You are on page 1of 14

Isi Kandungan

Kandungan muka surat

Konsep Reka Bentuk Pengajaran 2

Model Reka Bentuk Pengajaran Assure 3

Model Reka Bentuk Pengajaran Addie 6

Aplikasi Model Addie 13

Kesimpulan 14

1
KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang
bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran
ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan:

i. Mereka bentuk (deisgn)


ii. Membina
iii. Menilai dan
iv. Menggunakannya

Terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran mengikut (Richey, 1986) iaitu :
i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan system

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran

i. Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk


menghasilkan pengajaran yang berkesan.

2
ii. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
iii. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar
sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

Model Reka Bentuk Pengajaran Assure


Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media.

Model Assure mengandungi 6 langkah:


i. A : Analyse learner (analisis pelajar)
ii. S : State objective (nyatakan objektif)
iii. S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan)
iv. U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan)
v. R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
vi. E : Evaluate and revise (nilai dan semak)

Analisis Pelajar
Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar,
kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri.
3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis:
i. Ciri-ciri umum
ii. Kompetensi khusus peringkat masuk
iii. Stail pembelajaran

Ciri-ciri umum:
a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi
b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media
Kompetensi khusus peringkat masuk:

3
a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk
Stail pembelajaran:
a. Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal,
intrapersonal

Nyatakan Objektif
i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah
yang sepatutnya dipelajari.
ii. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan
kemahiran

Pilih Kaedah, Bahan, dan Media


i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:
- Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran
- Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
- Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan
ii. Memilih kaedah:
-Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan)
Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar
iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek:
- Sepadan dengan kurikulum
- Maklumat yang jelas dan tepat
- Menarik minat dan mencetuskan motivasi
- Menggalakkan penglibatan pelajar
- Kualiti yang baik
- Tidak bias
- Mempunyai panduan penggunaan
iv. Mereka bentuk media:
-Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk
mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan:
a. Objektif

4
b. Pelajar
c. Kos
d. Kepakaran teknikal
e. Peralatan
f. Fasiliti
g. Masa

Gunakan Media
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik:
i. Pribiu (preview) bahan
ii. Sediakan bahan
iii. Sediakan persekitaran
iv. Sediakan pelajar
v. Sediakan pengalaman pembelajaran

Libatkan Pelajar
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam
aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb.
Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak
balas yang betul

Nilai & Semak


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara
yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek:
i. Pencapaian pelajar
ii. Pembelajaran yang dihasilkan
iii. Menilai media dan kaedah
iv. Kualiti media

5
v. Penggunaan guru dan
vi. Penggunaan pelajar
Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan kepada;
i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria
ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
iii. Sikap pelajar

Menilai Kaedah Dan Media


Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah:
i. Adakah media berkesan?
ii. Bolehkah dipertingkatkan?
iii. Adakah ia berguna?
iv. Adakah ia membantu pelajar mencapai objektif?
v. Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
vi. Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?
Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui:
i. Perbincangan dengan kelas
ii. Temubual dengan setiap individu
iii. Pemerhatian
Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat:
i. Penilaian formatif
ii. Penilaian sumatif

Reka Bentuk Pengajaran Model Addie

Abstark
Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk
instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan
memfokuskan model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada
kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels
dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk

6
instruksional mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu “Analyze”, “Design”,
“Develop”, “Implement”, dan “Evaluate” (Kruse, 2004, p. 1).
Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE
Pengenalan
Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan strategi
tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk
instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti
teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model
rekabentuk instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model
ADDIE. Terdapat dua kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini
iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan
pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad,
Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari
Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Pada bahagian analisis
rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan penggunaan model ini
akan diperbincangkan.

Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional


Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila
golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi
latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan
oleh 2 orang ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang
pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk
instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam
bidang pendidikan, rekabentuk instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi,
kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk
memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, &
Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

Pengenalan Model ADDIE

7
Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi
menghasilkan “courseware” seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin
& Peck, model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE
dan model pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE
kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan
model ADDIE ini. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis,
(2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.

- Analyze
Analisi atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware”
diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang
perlu ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat
kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk
kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware”
yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD
dan DVD.

- Design
Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah
instruksional yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah,
permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau
secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada
menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

- Develop
Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah
direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang
diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian “courseware”
yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

8
- Implement
Impliment atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap
“courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih
bagi menggunakan “courseware” tersebut.

