You are on page 1of 6

1.

0 KEMEROSOTAN KUALITI ALAM SEKITAR

Di peringkat global, keghairahan manusia menggunakan persekitaran fizikal untuk


memenuhi keperluan mereka terutamanya sejak revolusi perindustrian yang bermula pada
abad kelapan belas lagi telah menimbulkan masalah berkaitan pertambahan gas-gas rumah
hijau dan peningkatan suhu global. Terdapat banyak isu-isu global yang telah diwujudkan
oleh aktiviti manusia di dalam memenuhi keperluan mereka seperti perubahan iklim,
pemendapan asid, pencemaran dan bekalan air dan sebagainya. Di negara ini juga banyak
kejadian-kejadian yang melibatkan kemerosotan persekitaran fizikal yang telah direkodkan
terutamanya pencemaran air sungai dan marin, pencemaran udara, peningkatan suhu bandar,
pencemaran bunyi bising, sampah sarap, bahan buangan toksik dan berbahaya dan
sebagainya.

2.0 KLASIFIKASI MASALAH ALAM SEKITAR


2.1 JEREBU

Jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada
manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera
dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan
yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah. Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Jerebu telah menjadi satu fenomena yang
begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk
kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena
ini serta pembakaran hutan yang berlaku di negara jiran iaitu di hutan Kalimantan. Selain
daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, seperti yang berlaku pada
tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan
panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air
dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah
daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.
2.2 PENGELUARAN KARBON OLEH NEGARA INDUSTRI

Negara-negara industri yang semakin pesat di dunia merupakan satu fenomena yang baik
dari segi ekonomi. Di sebalik kepesatan ekonomi negara-negara berkenaan, masih ramai
tidak mengetahui kesan-kesan dari pembangunan tersebut. Salah satu kesannya ialah
pengeluaran karbon oleh negara-negara berkenaan. Pengeluaran karbon ini datangnya
dari kilang-kilang dan juga pembangunan tertentu. Ianya membawa kesan yang besar
kepada alam sekitar di negara sendiri dan juga di peringkat antarabangsa. Antara kesan
sampingan itu ialah pencemaran udara dan jerebu. Kesan daripada aktiviti-aktiviti
perkilangan telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida,
karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah menyebabkan
komposisi ruang udara di persekitaran tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk
terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini
telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran.

Hal ini menyebabkan berlakunya fenomena Hujan Asid. Fenomena hujan asid ini
terjadi apabila komposisi udara yang tercemar bertindak balas dengan air hujan dan
menyebabkan air hujan berasid. Bahan-bahan pencemar bertindak sebagai nukleus
kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian
asid. Hujan asid boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran
tumbuhan atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna
bangunan.

Selain itu juga, perindustrian membawa kepada pencemaran bau. Sesetengah


industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan seperti industri memproses
getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksik
yang berbau busuk. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai “enap cemar” di
persekitaran kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan
ketidakselesaan hidup bagi penduduk-penduduk di persekitarannya.
2.3 PERTUMPAHAN MINYAK

Pertumpahan minyak yang berlaku di Teluk Mexico pada 2010 (juga dirujuk sebagai
tumpahan minyak Deepwater Horizon) yang berlaku pada 20 April 2010 jam 10 malam
selepas satu letupan pada pelantar cari gali minyak Deepwater Horizon di luar pantai
Louisiana di Teluk Mexico. Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai
terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dan antara tumpahan minyak terbesar di dunia.
Sebelas orang daripada 126 pekerja pelantar mati manakala 17 orang lagi cedera. Pada 15
Julai 2010, British Petroleum (BP) menyatakan yang kebocoran itu telah dihentikan
dengan menutup kepala telaga yang terbabit, walaupun terdapat risiko perubahan tekanan
besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut. Penggalian telaga pelega untuk
menutup telaga ini secara kekal sedang dijalankan. Syarikat BP membangunkan medan
minyak "Macondo Prospect" daripada Transocean Ltd. Kerajaan Amerika Syarikat
menamakan syarikat Multinasional British Petroleum (BP) sebagai pihak utama yang
bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu.

Tumpahan minyak memberi kesan buruk kepada kelestarian ekosistem laut dan
ekonomi sesebuah negara. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik
terhadap hidupan laut seperti ikan. Sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin
yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai. Seterusnya ia akan
menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya.
Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup
berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan
minyak. Bahaya yang akan dihadapi oleh hidupan liar ini termasuklah kesan toksik
disebabkan oleh pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan
sistem pembiakan mereka.

2.4 NUKLEAR

Tenaga nuklear atau juga disebut sebagai tenaga atom ialah sejenis tenaga yang mengikat
nucleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak balas nuklear seperti
pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Pembangunan nuklear
pada dasarnya telah membawa kepada kemajuan bagi sesebuah negara di samping ia turut
untuk merealisasikan serta mencapai tahap kekuasaan bagi negara-negara yang berjaya
menguasainya. Hal ini dapat dilihat bagi negara-negara Barat terutamanya yang
mempunyai kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, Jepun,
Jerman, Perancis dan kebanyakan negara lain di Eropah.

