You are on page 1of 13

SALMIAH BINTI RAMLI

BAB 1 : KONSEP KENEGARAAN

SISTEM PENGASINGAN
KERAJAAN • MENGENAL
KUASA
PERBEZAAN
• DEFINISI • MENGENAL • Monarki • KONSEP,
PERBEZAAN SISTEM &
• CIRI-CIRI • Republik STRUKTUR
• Persekutuan • Autokrasi • Pentadbiran
• Kesatuan • Demokrasi
KONSEP • Perundangan
NEGARA • Konfederasi BENTUK • Kehakiman
NEGARA

DEFINISI ‘NEGARA’

 ialah sebuah wilayah fizikal yang didiami oleh sekumpulan penduduk, mempunyai sempadan,dan
ditadbir oleh sebuah kerajaan.
 Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
 Suatu masyarakat @ komuniti yang mendiami sebuah kawasan @ wilayah secara tetap & diperintah
oleh sebuah kerajaan.

Konsep NEGARA ialah:


 Mempunyai Sempadan/wilayah fizikal yang tetap dan jelas.
 Mempunyai penduduk yang tetap.
 Mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik
 Mempunyai kedaulatan iaitu berupaya menentukan halatuju dan nasib bangsa sendiri.

CIRI-CIRI NEGARA MALAYSIA

 Sempadan yang tetap dan diiktiraf


o Sempadan Malaysia diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia
berkuasa penuh terhadap kawasan perairan dan ruang udara Malaysia. Kuasa autonomi ini dihormati oleh
kuasa asing. Sebarang pencerobohan wilayah negara akan dianggap sebagai pencabulan kedaulatan dan
kerajaan Malaysia berhak menentang sebarang pencabulan kedaulatan wilayah ini.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 1


SALMIAH BINTI RAMLI

 Penduduk yang tetap


o Penduduk tetap di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

 Kerajaan yang teratur dan sistematik


o Pertukaran kerajaan di Malaysia berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan melalui proses pilihan
raya. Maka, penguakuasaan undang-undang berlangsung sepanjang masa.

 Mempunyai kedaulatan/ merdeka


o Malaysia berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara-negara lain.

 Mempunyai Ideologi negara sendiri


o Mengamalkan demokrasi berparlimen. Selain itu, setiap pemimpin membawa ideologi masing-masing
antaranya gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku individu,
masyarakat dan negara.

 Mempunyai identiti tersendiri


o Mempunyai perlembagaan bertulis, agama rasmi iaitu agama islam, bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia,
simbol atau lambang negara, bendera negara, lagu Negaraku dan lain-lain.

sempadan tetap Penduduk tetap Kerajaan teratur


dan sistematik

Berdaulat Beridentiti Ideologi sendiri

KONSEP KEDAULATAN

 Istilah “ kedaulatan”merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris, ‘sovereignty’ dan dalam bahasa
Itali disebut ‘sovranus’ atau ‘superanus’ dalam bahasa Latin.
 Istilah ini membawa maksud tertinggi.
 Oleh itu, Kedaulatan dapat ditakrif sebagai hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah
kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
 Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-
undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada lantaran sifatnya yang mutlak.
 Kadaulatan wujud kerana adanya wilayah
 Kedaulatan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
o Kedaulatan politik
o Kedaulatan yang sah
 Kedaulatan politik ialah kuasa rakyat yang dilaksanakan melalui pilihan raya untuk memilih kerajaan.
 Kedaulatan yang sah ialah kuasa ketertinggian Perlembagaan dan undang-undang negara yang
dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 2


SALMIAH BINTI RAMLI

• Malaysia sebagai sebuah negara merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13
buah kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya).

CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT

 Merdeka iaitu bebas dari dijajah oleh kuasa lain.


 Berkuasa sendiri. Iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh
kuasa asing.
 Berwibawa. Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara lain.
 Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri seperti bendera dan jata diri untuk corakkan politik dan sosial
sendiri.