- Evaluate
Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif
dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki
tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu
“courseware” selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian
keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk
menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan “courseware”
tersebut selesai digunakan.

Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE


Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan
bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh
Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian
yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad
Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga
pada tahun 2006. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan


Kajian ini dilakukan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea
Selatan. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi
melengkapkan kemudahan kelas multimedia. Guru di sekolah berkenaan juga telah
memanfaatkan kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan
teori kejuruteraan mekanikal menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar
masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari
internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006,
pp. 1-11).

9
Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE, di
mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian
pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar
akan membangunkan bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai
fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan
pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat
penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang
dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat
menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru
(Youngmin, 2006, pp. 12-17).

Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad
Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia.
Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S.
Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui “Goal Programming”
menggunakan multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s
melalui “Goal Programming” melalui kaedah tradisional. Multimedia interaktif (IMM) pula
akan dibina berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam
bidang ICT dan mahir dalam topik matematik. Dalam kajian ini instrumen yang
digunakan tidak akan membezakan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan, sebaliknya kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan masing-masing
akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM) dan kaedah tradisional (kuliah).

Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan


eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk
belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding
menggunakan buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik
S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding
menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja.

10
Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi
dan berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks.
Namun begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan
jika guru turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok
Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-94).
Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University
Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok
Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti
Teknologi Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama.

Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk.


Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat
yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Tetapi masih menjadi persoalan, adakah
sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar?
Buktinya terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program
“PowerPoint” masih tidak dapat menarik perhatian pelajar sekolah kejuruteraan
mekanikal di Korea Selatan. Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara
merancang dan mereka. Merancang bermaksud, mengatur terlebih dahulu,
mempersiapkan atau merencanakan. Manakala mereka bermaksud menyusun atau
memasang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pp. 1280-1305).

Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka. Mudahnya


bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui proses mereka
pula atau “Design” serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu
“Develop”, “Implement” dan “Evaluate”. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya
juga masih belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah
pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan
hanya mengajar berdasarkan “Analyze”, “Implement” dan “Evaluate” sahaja dan
tertinggal dari aspek “Design” dan “Develop”. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar

11
menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan
multimedia. Jika guru memahami kelebihan rekabentuk instruksional, guru-guru akan
menggunakan model-model yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam
menghasilkan bahan pengajaran. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk
instruksional mungkin akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional.
Buktinya keberkesanan hasil kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia
State University Korea Selatan.

Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat


dan motivasi pelajar.
Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal
Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah dapat
membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila
menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE
berbanding kaedah kuliah. Sebenarnya “Goal Programming” yang digunakan bagi
mengajar Matematik S bagi pelajar Tingkatan 6 telah mempunyai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menarik (Baharuddin Aris, et al., p. 87). Tetapi hasil kajian tetap
mendapati, pelajar yang mempelajari Matematik S menggunakan “Goal Programming”
serta dibantu dengan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model
ADDIE mendapat pilihan pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik S
menggunakan “Goal Programming” secara kaedah kuliah.

12
Aplikasi Model Addie

Fasa Tindakan Guru


Analisis Menyediakan kelas yang kondusif.
Persekitaran pembelajaran

Objektif Objektif TMK: Murid dapat


mengoperasikan internet, dan
menggunakan Power Point.

Reka Bentuk Struktur Rangkaian


Struktur dan pendekatan Pendekatan eklektif
pengajaran

Pembangunan Disediakan dalam bentuk alamat


Memuatkan alamat tapak ke dalam internet
folder

Pelaksanaan Murid melakukan aktiviti dengan


Pengajaran menggunakan perisian power point
dan enjin pencarian: Yahoo, Google

Keseronokan belajar Pelajar seronok belajar

Penilaian Visual-ruang, interpersonal,


KP intrapersonal, muzik, natural

KBT Kemahiran berfikir, kemahiran


teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar

Objektif Objektif pengajaran dicapai dan


objektif TMK juga dapat dicapai

13
Kesimpulan
Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori
pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah
mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal,
sememangnya terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk
instruksional. Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi
beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar.
Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah
diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik
tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan
melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk
mencapai objektif yang dikehendaki.
Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat
membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik
berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk
difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya,
rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan
kepada guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia
rekabentuk instruksional.

14

You might also like