You are on page 1of 5

Nabi Muhammad S.A.

W berasal daripada
keturunan pemimpin Makkah yang terkenal iaitu
Qusai bin Kilab dan Abdul Muttalib menjadi
peneraju kepimpinan Makkah sejak zaman
jahiliah. Keturunan nabi sering dirujuk kepada
Hasyim iaitu moyang baginda. Qusai ialah
pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah
100 tahun sebelum kelahiran Nabi. Dengan Nabi
menguasai Makkah keluarga nabi turut menguasai
Kaabah dan telaga zamzam. Selain itu, keluarga
nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir
dalam perniagaan. Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib
pernah menerajui kepimpinan Makkah. Pada
zaman jahiliah keturunan nabi dihormati oleh
kabilah Arab lain.
Nama penuh baginda ialah Muhammad bin
Abdullah yang bermaksud terpuji. Bapa baginda
Abdullah bin Abdul Muttalib Ibunya Aminah Binti
Abdul Wahab Baginda dilahirkan pada 20 April
tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal tahun
Gajah. Bapanya meninggal dunia sewaktu baginda
masih dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa
hari dilahirkan baginda diserahkan kepada
Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
Sewaktu berusia enam tahun ibunya meninggal
dunia. Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul
Muttalib. Setelah datuknya meninggal, baginda
dipelihara oleh bapa saudaranya . Baginda pernah
mengembala kambing kepunyaan bapa
saudaranya. Semasa berusia 12 tahun, baginda
mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta
nasrani yang bernama Buhaira Setelah dewasa
baginda menguruskan perniagaan Khalijah Binti
Khuwailid bersama Maisarah iaitu hamba
Khadijah. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur
kata baginda menyebabkan perniagaan tersebut
memperoleh untung berlipat ganda. Pada usia 25
tahun baginda telah berkahwin dengan Khadijah.
ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum Jelaskan perkembangan sistem pertanian
kedatangan British.
komersil di Tanah Melayu selepas kedatangan
 Pengeluaran dalam skala kecil British.
– untuk kelangsungan bekalan makanan.
 Untuk keperluan sendiri · Pertanian komersil diperkenalkan di Tanah
– tidak perdagangkan. Melayu pada abad ke-19.
 Tiada pengkhususan pekerjaan · Tanaman yang diusahakan ialah ubi kayu,
– Selain menanam padi, mereka menternak tebu, lada hotam, gambir, tembakau dan kopi.
binatang dan menangkap ikan. · Pemodal Eropah dan China menguasai
 Pembahagian kerja melibatkan jantina dan pertanian komersil.
umur sahaja. · British memberi tumpuan kepada kopi dan
 Lebihan pengeluaran disimpan dan tembakau manakala pemodal China
digunakan semula untuk kenduri-kendara, mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.
pembayaran zakat, sedekah dsb. · Tanaman getah diperkenalkan di Tanah
 Menggunakan teknologi mudah Melayu pada abad ke-20.
– oleh binatang atau manusia. · Pada awalnya getah ditanam sebagai
 Peralatan diperbuat daripada bahan yang tanaman hiasan dikediaan Residen Hugh Low di
ada di sekitar. Kuala Kangsar.
 Sistem pengairan berasaskan sumber air · Perkembangan perusahaan getah dijalankan
sungai dan hujan. oleh H.N. Ridley.
 Modal yang diperlukan adalah kecil. · Beliau berusaha meyakinkan peladang untuk
 Penggunaan buruh terhad. menanam getah dengan mengagihkan benih
 Kerja dilakukan bersama oleh ahli keluarga getah secara percuma.
sahaja.
· Beliau juga menemui cara penorehan teknik
 Pasaran yang kecil.
ibidem.
· Syarikat Eropah membuka syarikat
perwakilannya di Tanah Melayu untuk membuka
ladang getah.
· Pertanian getah menggalakkan
perkembangan industri pembuatan barangan
berasaskan getah.
Ciri-ciri ekonomi tradisional 
1) Tiada Pengkhususan Pekerjaan

 Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang


sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota
keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang
tua.
 Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja
yang lebih ringan seperti menjemur ikan,
menganyam tikar, dan memungut rotan.

2) Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan


Kawasan Penempatan
 Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut,
pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika
kawasan penempatan berhampian laut, maka
kegiatan utama masyarakat cenderung kepada
aktiviti perikanan.
 Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang
tinggal di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi
seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang,
pinang dan akar-akar kayu.

3) Tiada Peralatan Moden

 Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam


mengusahakan sesuatu pekerjaan.
 Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri
oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu yang
diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat
untuk menangkap ikan.

4) Amalan Bergotong-royong

 Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi


satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat
tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan
bersama atau secara berkumpulan bagi
memudahkan serta mempercepatkan penyiapan
sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping
mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
 Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk
kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai
padi sawah.

5) Tiada Lebihan Hasil

 Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang


berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana
mereka tidak berupaya mengeluarkannya.
 Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak
mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan
penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor,
iaitu: Masalah tenaga buruh yang terbatas
menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya
kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh
untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada
ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja
pembajakan yang berat. Lembu hanya mula
digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku
akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu
diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban
kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.
Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja
kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan
dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki
menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada
golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi.
Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah,
sumbangan kepada golongan pemerintah akan
ditambah.
Penutup:
 Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah
lebih kepada kegiatan secara kecil-kecilan, belum
terdedah kepada aktiviti penjualan langsung.
Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya
mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti
ekonomi yang lebih besar, ini bermakna mereka
perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk
cukai yang juga lebih tinggi.
 Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih
tertumpu kepada golongan pemerintah dan
bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.

Faktor- faktor perkembangan kerajaan Agrarian dan
kerajaan Maritim
A) Faktor kebangkitan kerajaan Maritim:
1. Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya
sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga
mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua
bidang berkaitan dengan laut).
2. Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat
dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah
memberikan sumber pendapatan yang utama.
3. Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan
Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan
para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu
pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak
di kawasan yang strategik.
4. Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga
menyebabkan kemunculan kerajaan maritim. Dengan
itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang
yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan
barangan dan sebagainya.
B) Faktor kebangkitan kerajaan Agraria: Kerajaan
Agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia
berkembang di lembah sungai. Perkembangannya
berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana
mempunyai teknologi pertanian.
1. Penduduk Agraria yang ramai penduduk (seperti
Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan
kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria
memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan
barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil,
gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil
hutan sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritim membina kapal dengan
mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu
agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
4. Gajah yang menjadi kenderaan raja Maritim juga
didapati daripada kerajaan Agraria di Siam.

You might also like