CIRI SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

 Mengamalkan demokrasi berparlimen(Parlimen dwidewan dan bercorak (Westminster)


 Mempunyai Raja Berperlembagaan (YDPA sebagai ketua negara)
 Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
 Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
 Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

SISTEM KERAJAAN

• Kerajaan merujuk kepada badan atau institusi yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran (fungsi-
fungsi pengurusan ) dan pemerintahan negara.
• Merangkumi semua badan yang mengubal, mentafsir, dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan
negara dan kebajikan rakyat.

• Kerajaan terdiri daripada 3 komponen iaitu:


a) Badan Perundangan/Legislatif.
b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.
c) Badan Kehakiman/Judisiari

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 3


SALMIAH BINTI RAMLI

YDPA

MRR

BADAN BADAN BADAN


PERUNDANGAN EKSEKUTIF KEHAKIMAN

• Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan untuk [tugas-tugas]:


 Menjalankan urusan pentadbiran dan
 Menguatkuasakan undang-undang.

Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif /Badan Kehakiman:-

BADAN FUNGSI

Perundangan Menggubal Undang-Undang

Eksekutif Menguatkuasa dan melaksana


undang-undang.
Melaksana dasar-dasar awam.

Kehakiman Mentafsir undang-undang.


Menjatuhkan hukuman.

TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

1. Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara
i. Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance)

2. Menyediakan kemudahan ekonomi


i. Kemudahan insfrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan
pembangunan ekonomi
ii. Menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut
garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan

3. Menyediakan pelbagai perkhidmatan


i. Berperanan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan
ii. Segala perkhidmatan ini disediakan untuk keperluan masyarakat (kerajaan dan swasta)

4. Memastikan keamanan dan ketenteraman


i. Memastikan situasi negara terkawal dan stabil

5. Menstabilkan persaingan
i. Tindakan dan pemantauan perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam
konteks seimbang

6. Perlindungan Alam Sekitar


i. Berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar.
ii. Pembangunan hendaklah dilaksanakan secara lestari

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 4


SALMIAH BINTI RAMLI

7. Penyediaan Keperluan Asasi


i. Memastikan keperluan asas rakyat di lengkapi terutama golongan berpendapatan rendah
ii. Kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.

8. Memastikan kestabilan ekonomi


i. Kerajaan perlu melaksanakan strategi terbaik untuk memastikan kestabilan ekonomi.

Menyediakan
pelbagai
perkhidmatan
Memastikan Menyediakan
keamanan dan kemudahan
ketenteraman ekonomi

Menentukan
Menstabilka Peranan arah tadbir
n persaingan Kerajaan urus negara

Penyediaan
Perlindungan
Keperluan
Alam Sekitar
Asasi
Memastikan
kestabilan
ekonomi

JENIS KERAJAAN

Antara jenis kerajaan utama ialah :


a) Kerajaan Konfederasi
b) Kerajaan Kesatuan
c) Kerajaan Persekutuan

KESATUAN

KONFEDERASI
JENIS
KERAJAAN

PERSEKUTUAN

KONFEDERASI

• Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan “Kerajaan Negeri”.


• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi. Di
mana kerajaan negeri mempunyai kebanyakkan kuasa pemerintahan.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 5


SALMIAH BINTI RAMLI

• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa terhad.


• Sistem kerajaan ini wujud atas dasar perjanjian yang longgar antara Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri.
• Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini.

KESATUAN
• Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan Negeri.
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
• Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat.
• Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand, Britain, Perancis, Denmark dan Indonesia.

KERAJAAN
PUSAT

KERAJAAN
NEGERI

PERSEKUTUAN
• Mengikut sistem ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran
dan pemerintahan negara.
• Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam perkara-perkara tertentu.
• Lazimnya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab dalam perkara umum seperti
pertahanan,kewangan,pendidikan dan sebagainya dan hal ehwal luar negara.
• Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama,tanah,perhutanan dan
sebagainya yang tidak perlukan keseragaman.
• Contoh: Malaysia,Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India

KERAJAAN KERAJAAN
PUSAT NEGERI

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 6


SALMIAH BINTI RAMLI

BENTUK NEGARA

• Terdapat pelbagai bentuk negara yang diamalkan di seluruh dunia.

