You are on page 1of 5

Skema BM PPT Ting 5 2018

Soalan 1 : Rumusan
PENDAHULUAN
P1 Rumusan ini membincangkan langkah-langkah / cara-cara / kaedah-kaedah / tindakan-
tindakan mengekalkan keharmonian antara kaum dan cabaran memperkukuh perpaduan.

ISI TERSURAT (Usaha-usaha mengekalkan keharmonian antara kaum)


S1 Janganlah menghancurkan apa-apa yang telah kita capai selama ini melalui semangat
muhibah dan persefahaman antara kaum di negara berbilang bangsa ini.
S2 Janganlah kita membiarkan fahaman ekstremis memecahkan negara kita cintai.
S3 Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan
memperkukuh keharmonian hidup di Malaysia.
S4 Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama seharusnya lebih peka terhadap peranan
dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara.
S5 Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu mengelakkan diri daripada mengejar agenda yang
bersifat perkauman.
S6 Semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan
keharmonian dan perpaduan sosial.
S7 Penyelesaian kepada kemelut yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum
sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan.
S8 Tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian
kaum dan perpaduan hendaklah dielakkan.
S9 Setiap masalah perlu ditangani secara penuh berhemah dan teliti

ISI TERSIRAT (Cabaran memperkukuh perpaduan)


T1 Masyarakat kita masih terbentuk di dalam kepompong kaum secara tradisi.
T2 Kedudukan kaum masih ditentukan oleh faktor geografi dan lokasi kediaman.
T3 Keperluan pada pegangan perlembagaan dan prinsip Rukun Negara semakin menipis
T4 Setiap kaum ingin menonjolkan identiti kaum masing-masing.
T5 Masih wujud prejudis antara masyarakat berbilang kaum.

KESIMPULAN
K1 Kesimpulannya, keharmonian antara kaum perlu dikekalkan agar masyarakat dapat hidup
dengan sejahtera.
2 (a) : Pemahaman Petikan
(i) Maksud rangkai kata benih-benih perbalahan: (2 m)
Elemen-elemen / unsur-unsur / ciri-ciri pertengkaran / pergaduhan

(ii) Penulis menganggap pembinaan negara bangsa sebagai suatu proses yang sukar
kerana: (3 m)
1 Pelbagai cabaran yang berliku perlu ditempuhi.
2 Persefahaman
3 Toleransi
4 komitmen
5 Pengorbanan yang tinggi

(iii) Pendapat – alasan negara berjaya kerana wujudnya perpaduan (4m)


1 Perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat
mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
2 Semangat kekitaan yang menjadi teras perpaduan telah membolehkan rakyat
Malaysia bekerjasama memajukan negara.
3 Perpaduan yang terjalin mewujudkan masyarakat yang saling berkongsi
kemakmuran ekonomi.

2(b) Prosa Moden


i. Berdasarkan petikan, apakah sebab-sebab kaum-kaum dipecahkan?
[2 m]
- Ideologi - Puak
- Etnik - warna kulit
- bahasa percakapan - fahaman politik

ii. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya tidak wujud perpaduan
dalam sesuatu negara? [3 m]
- berlaku perpecahan kaum - negara akan mundur
- rakyat tidak bersatu-padu - imej negara bakal tercemar

iii. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi persoalan yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 m]
- Persoalan dalam petikan: persolalan sikap setiap kaum yang mentingkan diri
sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa disebabkan ingin membela
negara masing-masing.
- Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen: persoalan kesan
penjajahan yang menyebabkan perubahan pada suatu ketika dahulu semasa
zaman “bonda”.

2 (c) Prosa Tradisional


i. gila-gila bahasa – perangai yang agak pelik, perbuatan yang kelihatan lain daripada kebiasaan
dilakukan (2 m)

ii. i. pergi/ meninjau dengan menggunakan perahu


ii. melanggar perahu kepunyaan Siam
iii. kembali semua ke rumahnya (3 m)

iii. i. elak kehilangan nyawa


ii. elak kemusnahan harta benda
iii. mewujudkan negara yang aman dan kehidupan rakyat yang sejahtera (3 m)

2. (d) Sajak
i. perasaan cinta @ kasih sayang mengatasi sifat dengki,@ iri hati @ permusuhan (2 m)

ii. 1. Jaga ibu bapa apabila mereka tua


2. meluangkan masa untuk melawat mereka
3. memberikan bantuan kewangan setiap bulan (3 m)

iii. 1. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita dengan menjaga ibu bapa kita apabila
mereka telah berusia.
2. Kita hendaklah memastikan ibu bapa kita mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya
daripada anak-anak (4 m)

Soalan 3. Tatabahasa
a. (6 m)
1. Menyalahi – tidak mematuhi perturan atau undang-undang,
Menyalahkan – menganggap salah, menyangkal
2. mengotori – menyebabkan kotor pada sesuatu
Mengotorkan - menyebabkan menjadi kotor
3. menghiasi – menyebabkan kelihatan lebih cantik
Menghiaskan – mencantikkan dengan sesuatu

b. Sambung ayat (6 m)
1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat
kepada manusia dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah
pula.menyebabkan pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah
dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam
siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan
mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

c. mencari kesalahan ejaan dan imbuhan (6 m)


i pilihanraya – pilihan raya
mengadakan – diadakan
ii . mencolek - menculik
tertangkap – ditangkap
iii. mempastikan – memastikan
samada – sama ada

d. mencari kesalahan kata dan tatabahasa


i. oleh kerana – oleh sebab surat – permit
ii. di antara – antara disuraikan – diselesaikan
iii. menegang – meremang/menegak lalu – sehingga

e. peribahasa
i. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan / kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
ii. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
iii. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya / yang pipih tidak datang melayang,
yang bulat tidak datang bergolek
Novel
a) dua peristiwa timbulkan kesedaran serta alasan (7 m)
Contoh : Novel Jendela Menghadap Jalan
Peristiwa 1 : Lili diculik
Alasan : kita perlu membantu mereka yang bermasalah, sekiranya tidak kita juga akan
menerima musibah
Peristiwa 2 : Datuk mengubati pesakit tanpa mengharapkan balasan
Alasan : kita perlu membantu orang lain dengan ikhas

Contoh : Novel Songket Berbenang Emas


Peristiwa 1 : Dahlia belajar di pusat pemindahan banjir
Alasan : kesusahan/kesukaran bukan alasan untuk tidak belajar
Peristiwa 2 : Abu Bakar menyesali kesilapan yang dilakukan selama ini terhadap keluarganya
Alasan : kita perlu memberi peluang serta menerima kembali orang lain yang telah menginsafi
kesalahannya

b) Nilai kegigihan (8 m)
Jendela Menghadap Jalan
- Lili, Danel dan Geetha gigih berusaha untuk menyatukan peenduduk kampung
- Lili gigih untuk mencari cara menyelesaikan masalah keluarga Che Jah

Songket Berbenang Emas


- Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan
dalam STPM.
- Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-
adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital

You might also like