You are on page 1of 1

Mohd Fairuz Kamaruddin

Kuarters Institusi Pendidikan Damansara,


26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur

En Mohd Zawawi bin Zubit,


Ketua Unit Pembangunan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan,
25000 Kuantan.

Tuan,

Aduan Air Kumbahan Melimpah di atas Jalan

Merujuk pernyataan diatas,saya wakil penduduk Kuarters Institusi Pendidikan Damansara, ingin mebuat
aduan serta pemberitahuan tentang air kumbahan yang melimpah di atas jalan.

2. Untuk makluman tuan, semenjak 4 tahun saya di sini belum pernah sisa najis disedut dari tangki
menyebabkan ia melimpah di lorong belakang perumahan. Akibat dari itu bau yang tidak menyenagkan
sentiasa mengganggu penduduk berdekatan.

3.Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mengancam penduduk serta kebersihan kawasan yang
mungkin akan menyebabkan penularan penyakit disebabkan air kumbahan ini.

Dengan itu,saya mewakili penduduk ingin sekali meminta bantuan dari pihak tuan untuk menyelesaikan
masalah ini. Kami amat berterima kasih atas kerjasama tuan .

Sekian ,wassalam.

Yang Benar

…………………………………………………
(Mohd Fairuz Kamaruddin)

Wakil penduduk Kuarters Institusi Pendidikan Damansara

You might also like