You are on page 1of 10

SOALAN TATABAHASA SPM

ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Vincent Chong
PREDIKAT: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.
 Menghadiahi Zalipah sebuah novel Vincent Chong Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
dengan / ke
[6 markah]
SET RAMALAN 2
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk
menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN + FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Guru
PREDIKAT: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka
bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia
untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Di dalam kelas itu, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia
untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
 Di dalam kelas itu, untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid
subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia.
 Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-
murid subjek Matematik Tambahan di dalam kelas itu.
 Untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid subjek Matematik
Tambahan agar mereka bersedia di dalam kelas itu.
 Agar mereka bersedia di dalam kelas itu untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru
mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
agar
(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
untuk
[6 markah]
SET RAMALAN 3
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di
Kuala Lumpur.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN +FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Abang saya yang sulung
PREDIKAT: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala
Lumpur.
(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang
terletak di Kuala Lumpur.
(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang
sulung memberi ayah wang.

 Di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah wang
untuk menjalani pembedahan.

 Memberi ayah wang, abang saya yang sulung, untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang
terletak di Kuala Lumpur.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
untuk / di
[6 markah]
SET RAMALAN 4
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di
Istana Negara.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN + FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
PREDIKAT: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bintang
kehormatan di Istana Negara.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana
Menteri itu bintang kehormatan.

 Menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong / Istana Negara / Perdana Menteri

(vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
Menganugerahi
[6 markah]
SET RAMALAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada
hujung minggu.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Cik Yong
PREDIKAT: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok
bunga pada hujung minggu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik
Susan pada hujung minggu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam pokok
bunga pada hujung minggu.

 Pada hujung minggu, Cik Susan suka menanam pokok bunga manakala Cik Yong suka membaca
buku cerita pada masa lapang.

 Pada hujung minggu, Cik Susan suka menanam pokok bunga manakala pada masa lapang, Cik Yong
suka membaca buku cerita.

 Suka membaca buku cerita Cik Yong pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok
bunga pada hujung minggu.

 Suka membaca buku cerita Cik Yong pada masa lapang manakala suka menanam pokok bunga pada
hujung minggu, Cik Susan.

 Suka membaca buku cerita Cik Yong pada masa lapang manakala pada hujung minggu suka
menanam pokok bunga, Cik Susan.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
manakala

(vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
buku cerita / pokok bunga / masa lapang / hujung minggu
[6 markah]
SET RAMALAN 6
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam
Jumaat yang tenang.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Biduanita yang bersuara merdu itu
PREDIKAT: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang
tenang.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada
malam Jumaat yang tenang.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang,
biduanita yang bersuara merdu itu.

 Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya, biduanita yang bersuara merdu itu
pada malam Jumaat yang tenang.

 Telah menghembuskan nafas terakhir, biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya
pada malam Jumaat yang tenang.

 Telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara
merdu itu di sisi anak tunggalnya.

 Pada malam Jumaat yang tenang, telah menghembuskan nafas terakhir, biduanita yang bersuara
merdu itu di sisi anak tunggalnya.

 Pada malam Jumaat yang tenang, telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya,
biduanita yang bersuara merdu itu.

 Pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas
terakhir di sisi anak tunggalnya.

 Di sisi anak tunggalnya, biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir
pada malam Jumaat yang tenang.

 Di sisi anak tunggalnya, telah menghembuskan nafas terakhir biduanita yang bersuara merdu itu
pada malam Jumaat yang tenang.

 Di sisi anak tunggalnya, biduanita yang bersuara merdu itu pada malam Jumaat yang tenang telah
menghembuskan nafas terakhir.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
pada / di

(vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
biduanita
[6 markah]
SET RAMALAN 7
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara
berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
PREDIKAT: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang
dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan
bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan
bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan
oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Kemuning.
 Dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar
bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya
meraih tempat ketiga.
 Dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar
bersama Kementerian Pendidikan Malaysia hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Kemuning.
*songsangan lain yang tepat boleh diterima.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
ketiga
[6 markah]
SET RAMALAN 8
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
PREDIKAT: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada minggu lalu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
lembu / kereta / ayah / minggu
[6 markah]
SET RAMALAN 9
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti
Zharafiyah Shaerra.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN+FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Bahawa ujian bulan Januari
PREDIKAT: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah
Shaerra.

(iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.


Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula
papa pukul 10 pagi.

(iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
akan / pada / oleh

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
bahawa

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
guru / ujian / pagi / bulan
[6 markah]
SET RAMALAN 10
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang
dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


FN + FK

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.


SUBJEK: Alilah Sherry
PREDIKAT: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan
tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.


Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri
oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggal Alilah Sherry tetap
dihadiri olehnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan
tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang / sungguhpun / selepas

(vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
menghadiri / perayaan / dianjurkan / persatuan / seharian
[6 markah]

You might also like