You are on page 1of 1

SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E Tel : 03-88849302
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Fax : 03-88849354-
62604 PUTRAJAYA Laman-web : http://www.emoe.gov.my

“ 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

KP.BKK.200- 15/07.( )

01 Disember 2010
24 Zulhijjah 1431H

Semua Pengarah Pelajaran


Jabatan Pelajaran Negeri

YBhg Dato’ / Datuk / Tuan,

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE


IPTA SESI 2011 BAGI CALON-CALON SPM, STPM DAN STAM

Dengan hormatnya Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006


berhubung dengan perkara tersebut adalah dirujuk.

2. Sukacita dimakluman bahawa, mulai tahun 2010, Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian (BKK) telah diberi tanggungjawab untuk merumuskan kaedah permarkahan
kokurikulum bagi calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memohon
untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Keputusan
markah yang disediakan oleh pihak sekolah hendaklah dihantar terus secara talian
terus/on line mulai 15 Disember 2010 ke Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),
KPM. Justeru, pihak sekolah diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan
menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan
kebolehpercayaannya.

3. Sehubungan dengan itu, seperti tahun-tahun sebelumnya KPM dengan kerjasama


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah/akan
mengadakan sesi penerangan semula di semua peringkat melibatkan Pengurusan
Tertinggi KPM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Pengarah-Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Wakil-
wakil Kesatuan Guru.

4. Oleh itu, kerjasama dan jasa baik YBhg Dato’ /Datuk/Tuan untuk menyampaikan
maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-
Sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak sekolah diminta supaya mengambil
kira perkara-perkara berikut:

4.1 Markah hendaklah disedia dan dihantar sebelum 15 Januari 2011.


4.2 Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2011 jumlah markah yang
dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi lima tahun (2006, 2007,
2008, 2009 dan 2010 ).

You might also like