنَا‬ ‫ار يَا َربَّ ْالعَالَ ِميْنَ ‪َ .‬ربَّنا َ َ‬
‫ظلَ ْمنا َ أ َ ْنفُ َ‬ ‫اب النَّار ‪َ .‬وأَد ِْخ ْلنَا ْال َجنَّةَ َم َع اْالَب َْر ِار يَا َع ِزي ُْز يَا َغفَّ ُ‬ ‫َعذَ َ‬
‫ص َّلى هللا ُ َعلَى‬ ‫الر ِح ْي ُم ‪َ .‬و َ‬ ‫لَنَ ُك ْون ََّن ِمنَ ْالخَا ِس ِريْنَ ‪َ .‬ربَّنَا تَقَب َّْل ِمنَّا ِإنَّكَ أ َ ْنتَ الس َِّم ْي ُع ْال َع ِل ْي ُم َوتُبْ َعلَ ْينَا ِإنَّكَ أَ ْنتَ التَّ َّوابُ َّ‬
‫ب ْال َعالَ ِميْنَ‬
‫صحْ ِب ِه أَجْ َم ِعيْنَ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َر ِ‬
‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو َ‬
‫َ‬

You might also like