You are on page 1of 4

PENGENALAN

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC


merupakan gabungan aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama
sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan
menjadi satu usaha secara komited dan cita-cita besar Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian. PLC merujuk
kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka (DuFour, 2006).

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah


digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju, antaranya ialah pengajaran
bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration),
sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti
sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative
teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara
kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.

AKTIVITI BERDASARKAN PENSWASTAAN AMALAN.

Terdapat lima strategi utama dalam PLC iaitu dialog reflektif, penswastaan amalan,
fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid, kolaborasi dan norma serta nilai
dikongsi bersama. Strategi yang dipilih untuk dijadikan panduan merancang aktiviti ialah
penswastaan amalan. Dalam strategi tersebut pula terdapat elemen penting iaitu jejak
pembelajaran, bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing istruksi, belajar
menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan sesi perkongsian guru.
Berdasarkan empat elemen tersebut, saya merancang aktiviti di mana dua orang guru atau
lebih akan bersama-sama berkongsi idea, kemahiran dan pengetahuan untuk menepati tiga
prinsip PLC iaitu memastikan murid belajar, budaya kolaboratif dan fokus kepada
pencapaian.

Dalam elemen belajar menggunakan RPH, sekumpulan guru ini akan bersama-sama
berbincang membina satu RPH yang diikuti dengan siapa yang akan mengajar dan
memerhatikan pengajaran serta murid-murid. Aktiviti dirancang sebelum bermula PdP
dengan perkongsian idea dan pengetahuan masing-masing terhadap bidang yang dikuasai.
Guru-guru berbincang mengenai kaedah pengajaran, strategi dan teknik yang sesuai
dengan tajuk PdP. Aktiviti atau permainan yang ingin dilaksanakan dalam PdP juga haruslah
dibincang bersama-sama dan ianya haruslah bersesuaian dengan tajuk, masa serta jumlah
tenaga pengajar ketika itu. Kemudian barulah diikuti dengan penghasilan BBM bersama
mengikut kreativiti masing-masing. Dari situ jelaslah prinsip budaya kolaboratif dapat
diamalkan mengikut Pendidikan Abad ke-21. Menurut Briscoe dan Peters (1997), guru
kurang berkolaboratif antara satu sama lain; mereka menguruskan bahan mereka sendiri
dan menyimpan amalan pedagogi untuk kegunaan mereka sendiri. Budaya kolaboratif dapat
mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih
besar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar sekolah. Malah, kesepaduan antara
peranan ahli pendidik dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan
mengurangkan jurang perbezaan pendapat walaupun berbeza pangkat dan sebagainya.

Seterusnya, langkah yang paling utama ialah pelaksanaan PdP dalam bilik darjah.
Dalam PdP ini, seorang guru dikehendaki mengajar mengikut RPH yang dirancang
manakala guru yang lain akan membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru dan
mencatat mana-mana perkara yang boleh ditingkatkan lagi serta yang perlu diperbaiki. Guru
tersebut bukan sahaja memerhati pengajaran rakan sebayanya malah dikehendaki
memerhati pembelajaran dan tingkah laku murid-murid. Hal ini penting untuk membantu
pengawalan kelas berjalan dengan lancar tanpa gangguan murid yang distruptif. Guru-guru
juga boleh bersama-sama memerhati dan menjadi fasilitator kepada murid-murid ketika
aktiviti berkumpulan. Separuh kumpulan diperhatikan oleh guru A manakala separuh yang
lain oleh guru B. Hal ini dapat mengurangkan tenaga dan menjimatkan masa kerana guru
haruslah mengajar mengikut masa yang ditetapkan dalam RPH. Ketika PdP berlangsung,
guru secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran
prakonferens, pemerhatian dan pasca-konferens. Pasca-konferens ialah langkah paling
utama bagi guru pemerhati. Antara tugasnya ialah meminta rakannya membuat penilaian
kendiri, menyatakan semula bidang yang difokuskan, berkongsi idea dan memberi komen
tentang apa yang didengar dan dilihat dalam PdP rakannya, memberi cadangan
penambahbaikan, memberi cadangan tentang apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan
kualiti PdP pada masa akan datang serta akhir sekali ialah membuat ringkasan proses PdP.

