You are on page 1of 5

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 (PT1)

MATAPELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2016
1.0 ARAHAN KEPADA GURU
1.1 Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan.
1.2 Dijalankan di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai tugasan
peperiksaan akhir tahun tingkatan 1.
1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
1.4 Setelah soalan diterima dari pihak sekolah, guru memberi taklimat dan mengarahkan
calon mencari maklumat serta bahan yang berkaitan (Perancangan dan proses
awal).Aktiviti ini boleh dilaksanakan sebelum lapan waktu pengajaran dan
pembelajaran yang diperuntukan untuk penulisan laporan.
1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan dalam
melaksanakan tugasan.
Bimbingan bermaksud perbuatan membimbing atau memberi panduan tentang cara
melakukan sesuatu.Guru dibenarkan membimbing calon dalam aspek berikut:
a. Menyediakan kerangka pelaporan
b. Mengenalpasti sumber rujukan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugasan.
c. Menerangkan proses pemilihan bahan rujukan dan maklumat yang sesuai
secara individu atau berkumpulan.
d. Memberi pandangan tentang hasil kerja calon semasa atau selepas PdP.
e. Memberi cadangan untuk membuat penambahbaikan hasil kerja calon dalam
tempoh lapan waktu pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Guru dilarang melakukan perkara-perkara berikut:


a. menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan tugasan
kepada calon.
b. membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan.

1.7 Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat.
a. Memastikan calon tidak melakukan plagiat atau ciplak .Hasil kerja calon yang
dikemukan kepada guru untuk penilaian adalah asli atau tulen dan
merupakan hasil usaha sendiri yang tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
b. Sekiranya calon memetik pernyataan,mengambil data, grafik atau maklumat
daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan
tersebut.Calon perlu mengolah semula penyataan atau maklumat yang
dipetik dengan menggunakan ayat sendiri.Jika calon memetik dan menyalin
semula sebahagian atau keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan
sumber rujukan adalah dianggap telah melakukan plagiat.
1.8 Tiada tugasan ulangan kecuali bagi kes-kes yang dapat dipertimbangkan oleh pihak
sekolah.
1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Rubrik Penskoran yang disediakan
sebagai panduan untuk membimbing calon menghasilkan tugasan yang baik bagi
mendapat skor cemerlang.
1.10 Memastikan calon sentiasa mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan.
1.11 Membimbing calon menulis sumber rujukan dengan betul dan tepat.
1.12 Memperakukan tugasan calon dalam Borang Akuan Pengesahan.
1.13 Memeriksa dan memberikan skor kepada hasil tugasan calon berpandukan rubrik
penskoran yang disediakan.

1
2.0 ARAHAN KEPADA CALON
2.1 Tugasan pentaksiran tingkatan 1 matapelajaran geografi wajib dilaksanakan oleh
calon tingkatan 1 tahun 2016.
2.2 Penulisan tugasan perlu dilaksanakan dalam tempoh lapan waktu pengajaran dan
pembelajaran dalam bulan Oktober dan November 2016.
2.3 Mendapatkan bimbingan guru untuk menyediakan kerangka tugasan dan pemilihan
bahan rujukan.Calon hendaklah membina kerangka tugasan sendiri yang sesuai
dengan kehendak tugasan.
2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang telah
ditetapkan.
2.5 Gunakan kerangka pelaksanaan tugasan sebagai panduan untuk melaksanakan
tugasan dengan baik dan mendapat skor yang cemerlang.
2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilaksanakan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran.
2.7 Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
dibuat secara individu.
2.8 Digalakan menyertakan gambar foto/rajah/grafik yang berkaitan dengan tugasan
yang relavan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
2.9 Digalakan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari
dan mengumpul maklumat.
2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Rujuk Lampiran)
2.11 Hasil tugasan hendaklah ditulis dengan tangan.
2.12 Hasil kerja mestilah merupakan usaha sendiri dan tidak ditiru dari mana-mana pihak.
Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat atau plagiarism adalah satu
perbuatan meniru atau mengambil hasil usaha kerja orang lain sepenuhnya atau
sebahagian dan menjadikanya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon memetik
pernyataan, mengambil data atau grafik dari mana-mana sumber rujukan hendaklah
dinyatakan sumbernya.Jika calon memetik dan menyalin semula sebahagian atau
keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan sumber rujukan dianggap sebagai
plagiat. Calon boleh digagalkan jika melakukan plagiat.
2.13 Pentaksiran/penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan
dilaksanakan.
2.14 Memperakukan tugasan dalan Borang Akuan Pengesahan (Rujuk Lampiran)

3.0 TUGASAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian kes tentang cara pengangkutan pelajar ke
sekolah di kawasan sekolah / tempat tinggal anda.

Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara-perkara berikut:

3.1 Konsep dan takrifan pengangkutan, serta jenis pengangkutan pelajar ke sekolah.
3.2 Membina jadual dan graf bar yang sesuai tentang cara atau jenis pengangkutan
pelajar ke sekolah.
3.3 Mengenalpasti kesan-kesan aktiviti pengangkutan ke atas alam sekitar/sosial di
kawasan sekolah/kawasan tempat tinggal calon.
3.4 Mencadangkan langkah-langkah mengatasi yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi
masalah pengangkutan di kawasan sekolah/tempat tinggal calon.

