You are on page 1of 4

MODUL: Keelektrikan

Keterangan Modul

Pengenalan

Modul ini memastikan murid mempunyai kefahaman asas keelektrikan dari segi aliran arus
dan struktur litar yang dapat dicapai melalui kerja amali yang dilakukan sendiri.

Konteks keseluruhan ialah cara tenaga elektrik dapat mengubah kehidupan kita yang biasa
kepada yang lebih baik. Walau bagaimanapun, konteks permulaan ialah keselamatan elektrik
dengan satu kejutan dan elemen ajaiban tentangnya. Ini akan membawa kepada sifat asal
elektrik dalam kehidupan harian – menjadi sebab kepada murid untuk mengetahui lebih
mendalam tentangnya.

Topik Tingkatan Masa diperlukan


Keelektrikan Tingkatan 3 10 jam

Episod Pembelajaran

Topik Episod 1 Keajaiban yang Hebat


Kaitan kurikulum: Isi 1.1 Memahami elektrostatik
kandungan
Kaitan kurikulum: • Meramal jawapan kepada soalan menggunakan pengetahuan
Kemahiran saintifik
• Membuat pemerhatian yang relevan dan boleh dipercayai
• Berkomunikasi tentang idea saintifik dalam bahasa yang sesuai
• Menggunakan idea dan prosedur saintifik untuk menyelesaikan
masalah
Kaitan kurikulum: • Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, orang lain dan
Sikap alam sekitar
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi

Sumber pembelajaran • Panduan Mengajaar Episod


• Persembahan PowerPoint: Episod 1: Tenaga Ajaib
• Persembahan Prezi: Episod 1: Tenaga Ajaib
• Klip video
• Lembaran kerja 1.1: Tenaga sihir
• Lembaran kerja 1.2: Keelektrikan – Tenaga serba guna
• Lembaran kerja 1.3: Tenaga yang tidak kelihatan
• Lembaran kerja 1.4: Hukum cas elektrik
• Lembaran kerja 1.5: Masalah statik
• Aktiviti luar sekolah 1

1
Topik Episod 2 Litar elektrik
Kaitan kurikulum: Isi 1.3 Mengaplikasikan kefahaman cara mengukur keelektrikan
kandungan 1.4 Mensintesis hubungan antara arus, voltan dan rintangan

Kaitan kurikulum: • Meramal jawapan kepada soalan menggunakan pengetahuan


Kemahiran saintifik
• Membuat pemerhatian yang relevan dan boleh dipercayai
• Menguruskan data menggunakan prosedur dan idea saintifik
• Menganalisis dan mentafsir data
• Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan pola dalam
data
• Berkomunikasi tentang idea saintifik dalam laras bahasa yang
sesuai

Kaitan kurikulum: • Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
Sikap • Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, orang lain dan
alam sekitar
• Berfikiran kritikal dan analitik
• Sistematik
• Bekerjasama
• Yakin dan berdikari

Sumber pembelajaran • Panduan Mengajaar Episod


• Persembahan PowerPoint: Episod 2: Litar elektrik
• Persembahan Prezi: Episod 2: Litar elektrik
• Lembaran kerja 2.1: Menguji bahan
• Lembaran kerja 2.2: Litar ringkas
• Lembaran kerja 2.3: Mengukur arus dan voltan
• Lembaran kerja 2.4: Perintang
• Lembaran Kerja 2.5: Membandingkan rintangan
• Aktiviti luar sekolah 2

2
Topik Episod 3 Ulang kaji dan Menilai
Kaitan kurikulum: Isi 1.3 Mengaplikasikan kefahaman cara mengukur keelektrikan
kandungan 1.4 Mensintesis hubungan antara arus, voltan dan rintangan

Kaitan kurikulum: • Menganalisis dan mentafsir data


Kemahiran • Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan corak/pola
dalam data
• Berkomunikasi tentang ideadalam laras bahasa yang sesuai
• Menggunakan idea saintifik dan prosedur untuk menyelesaikan
masalah

Kaitan kurikulum: • Berfikiran kritikal dan analitik


Sikap • Bekerjasama
• Yakin dan berdikari

Sumber pembelajaran • Panduan Mengajar Episod


• Persembahan PowerPoint: Episod 3: Ulang kaji dan menilai
• Persembahan Prezi: Episod 3: Ulang kaji dan menilai
• Lembaran kerja 3.1: Membina model arus elektrik

3
Strategi pentaksiran

<Pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai perlu disertakan di sini>

Pembelajaran luar sekolah

Episod 1

Murid dikehendaki menulis satu esei menggunakan kreativiti masing-masing seperti


penerangan tentang lapisan hutan hujan dan sebagainya. Aktiviti ini memerlukan murid
mengaplikasikan pengetahuan yang telah dimuridi dan menerangkannya menggunakan
perkataan sendiri.

Kerangka penulisan telah disediakan untuk membantu murid dalam penulisan mereka.
Penggunaan kerangka penulisan berserta cadangan permulaan ayat untuk membantu murid
memulakan penulisan.

Membantu murid untuk menulis dengan jayanya bagi meningkatkan motivasi dan harga diri
mereka.

Episod 2

Meminta murid menghitung nilai arus elektrik dan voltan pada rajah litar siri dan litar selari.

Laman sesawang berkaitan

Laman sesawang permainan dan aktiviti yang menerangkan cara elektrik berfungsi.
http://kids.saveonenergy.ca/en/what-is-electricity/

Keelektrikan dan keselamatan elektrik daripada Majlis Keselamatan Elektrik UK.


http://www.switchedonkids.org.uk

Permainan interaktif elektrik dan aktiviti.


http://resources.woodlands-junior.kent.sch.uk/revision/science/electricity.htm

Permainan yang membantu murid membina litar.


http://www.bbc.co.uk/schools/podsmission/electricity/

Sumber murid yang berbeza tahap.


http://www.sciencekids.co.nz/electricity.html

You might also like