You are on page 1of 10

Bab 8 Kertas 3 Tingkatan 5

KERTAS 3

1 Senaraikan Rancangan Pembangunan Lima Tahun. [5 markah]


Butiran Markah
F1 Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) 1
F2 Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) 1
F3 Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) 1
F4 Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) 1
F5 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) 1
F6 Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) 1
F7 Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) 1
ms. 197 [Mana-mana 5 x 1m] [ 5 m ]

2 Perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi Tahap Pertama. [15 markah]
Butiran Markah
Rancangan Malaya Pertama
F1 Rancangan Malaya Pertama diperkenal sejak sebelum merdeka 1
H1a Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar 1
H1b supaya merapatkan jurang pendapatan penduduk bandar / luar bandar 1
H1c dan mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar 1
H1d dengan mempelbagai aktiviti ekonomi 1
H1e serta mempelbagai sumber pendapatan negara 1
H1f supaya tidak bergantung pada getah / bijih timah 1
F2 Rancangan pembangunan bersepadu sektor ekonomi diperkenal 1
H2a bagi mempergiat pembukaan tanah baru untuk pertanian 1
H2b serta menggalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil / ladang 1
H2c mempelbagai hasil keluaran pertanian 1
H2d dan memperluas perusahaan perlombongan bijih timah 1
F3 Rancangan Pembangunan Bersepadu sektor sosial 1
H3a memberi perhatian kepada pelbagai perkhidmatan 1
H3b seperti kesihatan / pendidikan / perhubungan 1
F4 Rancangan Pembanguan Bersepadu sektor awam 1
H4a memberi tumpuan kepada infrastruktur 1
H4b seperti balai polis / kem tentera / pejabat pos / mahkamah / rumah kakitangan kerajaan 1
F5 Penubuhan pelbagai agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Desa / RIDA 1
H5a Matlamat utama RIDA membangunkan masyarakat luar bandar 1
H5b dengan memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil 1
H5c membantu pemasaran hasil pertanian 1
H5d serta menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan 1
F6 FELDA ditubuhkan 1956 sebagai badan berkanun 1
H6a untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar 1
H6b dan meningkatkan hasil pertanian negara 1
H6c melalui pembukaan tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian 1
H6d dan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas 1
H6e Penduduk miskin luar bandar dipindahkan ke petempatan baru 1
H6f untuk menjadi petani moden 1
H6g dengan memberi tumpuan kepada tanaman getah / kelapa sawit 1
F7 Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar 1959 1
H7a Diketuai Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein 1
H7b Berperanan menyelaras / menjayakan program pembangunan luar bandar 1
H7c RIDA / FELDA diletakkan di bawah kementerian ini 1
F8 Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis 1
Rancangan Malaya Kedua 1
F9 Memberi penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar 1
H9a Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar 1
H9b bagi mengurangkan kadar kemiskinan 1
H9c dan meningkatkan taraf hidup rakyat 1
F10 Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan 1
H10a untuk mempelbagai jenis tanaman 1
H10b bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara 1
H10c dan mengurangkan pergantungan negara terhadap getah 1
H10d serta bahan makanan import 1
F11 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan / FAMA 1965 1
H11a Bertujuan membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian 1
H11b dan meningkatkan pendapatan petani 1
F12 Rancangan Malaya Kedua memberi tumpuan penyediaan infrastruktur sosial 1
H12a seperti pelajaran / kesihatan / perumahan 1
H12b serta berusaha menyediakan peluang pekerjaan 1
F13 Bilik Gerakan Negara diwujudkan di Kuala Lumpur 1
H13a Bertujuan menyelaras kegiatan pembangunan pada peringkat negeri / daerah / kampung 1
F14 Buku Merah diperkenalkan 1
Rancangan Malaysia Pertama 1
F15 Melibatkan Sabah / Sarawak 1
H15a dengan memberi fokus kepada integrasi nasional 1
H15b dan kesejahteraan rakyat 1
H15c bersifat bersepadu 1
H15d dan merangkumi semua bidang ekonomi 1
F16 mempelbagai kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian / perindustrian 1
H16a Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat 1
H16b seperti di Tiga Segi Jengka / Johor Tenggara / Pahang Tenggara 1
F17 Penubuhan FELCRA atau Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah 1965 1
H17a untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan di luar bandar 1
F18 Penubuhan RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat / MARA 1966 1
F19 Penubuhan Bank Bumiputera 1
H19a untuk menggalakkan bumiputera menyertai sektor perusahaan / perdagangan 1
F20 Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad / PERNAS1969 1
H20a Bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan /
perdagangan 1
F21 Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian / MARDI 1969 1
H21a Bertangungjawab menjalankan penyelidikan 1
H21b dan memperkenal teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah 1
F22 Penubuhan pelbagai agensi perindustrian 1
H22a seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / MIDA 1967 1
H22b dan Lembaga Penasihat Tarif 1
H22c serta Akta Pelaburan 1969 1
F23 Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dalam Rancangan Malaysia Pertama
terbantut kerana Peristiwa 13 Mei 1969 1
H23a dan belum dapat membendung masalah perpaduan 1
H23b serta jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara 1
ms. 198 -201 [Mana-mana 15 x 1m] [15m]

3. Usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia


Keempat.
[15 markah]
Butiran Markah
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
F1 Rancangan pembangunan lima tahun pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru / DEB 1
H1a Bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ekonomi 1
H1b Dan ekonomi / sosial antara kaum/kawasan / wilayah 1
H1c Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum 1
H1d Menambah pendapatan 1
H1e menyediakan peluang pekerjaan 1
H1f Merapatkan jurang ekonomi 1
H1g Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi 1
H1h Program pembangunan luar bandar diteruskan 1
F2 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah 1
H2a Melaksanakan program pembangunan wilayah 1
F3 Penubuhan agensi-agensi lain 1
H3a Membantu golongan petani 1
H3b Menggalakkan perkembangan perusahaan / perdagangan 1
H3c Memajukan bandar 1
F4 Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara / LPN 1971 1
H4a Berperanan menstabilkan harga padi 1
F5 Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia / LKIM 1971 1
H5a Berperanan membangunkan/memodenkan industri perikanan 1
H5b Meningkatkan taraf hidup nelayan 1
F6 Penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA 1971 1
H6a Berperanan membangunkan bandar 1
F7 Penubuhan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah / RISDA1973 1
H7a Berperanan membantu pekebun kecil 1
H7b Menjalankan penyelidikan berkaitan getah 1
H7c dan penanaman semula getah 1
F8 Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang / LPP 1973 1
H8a Berperanan membantu golongan petani melibatkan dalam kegiatan koperasi 1
F9 Penubuhan Petroleum Nasional Berhad / PETRONAS 1974 1
H9a Berperanan memajukan industri petroleum 1
H9b dan perniagaan berkaitan petroleum 1
F10 Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri 1
H10a Berperanan menggalakkan perindustrian 1
H10b dan perdagangan 1
H10c dengan menyediakan tapak perindustrian / perumahan/ ruang/ pejabat/ kedai 1
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
F11 Pelbagai program pembangunan ekonomi dirangka 1
H11a Bermatlamat meneruskan usaha membasmi kemiskinan 1
H11b dan menyusun semula masyarakat 1
H11c Program pembangunan pertanian / perindutrian diteruskan 1
H11d untuk meningkatkan produktiviti 1
H11e dan membuka peluang pekerjaan 1
H11f serta meningkatkan taraf hidup rakyat 1
F12 Pembukaan tanah secara besar-besaran 1
H12a di bawah program pembangunan wilayah 1
H12b oleh agensi-agensi seperti KEJORA / KETENGAH / DARA / KESEDAR 1
F13 Kerajaan memberi tumpuan terhadap tanaman eksport 1
H13a seperti getah / kelapa sawit 1
F14 Peranan agensi pembangunan wilayah telah diperluas 1
H14a dalam sektor pembangunan industri 1
H14b dan pembangunan bandar baru 1
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) 1
F15 Meneruskan usaha pembangunan ekonomi 1
H15a dengan menumpukan perkembangan perusahaan berat 1
H15b yang berasaskan pelaburan modal 1
H15c serta penggunaan teknologi tinggi 1
H15d dan keperluan tenaga kerja mahir 1
F16 Penubuhan Perbadanan Industri Berat Negara / HICOM 1980 1
H16a Berperanan mengenal pasti / memulakan / menguruskan projek industri berat 1
H16b dengan cekap seperti sektor swasta 1
F17 Lokasi perusahaan baru dibuka 1
H17a bagi menggiatkan perindustrian 1
H17b dan menggalakkan pelaburan modal asing 1
H17c seperti di Skudai, Johor/Senawang, Negeri Sembilan / Bintulu Sarawak / Menggatal dan
Likas, Sabah 1
F18 Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan 1
H18a seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang/Sungai Way, Selangor 1
F19 Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian 1
H19a Kajian Dasar Perindustrian Malaysia diperkenal 1
H19b bagi mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian 1
H19c Pelan Induk Perindustrian turut diperkenal 1
H19d bagi menyediakan hala tuju pembangunan industri 1
H19e dan strategi pelaksanaan 1
F20 Penglibatan sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi negara 1
H20a melalui pengenalan Dasar Penswastaan 1
H20b dan Dasar Pensyarikatan Malaysia 1
H20c bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung kerajaan 1
F21 Kerajaan berusaha mengimbangi pemilikan harta / saham perindustrian 1
H21a antara bumiputera dengan bukan bumiputera 1
H21b melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad/PNB 1
H21c dan Skim Amanah Saham Nasional / ASN 1981 1
F22 Dasar Pertanian Negara 1984 diperkenal 1
H22a bagi memoden / menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu 1
H22b dengan menyediakan insfrastruktur 1
H22c dan perkhidmatan sokongan 1
ms. 201-205 [Mana-mana 15 x 1m] [15 m]

4. Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan untuk memenuhi


keperluan ekonomi moden yang berteraskan
perindustrian [25 markah]

Butiran Markah
F1 Dasar Pertanian Negara / DPN 1
H1a Dilancarkan pada 12 Januari 1984 1
H1b meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum 1
H1c menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap / berkesan 1
H1d Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil 1
H1e memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport 1
H1f Strategi yang dilaksanakan adalah menggalakkan pembukaan tanah baru 1
H1g Memperkenalkan program pembangunan in-situ 1
H1h memulihkan kawasan berproduktiviti rendah 1
H1i Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian 1
H1j seperti pemasaran / kredit / subsidi / penyelidikan 1
H1k Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian
Pertanian 1
F2 Dasar Pensyarikatan Malaysia 1
H2a Diperkenalkan pada Februari 1983 1
H2b Merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif / berkesan 1
H2c Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat 1
H2d dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan sektor swasta 1
H2e Semua kakitangan awam/ swasta memiliki saham 1
H2f pekerja dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat / Malaysia 1
H2g Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dan swasta ditubuhkan 1
H2h Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta 1
H2i untuk menjalin hubungan / berkongsi kepakaran 1
H2j Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan 1
H2k mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi 1
H2l mendapatkan keuntungan yang maksimum 1
H2m Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan 1
H2n memudahkan operasi sektor swasta 1
F3 Dasar Penswastaan 1
H3a Dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad 1
H3b pada bulan Mac 1983 1
H3c Kerajaan memindahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa
tertentu kepada sektor swasta 1
H3d Mengurangkan beban kewangan kerajaan 1
H3e Meningkatkan produktiviti 1
H3f meningkatkan kualiti perkhidmatan / barangan 1
H3g Mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta 1
H3h Unit Perancangan Ekonomi ditubuhkan / UPE 1
H3i bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan 1
H3j memberi garis panduan kepada kementerian / jabatan yang ingin menjalankan penswastaan 1
H3k Penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya 1
H3l Penswastaan boleh dilaksanakan secara sebahagian 1
H3m dapat mengurangkan beban kewangan 1
H3n mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain 1
F4 Dasar Hala Tuju Cara Baru 1
H4a Membangunkan kawasan luar bandar 1
H4b Meningkatkan pendapatan golongan petani / pekerja desa 1
H4c melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan 1
H4d Strategi pertama, mengelompokkan kampung menjadi petempatan yang lebih besar 1
H4e supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik 1
H4f Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa 1
H4g melalui program usahawan desa / industri pembuatan barang 1
H4h Strategi ketiga, pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan 1
H4i meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar 1
F5 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara / DPDPN 1
H5a Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan 1
H5b Peningkatan hasil pendapatan negara penting 1
H5c untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi 1
H5d memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum 1
H5e mengelakkan sebarang pembaziran 1
H5f memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa 1
H5g Strateginya, membaiki sistem pengurusan operasi 1
H5h membaiki struktur organisasi 1
H5i penggunaan teknologi terkini 1
H5j penerapan nilai dan etika kerja yang murni 1
F6 Dasar Kependudukan 1
H6a Dilancarkan pada 29 Mac 1984 1
H6b Mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100 1
H6c Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang memberikan kesan positif kepada
bekalan tenaga kerja 1
H6d produktiviti akan meningkat 1
H6e pasaran semakin luas 1
H6f kekuatan politik 1
H6g keselamatan negara terjamin 1
H6h Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan pembangunan
sosioekonomi negara 1
H6i khususnya kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan 1
H6j Segala program pembangunan negara didasarkan kepada unjuran jumlah penduduk 1
H6k memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah 1
ms. 206-209
[Mana-mana 25 x 1m] [ 25 m ]