Bentuk Ciri-Ciri Contoh


negara

Monarki -kuasa penuh di tangan raja atau sultan. Brunei


-raja atau sultan mempunyai kata putus Darussalam
-Tiada parti politik Arab Saudi
-warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan kuwait
-pentadbiran dijalankan oleh kaum kerabat atau sultan
- menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa

Autokrasi -diperintah oleh seorang individu / badan Cuba dan Korea


politikberkuasa mutlak Utara.
-pemerintahan secara kejam dan kekerasan untuk
kekalkan kuasanya.

Totalitarian - Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya.


-Mempunyai banyak tanah jajahan.
- -Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.
-Pemimpin berkuasa mutlak.

Sosialis -bersifat kemasyarakatan (utamakan Algeria, Laos


rakyat berpendapatan rendah).
- -Hak perseorangan tidak dipentingkan
tetapi milik negara.

Republik - ketua negara ialahPresiden yang merupakan rakyat India dan


biasa Singapura
-Tiada raja yang memerintah. Amerika
-mengamalkan demokrasi(pemilihan Presiden dilantik Syarikat
atau melalui pilihanraya) Filipina
- Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem Sri Lanka
presiden atau sistem separa presiden. Peranchis
Portugal
Taiwan
Pakistan

Komunis -Semua anggota masyarakat Korea Utara


sama dari aspek sosial.
-Tidak percaya wujudnya Tuhan.
-Menggunakan kekerasan untuk
mencapai tujuan.
- Ekonomi dimiliknegarakan.

Demokrasi -Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya Malaysia dan


Berparlimen bebas. Thailand.
-Hak Asasi rakyat terjamin.
-Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea
-Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri
sebagai ketua kerajaan.
-Pengundian dalam pilihanraya dibuat secara sulit.
-konsep ‘kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat’
-mengamalkan doktrin pengasingan kuasa

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 7


SALMIAH BINTI RAMLI

Cadangan Pembentukan Malaysia

27 Mei 1961 semasa Tuanku Abdul Rahman Jawatankuasa Perundingan


menghadiri Persidangan mengadakan lawatan ke Sabah, Perpaduan Kaum (JPPK)
Sarawak dan Brunei untuk ditubuhkan pada bulan Julai
Persatuan Wartawan Luar menerangkan konsep dan 1961 untuk menerangkan
Negeri Asia Tenggara di matlamat pembentukan pembentukan Malaysia kepada
Singapura Persekutuan Malaysia. penduduk.

Anggotanya:
Ogos 1962, Jawatankuasa
Suruhanjaya Cobbold juga •Lord Cobbold antara Kerajaan (JAK) yang
ditubuhkan pada Januari 1962 •Sir David Watherston dianggotai wakil dari Tanah
oleh Kerajaan British •Sir Anthony Abell Melayu, Britain, Sabah, dan
•Muhammad Ghazali bin Shafie Sarawak ditubuhkan
•Wong Pow Nee

Jun1963, Tunku Abdul Rahman


September 1962, kerajaan
telah mengadakan rundingan
Singapura mengadakan Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-
dengan pihak British di London.
referendum untuk meninjau Bangsa Bersatu membuat
Perjanjian Malaysia
pendapat penduduknya tentang tinjauan sekali lagi
ditandatangani di Malborough
pembentukan Malaysia
House, London pada 9 Julai 1963

Pada 16 September 1963, negara


Malaysia yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu,
Sawarak, Sabah dan Singapura
ditubuhkan secara rasminya

a. Selepas Merdeka, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya
Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
a. Kerajaan British menolak cadangan kerana Singapura pada awalnya diketepikan.
b. Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura ketika itu juga menyarankan agar Singapura digabungkan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
c. Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj, Perdana
Menteri Pertama Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.
d. Gagasan Malaysia ialah cadangan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei dalam satu unit politik.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 8


SALMIAH BINTI RAMLI

Proses-proses ke arah pembentukan Malaysia

a. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tuanku Abdul Rahman mengadakan


lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan matlamat pembentukan
Persekutuan Malaysia.
b. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan
pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.
c. Hasil daripada rundingan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan
pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk.