Apabila selesai melaksana PdP, guru-guru tersebut haruslah duduk bersama dan
berbincang. Mereka bukan sahaja dikehendaki bertemu sekali selepas selesai PdP malah
digalakkan untuk bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik. Guru-
guru berbincang mengenai setiap perkara yang dicatat oleh guru pemerhati. Sesi
perkongsian bermatlamat meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli melalui
penyebarluasan pengetahuan, kemahiran , pengalaman, dan amalan pedagogi sedia ada
dalam sebuah organisasi. Perkongsian ini membolehkan ahli belajar sesama sendiri bagi
memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka ( Carroll et al, 2003 ). Dalam erti
kata lain, perkongsian guru merupakan satu elemen penting dalam perkembangan
profesionalisme seorang guru (teacher profesional development). Sesi perkongsian
memberikan peluang kepada guru berkongsi pelbagai pengetahuan, kemahiran, strategi,
kaedah, bahan, sumber, pengalaman dan sebagainya dalam konteks profesionalisme
keguruan. Proses ini berlaku dalam kalangan guru dan merupakan satu cara mencungkil
amalan terbaik dunia keguruan. Sebagai contoh, terdapat beberapa aspek yang akan
dibincangkan dan ianya tertulis di dalam borang sesi perkongsian guru. Perkara yang boleh
dibincangkan ialah deskripsi: Apa yang telah berlaku? Apa yang dikaji atau dipelajari?.
Manakala bahagian interpretasi: Apa yang penting/ menarik/berguna/releven tentang idea
yang disampaikan tadi? Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang anda
praktikkan sebelum ini? Bagi bahagian hasil pula, Apakah yang saya pelajari? Apakah
kaedah, strategi dan teknik yang baik atau boleh diperbaiki untuk masa akan datang?
Kesemua aspek dibincangkan mengikut apa yang dicatatkan tanpa ada tokok tambah atau
menyimpang dari apa yang dilihat sepanjang proses PdP. Guru pemerhati hendaklah jujur
dan bersikap terus terang dalam menyampaikan perkara yang sepatutnya kepada rakan
sebaya guru. Sesudah mereka mendapati aktiviti, kaedah atau strategi yang mereka sendiri
rancang tidak berkesan, mereka haruslah mencari inisiatif dan cara lain untuk menepati
topik serta objektif PdP hari tersebut. Perbincangan dan perkongsian ilmu haruslah
dijalankan untuk memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam pengajaran guru.
Manakala bagi kekuatan yang dilihat, haruslah diambil tahu dan dicakna oleh guru yang lain
supaya mereka sendiri dapat menggunakan cara dan kaedah yang sama ketika
menjalankan PdP akan datang pula.

PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti PdP yang dijalankan haruslah menepati ketiga-tiga prinsip


PLC iaitu ketika guru menjalankan proses PdP, guru hendaklah memastikan murid-murid
belajar secara kolaboratif dan guru-guru haruslah memfokuskan pencapaian murid. Cabaran
pendidikan yang pelbagai menuntut guru untuk menjadi insan yang berdaya saing dan bijak
berkongsi idea seperti program PLC yang dibincangkan.
RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan
Dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Briscoe, C. & Peters, J. (1997). Teacher Collaboration Across and Within Schools:
Supporting Individual Change in Elementary Science Teaching. Science
Eduacation, 81, 51-65.

DuFour, R. D. (2006). Learning by Doing: A handbook for professional learning communities


at work. Bloomington IN: Solution Tree.

Carroll, A., Forlin, C., & Jobling, A. (2003). The Impact of Teacher Training in Special
Education on the Attitudes. Teacher Education Quarterly, 30(3), pp 65-73.

Clough, P., & Lindsay, G. (1991). Integration and the Support Service. London: NFER.

Modul Komuniti Pembelajaran Profesional. ( t.n, 2 Ogos 2015). Dicapai pada Mac 3, 2018
daripada https://www.slideshare.net/beeeeth/modul-komuniti-pembelajaran-
profesional-51190077

You might also like