2
TUGASAN TAMAT

Lampiran 1
4.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

BIL PERKARA HURAIAN


Perancangan Menyediakan perancangan yang sangat
 Tajuk lengkap,tepat,realistic dan mempamerkan
1  Jadual Kerja sikap bersungguh-sungguh.
 Objektif kajian [10 markah ]
 Penentuan Kaedah kajian
Proses Awal Mengumpul maklumat daripada pelbagai
Mengumpul Maklumat menggunakan sumber dengan menggunakan kaedah yang
kaedah yang sesuai.Memperoleh relevan dan menyatakan sumber rujukan.
maklumat daripada pelbagai sumber.
2  Borang temubual/pemerhatian Keseluruhan data dan maklumat adalah
(10 responden) relavan dan asli.
 Data [ 10 markah ]
 Kesan-kesan
 Lagkah mengatasi
(a) (Konsep) Menghuraikan konsep jenis pengangkutan
(b) i. Jadual berdasarkan sumber rujukan beserta contoh
 Data .
 Tajuk [5 markah ]
 Sumber
Jadual dibina betul,relavan dan lengkap
ii. Graf Bar [ 8 markah ]
3  Tajuk
 Petunjuk
 Paksi X
 Paksi Y
 Skala
Graf bar bar dibina lengkap dan tepat.
 Plotan
[ 15 markah ]

(c) Kesan pengangkutan ke atas alam Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau
sekitar/sosial lebih kesan yang relevan dan tepat
 Fakta [ 20 markah ]
 Huraian
 Contoh
(d) Langkah mengatasi kesan Memberikan tiga atau lebih langkah atasi
 Fakta kesan pengangkutan ke atas alam
 Huraian sekitar/sosial secara kreatif dan kritis serta
 Contoh rasional.
 Idea kreatif dan kritis [ 20 markah ]
 Rasional

Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa


4 Penilaiaan umum yang gramatis.
[ 2 markah ]

3
Lampiran 2
RUBRIK PENSKORAN

RUBRIK

BIL KRITERIA PERANCANGAN [ 10 markah ]

08-10 06-07 03-05 01-02


Menyediakan Menyediakan Menyediakan Menyediakan
 Tajuk perancangan yang perancangan perancangan perancangan
sangat yang lengkap yang kurang tetapi tidak
 Jadual Kerja
lengkap,tepat,realistik dan tepat lengkap lengkap
1  Objektif Kajian
dan mempamerkan
 Penentuan sikap bersungguh-
Kaedah kajian sungguh

RUBRIK
BIL KRITERIA PROSES AWAL [ 20 markah ]

15-20 10-14 05-09 01-04


Mengumpul Mengumpul Mengumpul Mengumpul Maklumat
maklumat maklumat daripada maklumat maklumat tidak
menggunakan pelbagai sumber daripada daripada lengkap dan
kaedah yang sesuai. dengan pelbagai sumber yang tidak asli.
Memperoleh menggunakan sumber terhad.
maklumat daripada kaedah yang dengan Menggunakan
pelbagai sumber relavan dan menggunakan kaedah yang
 Borang menyatakan kaedah yang kurang
2 temubual sumber rujukan. relavan. relavan.
 Data Keseluruhan data Sebahagian Data dan
 Kesan-kesan dan maklumat data dan maklumat
ke atas alam adalah relevan dan maklumat yang diberi
sekitar asli adalah relavan adalah terhad
 Langkah dan asli. dan kurang
atasi asli.

4
RUBRIK
BIL KRITERIA LAPORAN AKHIR [ 70 markah ]
05 04 03 01-02
(a) Konsep Menghuraikan Menerangkan Menyatakan Menyatakan
[5 markah] konsep dengan konsep konsep konsep yang
tepat dengan tepat dengan umum dan
berdasarkan berdasarkan ringkas dan kurang tepat
sumber rujukan sumber kurang tepat tanpa sumber
beserta contoh di rujukan berdasarkan rujukan.
kawasan kajian. sumber
rujukan yang
terhad.
07-08 05-06 03-04 01-02
(b) (i) Jadual Jadual dibina Jadual dibina Jadual dibina Jadual dibina
[8 markah] dengan betul, relevan kurang tidak lengkap
 Data betul,relavan dan dan kurang relavan dan dan tidak tepat.
 Tajuk lengkap. lengkap. kurang
 Sumber lengkap.
11-15 07-10 04-06 01-03
(ii) Graf Bar Graf Bar dibina Graf Bar dibina Graf Bar Graf Bar dibina
(15 markah) lengkap dan lengkap dan dibina kurang tidak lengkap
3  Tajuk tepat serta sebahagiannya lengkap dan dan tepat
 Petunjuk kemas. tepat dan tidak kemas. dengan
 Label Paksi kurang kemas. maklumat yang
X /Y dikumpul.
 Skala
 Plotan
15-20 10-14 05-09 01-04
(c) Kesan-kesan Menghuraikan Menghuraikan Menghuraikan Menyenaraikan
Pengangkutan tiga atau lebih dua atau lebih satu atau dua masalah tanpa
[20 markah] kesan-kesan kesan yang kesan yang huraian.
 Fakta pengangkutan ke relavan ,jelas relavan
 Huraian atas alama dan terperinci. dengan jelas.
 Contoh sekitar/sosial
yang
relavan,jelas dan
terperinci.
15-20 10-14 05-09 01-04
(d) Langkah atasi Memberikan tiga Memberikan Memberikan Menyenaraikan
kesan langkah atasi tiga langkah dua langkah langkah atasi
[20 markah] kesan atasi kesan atasi kesan tanpa huraian.
 Fakta pengangkutan ke pengangkutan pengangkutan
 Huraian atas alam sekitar ke atas alam ke atas alam
 Contoh dengan tepat sekitar dengan sekitar.
 Rasional dan terperinci tepat beserta
 Kreatif dan beserta contoh contoh.
kritis yang relavan.

Penilian Umum 01-02


4
[ 2 markah] Kemas,tersusun dan Penggunaan Bahasa yang gramatis

TAMAT

You might also like