You are on page 1of 4

KESETIAAN KEPADA

NEGARA
UNIT 33
MAKSUD PERKATAAN BARU
1. Kewarganegaraan
Maksud : kerakyatan sesebuah negara
Ayat : kerana kesalahannya itu, maka kewarganegaraannya telah dilucutkan.
2. Keutuhan
Maksud : keadaan sempurna (tidak rosak, tidak pecah dsb)
Ayat : keutuhan kereta itu dikekalkan walaupun telah lama digunakan.
3. Kedaulatan
Maksud : kekuasaan yang tertinggi, keadaan berdaulat.
Ayat : askar melayu telah berjuang mati-matian untuk mempertahankan
kedaulatan nusa dan bangsa.
MAKSUD PERKATAAN BARU
4. Maruah
Maksud : kehormatan atau harga diri (seseorang); nama baik
Ayat : kita mesti menjaga maruah diri dan maruah bangsa kita.
5. Kemakmuran
Maksud : keadaan banyak penduduk serta mewah serba-serbi; serba cukup;
tidak kurang
Ayat : kemakmuran sesebuah negeri bergantung kepada kerajinan penduduk-
penduduk sendiri.
MAKSUD PERKATAAN BARU
6. Martabat
Maksud : tingkatan atau taraf ( dalam kedudukan, keturunan dll)
Ayat : seseorang raja yang memerintah mempunyai martabat yang tinggi.
7. Keharmonian
Maksud : keadaan kesesuaian, keselarasan
Ayat : keharmonian nada lagu itu menenangkan fikirannya.

You might also like