Tujuan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum:

 Memberitahu orang ramai tentang Malaysia


 Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia
 Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia

i. JPPK telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia

ii. JPPK telah mengadakan empat mesyuarat, iaitu di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18
Disember 1961) Kuala Lumpur (6 januri 1962) dan Singapura (1 Februari 1962)

iii. Hasil rundingan yang dijalankan, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari
1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962.

Kandungan Memorandum kertas putih ini ialah:

 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia


 Kerajaan persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan
 Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama
 Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan
 Hak Istimewa seperti orang Melayu juga diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak
 Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri
 Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold:

 Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Kerajaan British untuk:

 Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia


 Membuat pernilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British

 Antara cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya Cobbold ialah:

 Perlembagaan Malaysia yang baharu harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu 1957
 Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
 Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
 Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta tarikh penubuhan Malaysia

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 9


SALMIAH BINTI RAMLI

ii. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil dari Tanah Melayu,
Britain, Sabah, dan Sarawak ditubuhkan untuk:

 Mengkaji laporan suruhanjaya Cobbold


 Membincangkan hak serta kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

iii. September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduknya
tentang pembentukan Malaysia dan hasilnya menunjukkan penduduk Singapura bersetuju untuk
menyertai Malaysia.

iv. Berunei yang pada mulanya menyokong Malaysia, telah menarik diri daripada menyertai Malaysia pada
bulan Julai 1963.

v. Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan sekali lagi dan mendapati penduduk
kedua-dua negara itu berhasrat untuk menyertai Malaysia.

Perjanjian Malaysia

 Pada bulan Jun1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di London.
Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London pada 9 Julai 1963.
 Pada 16 September 1963, negara Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sawarak,
Sabah dan Singapura ditubuhkan secara rasminya.

 Perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah seperti berikut:

 Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan


 Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi masih
boleh digunakan
 Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
digunakan
 Untuk Sabah dan Sarawak , bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10
tahun selepas pembentukan Malaysia
 Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam
 Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama (hak istimewa)sama
dengan orang Melayu di Tanah Melayu

Faktor atau sebab pembentukan Malaysia:

i. Mempercepat proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh
pihak British.
 Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan untuk mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah dan
Sarawak, Brunei dan Singapura yang pada masa itu masih dibawah kekuasaan British.
 British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
 Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan
dan keselamatan wilayah-wilayah ini daripada ancaman kuasa luar.

2. Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera.


 Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa jika Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan
Tanah Melayu, hal ini akan mendatangkan faedah sosial.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 10


SALMIAH BINTI RAMLI

 Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menimbulkan masalah


ketidakseimbangan berbangsa Cina.

 Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei akan mengimbangi kadar penduduk berdasarkan kaum
kerana 70 peratus daripada penduduk Borneo Utara ialah Bumiputera.

3. Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota.
 Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi
bersama.
 Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan,
tetapi Sabah dan Sarawak ialah negeri yang mundur.
 Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan.
 Kekayaan dari kawasan maju akan dipindahkan ke kawasan mundur untuk membiayai projek
pembangunan.

4. Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara terutamanya di Singapura dan Sarawak yang boleh
menggugat kestabilan politik serantau.

Senario di Singapura
 Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang semakin
bertambah di Singapura pada tahun 1950an.
 Pada 1954, komunis telah menganjurkan pemogokan di sebuah syarikat bas yang kemudiannya
merebak menjadi rusuhan
 Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak
tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew.
 Pertelingkahan dalam pertubuhan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihan raya kecil pada tahun
1961, iaitu pilihan rayaHong Lim dan pilihan raya Anson.
 Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR.
 Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis, iaitu Barisan Sosialis
di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan.
 Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu.
 Gagasan Malaysia diharap dapat mengagalkan hasrat komunis untuk menguasai Singapura dan dapat
menyekat kemaraan mereka.

