You are on page 1of 3

Profil Perniagaan

1. Nama perniagaan Restoran Kari Ayam

2. Nama pemilik Chandran


Ali
3. Lokasi / Alamat No: 81 Taman Harmoni, 32000 Sitiawan , Perak

4. Jenis perniagaan Perkongsian

5. Tempoh perakaunan 1 April-31 Mac (setahun)


6. Tempoh rekod 1 April 2017 hingga 30April 2017
7. Modal Perniagaan 1)Ali RM80000
2)Chong RM80000

8. Jumlah pekerja 5 orang:


-2 orang tukang masak:RM2000
-1 seorang pembancuh air/cashier:RM2000
-2 orang pembantu restoran:RM2000

9. Status perniagaan Meneruskan perniagaan


10. Nama dan alamat bank CIMB Bank
11. Nombor akaun 307-5678-7101
Pengenalan Perniagaan

Saya Chandran dan rakan saya Ali telah menubuhkan Restoran Kari Ayam pada 1 Mei
2016.Restoran Kari Ayam Beroperasi di No:91,Jalan Aman 32000 Sitiawan.Ia merupakan
bangunan satu tingkat Kami telah menjalankan perniagaan ini dengan sumbangan modal RM
80000 seorang.Bagi melancarkan pengurusan restoran,kami telah dibantu oleh lima orang
pekerja yang terdiri daripada dua orang tukang masak seorang pembancuh restoran menerima
gaji RM2,000 seorang.

Restoran Kari Ayam beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.Restoran ini
menjadikan masakan Barat dan Malaysia untuk para pelanggan.Selain daripada itu,kami juga
sedia menerima tempahan dari pelabagai pihak untuk majlis-majlis tertentu.Bagi memastikan
bahan mentah sentiasa mencukupi,kami telah menyewa sebuah kedai bersebelahan untuk
dijadikan stor menyimpan peralatan dan bilik sejuk untuk menyimpan bahan mentah.

Kami memilih untuk menjalankan perniagaan restoran kerana kami mempunyai pengamalan
bekerja di bidang ini selama lima tahun.Saya telah membantu ayah saya menjalankan
perniagaan penyediaan makanan untuk majlis perkhawinan si Kuala Lumpur sebelum
ini.Manakala rakan kongsi saya telah menjadi pelayan restoran di Hotel Lima Bintang Ipoh
selama dua tahun.Selain daripada itu,kami dapati bidang penyediaan makanan ini berpotensi
untuk dimajukan kerana kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat,ramai wanita
bekerjaya dan permintaan terhadap makanan oleh semua orang sentiasa ada.Pada zaman ini
ramai pelanggan memerlukan pakar masakan dan pakar mengurus majlis untuk menguruskan
majlis mereka.Maka kami menawarkan perkhidmatan yang diperlukan dengan harga yang
berpatutan.

Kami dapati perniagaan makanan mempunyai banyak kelebihan.Ia mudah dikendalikan dan
sentiasa mendapat sokongan daripada pihak kerajaan dan pelanggan.Pihak kerajaan dan
tempatan dan Jabatan Kesihatan telah menggariskan dengan jelas,semua prosedur yang patut
dipatuhi.Oleh itu,kami hanya perlu menjalankan perniagaan dengan mematuhi undang-
undang sedia ada.Tambahan kepada itu,tempat perniagaan strategik,berdekatan dengan
kawasan perumahan,pejabat kerajaan dan kolej swasta membolehkan kami berniaga dengan
baik.

Namun begitu,antara risiko yang kami hadapi adalah wujudnya ramai pesaing.Bukan sahaja
dari restoran lain,tetapi pengusaha gerai tepi jalan yang boleh menawarkan makanan jauh
lebih murah kerana mereka tidak membayar sewa.Oleh itu,kami perlu berhati-hati dan perlu
merancang strategi perniagaan supaya dapat mengatasi sebarang masalah bersainengan baik
dan bersaing secara sihat dengan pengusaha lain.Selain daripada itu,kami juga harus bersedia
menghadapi risiko luar jangka seperti kebakaran atau bencana alam.
Walaubagaimanapun kami yakin perniagaan makanan ini akan terus berkembang pada masa
akan datang di mana kami perlu sentiasa memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh
pelanggan.

You might also like