Dalam kejuruteraan nuklear dapat dikategorikan kepada dua iaitu penggunaannya


untuk tujuan penjanaan tenaga dan juga untuk senjata. Penjanaan tenaga melalui reaktor
nuklear dapat meringankan pergantungan terhadap bahan api fosil seperti petroleum, gas
asli dan arang batu yang mana sumber-sumber ini merupakan sumber yang tidak boleh
diperbaharui dan akan habis sekiranya digunakan secara berterusan. Nuklear turut
memberi kepentingan dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang sains, kesihatan,
perindustrian, penyelidikan, makanan dan sebagainya. Tenaga nuklear juga dianggap
sebagai penyumbang kepada tenaga elektrik. Oleh sebab itu, banyak negara-negara maju
khususnya memberikan penumpuan terhadap penggunaan tenaga nuklear ini. Bahan api
nuklear ini dapat menjana loji nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik iaitu
melalui bahan uranium. Namun, tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam
reaktor nuklear hendaklah dikawal bagi mengelakkan berlakunya letupan yang akan
menjejaskan alam sekitar. Selain daripada itu, tindak balas berantai ini akan
menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop uranium. Walau bagaimanapun,
kemudaratan yang berlaku di dalam industri nuklear ini menjadi isu hangat serta boleh
menggugat keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang memiliki senjata nuklear
yang telah dimiliki pada tahun 1940. Ujian pertama yang dilakukan negara ini ialah pada
tahun 1945 yang telah meletupkan Hiroshima dan Nagasaki. Kesan peperangan nuklear
ini menyebabkan penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya
menunujukkan mereka menderita akibat dari kerosakan dan kesan-kesan jangka panjang
sinaran radioaktif yang terhasil seperti penyakit kulit, keguguran rambut, leukemia dan
penyakit genetik. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat telah melakukan sebanyak
1054 percubaan dan dikatakan bom yang dicipta oleh Amerika mampu memberikan
impak yang sangat besar iaitu dapat memberi kemusnahan lebih daripada 13,000km.
Selain Amerika Syarikat, negara-negara lain yang turut mempunyai kuasa nuklear ini
ialah Russia yang merupakan negara kedua yang mempunyai bekalan tenaga nuklear
yang paling banyak di dunia. United Kingdom tidak terkecuali dalam memiliki senjata
pemusnah ini yang mana ujian pertama dilakukan oleh negara ini pada tahun 1952.

2.5 PEMUSNAHAN HUTAN TROPIKA

Isu sumber hutan tropika yang hampir musnah begitu mendapat perhatian di kalangan
warga dunia terutama sekali dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber hutan ini
tidak terdapat di negara mereka, sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara
sedang membangun. Kritikan dari negara maju begitu terasa terutama sekali dari kerajaan
mereka dan pertubuhan yang terdapat di negara-negara tersebut.

Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh mengubah


keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu suhu akan berubah di sesuatu
kawasan. Pemusnahan hutan untuk projek pembinaan jalan raya, projek pembangunan
hanya memberikan pulangan sementara sahaja. Dalam jangka panjang ia tetap merugikan
walaupun diganti dengan tanaman getah, kelapa sawit, kopi dan lain-lain.

Menurut satu kajian hutan pernah meliputi 60 peratus daripada kawasan daratan
bumi. Kini hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu Hutan Hujan Tropika telah
ditebang pada kadar 41 hektar seminit. Sejak 1940-an, setengah daripada hutan hujan
tropika dunia telah dimusnahkan. Setiap seminit, 100 ekar hutan hujan telah hilang.
Keluasan ini sama dengan 60 padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap
tahun, hutan bersaiz England, Scotland dan Wales akan dimusnahkan. Kerosakan yang
paling teruk adalah diakibatkan oleh syarikat pembalakan dari Jepun di Asia Tenggara.

3.0 BADAN DAN AGENSI YANG TERLIBAT DALAM MENGHADAPI MASALAH


ALAM SEKITAR.
Di Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian
yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan
memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut
memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar
dan berusaha untuk melindunginya.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang
memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari
punca tetap. Selain itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil
tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap)
untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan
mencemarkannya dan melaksanakan program ‘Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan
Kualiti Air Sungai’ untuk mempertingkatkan kualiti air sungai. Jabatan Perhutanan dan
Semenanjung Malaysia (JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga
hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan
peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang
akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO (Pertubuhan


Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan bagi menangani masalah
pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan. WHO
memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan
peraturan mengenai alam sekitar melalui pertubuhan. Greenpeace pula bertindak
memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran alam sekitar yang
terjadi di dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk perasaan jika berlaku sesuatu
pencemaran alam sekitar.

You might also like