5 Kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang hasil pelaksanaan perancangan pembangunan


ekonomi. [10 markah]
Butiran Markah
F1 Peluang pekerjaan meningkat 1
F2 Peluang perniagaan / keusahawanan 1
F3 Gaji pekerja meningkat 1
F4 Taraf hidup rakyat meningkat 1
F5 Jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan luar bandar berkurangan 1
F6 Jurang ekonomi antara kaum mengecil 1
F7 Taraf pendidikan semakin meningkat 1
F8 Kuasa beli rakyat semakin meningkat 1
F9 Pendapatan per kapita rakyat meningkat 1
F10 Rakyat hidup makmur / sejahtera 1
F11 Rakyat hidup harmoni / selesa 1
F12 Keadilan dalam sektor ekonomi 1
F13 Menggalakkan Industri Kecil dan Sederhana / IKS 1
F14 Perkembangan industri hab halal 1
F15 Peningkatan kemudahan infrastruktur 1
F16 Peningkatan taraf kesihatan 1
F17 Peningkatan teknologi komunikasi / perhubungan 1
F18 Mengurangkan kadar kemiskinan 1
F19 Meningkatkan kadar tabungan 1
F20 Meningkatkan pemilikan harta tanah / saham 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 10 x 1m] [10 m]

6 Manfaat pembangunan ekonomi kepada rakyat. [10 markah]


Butiran Markah
F1 Pembinaan Lebuh raya Utara Selatan / PLUS / Lebuh raya Pantai Timur / LPT 1
F2 dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem perhubungan 1
F3 Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur / KLIA 1
F4 menjadi pintu masuk utama pelabur / pelancong asing 1
F5 Kawasan perindustrian baru 1
F6 Seperti di Batu Tiga, Shah Alam / Nilai 1
F7 Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat 1
F8 Kadar pengganguran rendah 1
F9 dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini 1
F10 Kadar kemiskinan tegar dapat dikurangkan 1
F11 Pembinaan hospital / klinik / pusat kesihatan desa 1
F12 untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk 1
F13 Malaysia menjadi destinasi pelancongan kesihatan 1
F14 Pembinaan universiti awam / swasta / institusi pendidikan 1
F15 Mengatasi masalah buta huruf 1
F16 dan meningkatkan tahap intelektual 1
F17 Menjadikan Malaysia sebagi hab pendidikan 1
F18 dan destinasi pelancongan pendidikan 1
F19 Pembukaan Tanah Rancangan FELDA 1
F20 Mewujudkan kawasan pertanian yang luas / ladang 1
F21 dapat meningkatkan taraf hidup petani 1
F22 Malaysia menjadi pengeluar kelapa sawit / getah terbesar di dunia 1
F23 dan pengeluar komoditi pertanian yang terkemuka 1
F24 Malaysia menjadi destinasi pelancongan ekonomi 1
F25 Pembinaan Putrajaya 1
F26 sebagai pusat pentadbiran negara 1
F27 menjadi mercu tanda negara 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 10 x 1m] [10 m]

7 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing dalam ekonomi global. [10 markah]
Butiran Markah
F1 Kebergantungan kepada pelaburan asing 1
F2 Perjanjian ekonomi berat sebelah 1
F3 Persaingan dengan barangan import 1
F4 Kadar mata wang yang tidak stabil 1
F5 Aktiviti spekulasi mata wang 1
F6 Kesedaran terhadap R & D masih rendah 1
F7 Kenaikan kos bahan api 1
F8 Kualiti barangan tempatan masih rendah 1
F9 Penguasaan sains / teknologi masih rendah 1
F10 Liputan talian / akses internet tidak menyeluruh 1
F11 Kekurangan tenaga kerja mahir 1
F12 Kebergantungan kepada tenaga kerja mahir luar 1
F13 Kebergantungan kepada teknologi luar 1
F14 Sumber tenaga nuklear tidak dimanfaatkan 1
F15 Penguasaan ilmu / kemahiran masih rendah 1
F17 Modal insan tidak berdaya saing 1
F18 Daya inovasi / kreativiti / reka cipta yang rendah 1
F19 Kurangnya promosi / kempen produk tempatan di peringkat global 1
F20 Harta intelek tidak dipatenkan 1
F21 Penguasaan bahasa antarabangsa yang rendah 1
F22 Jati diri / patriotisme yang rendah 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 10 x 1m] [10 m]

8 Nilai-nilai murni yang boleh dipelajari daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi
negara. [5 markah]
Butiran Markah
F1 Meningkatkan perpaduan kaum 1
F2 Mementingkan keadilan 1
F3 Mengamalkan sikap amanah / jujur 1
F4 Ketelusan / integriti dalam menjalankan tugas 1
F5 Bertanggungjawab 1
F6 Membuat keputusan yang bijak 1
F7 Mengutamakan kepentingan rakyat 1
F8 Berani mengambil risiko 1
F9 Gigih berusaha memajukan ekonomi 1
F10 Sanggup berkorban untuk negara 1
F11 Cekap dalam membuat keputusan 1
F12 Bertimbang rasa 1
F13 Bertoleransi 1
F14 Berjimat cermat 1
F15 Mengelakkkan pembaziran 1
M Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 5 x 1m] [5 m]

9 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:


(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
(c) Harapan menjadikan Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi
[5 markah]

You might also like