Senario Politik di Sarawak


 Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan
tetapi dibubarkan semasa Darurat.
 Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit, iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah
bergerak dalam kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani
 Mereka menghasut masyarakat Cina agar menentang British.
 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis.
 Kerajaan British kemudiannya melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis
dalam SUPP tetapi gagal.
 Gagasan Malaysia diharap dapat mewujudkan kestabilan politik dan dapat menentang ancaman
komunis.

PERISTIHARAN MALAYSIA

 Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 ogos 1963


 Filipina dan Indonesia menentang kuat penubuhan Malaysia.
 Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara Tanah Melayu. Akhirnya MAPHILINDO
ditubuhkan.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 11


SALMIAH BINTI RAMLI

 Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka
dalam gagasan Malaysia.
 Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos- 5
September 1963.
 Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda kerana laporan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu tentang misinya ke Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963
 Oleh itu, penubuhan Malaysia ditunda ke 16 September 1963.
 Mengikut laporan PBB, lebih 70 peratus rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Gagasan Malaysia.
Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diistiharkan secara rasminya.

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 12


SALMIAH BINTI RAMLI

Ringkasan Pembentukan Malaysia


Reaksi Pembentukan Msia

Reaksi Dalam Negeri


Pembentukan  Rakyat Persekutuan Tanah
Faktor-Faktor
Malaysia Melayu menyokong
Penubuhan Malaysia
Faktor Politik  Pas dan Barisan Sosialis
meminta dirundingkan
 Menyekat pengaruh dikalangan penduduk
Komunis di Asia Langkah-Langkah Persekutuan Tanah Melayu
Tenggara terutamanya Pembentukan Malaysia  UMNO bersetuju tanpa
di Singapura. penyertaan Singapura
 Mempercepatkan  Tunku Ab.Rahman
kemerdekaan mengadakan lawatan
Singapura, Sabah dan  Rundingan dengan Reaksi Singapura
Sarawak Pegawai-pegawai Kanan  Lee Kuan Yew dan PAP
Persekutuan Tanah menyokong kerana
Melayu dengan pegawai- bimbang pengaruh
Faktor Ekonomi pegawai British dari komunis.
Sarawak, Sabah dan  Pembangkang Singapura
 Membawa kemajuan Singapura ( Barisan Sosialis ]
dan kerjasama
 Penubuhan Jawatankuasa menentang.
ekonomi yang lebih
Perundingan Perpaduan
pesat kepada negara
Malaysia untuk
anggota Reaksi di Sabah dan
menerangkan konsep
 Pasaran yang lebih luas Malaysia Sarawak
 Menggalakkan  Penubuhan Suruhanjaya  Peringkat awal menentang
pelaburan dan Cobbold untuk  Akhirnya bersetuju setelah
perkembangan mendapatkan pandangan diberi penerangan kebaikan
industri pertanian penduduk Sabah dan menyertai Malaysia
 Mengukuhkan Sarawak
ekonomi Malaysia  Penubuhan Jawatankuasa
Antara Kerajaan ( JAK ) Reaksi Brunei
Faktor Sosial yang telah memperincikan  Sultan Omar Ali Saifuddin
lagi cadangan menyokong Gagasan
 Mengimbangkan yangterdapat di dalam Malaysia
jumlah penduduk Suruhanjaya Cobbold  Ditentang oleh Parti Rakyat
antara kaum  Perjanjian Malaysia telah di bawah A.M.Azahari
bumiputera dan ditandatangani di Landon
bukan bumiputera pada 9 Julai 1963.
 Mengawal jumlah dan  Akta Malaysia telah Reaksi Indonesia
kadar Pertumbuhan diluluskan oleh Parlimen  Menentang Pembentukan
kaum British Malaysia dan menjalankan
 Pada 16 September 1963 Dasar Konfrantasi terhadap
negara Malaysia telah Malaysia
ditubuhkan secara rasmi  Slogan Ganyang Malaysia
digunakan

Reaksi Filipina
 Filipina menentang gagasan
Malaysia dan Presiden
Macapagal menuntut hak ke
atas Sabah

MODUL PA PENGGAL 1, 2016 13

You might also like