You are on page 1of 4

SOALAN 1

Bolehkah tuan/puan jelaskan kenapa tuan/puan memilih untuk menjadi seorang guru sebagai
profesion pilihan?
Minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan
dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak
seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya
kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang
mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara,
terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan
kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur
lebur umpama kubur tanpa nisan.Saya memilih kerjaya guru kerana sebahagiannya dipupuk
melalui kerjaya ibubapa juga sebagai guru.

SOALAN 2
Sepanjang perkhidmatan tuan/puan menjadi seorang guru, apakah cabaran-cabaran yang
tuan/puan hadapi?
Tugas hakiki seorang cikgu adalah mengajar namun di sekolah itu hanyalah sebahagian dari
tugas-tugas lain. Apabila dibebani tugas yang berat, kadang kala ianya menjejaskan keluarga
(bagi yang sudah berumah tangga) dan seterusnya menggangu kehidupan normal. Kejayaan
murid-murid merupakan kemanisan yang dapat dirasai oleh seorang cikgu walaupun ianya
tidak dikenang oleh murid itu sendiri. Kejayaan murid lebih dilihat kehebatan murid itu
sendiri dan kebijakan ibu bapa mereka yang mendidik. Namun sebaliknya apabila seorang
murid itu gagal, PASTI cikgu yang akan dipersalahkan kerana tidak mengajar dengan baik.
Sebenarnya guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan
bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sedehana pandai dan lembap
akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri
dan terpinggir.
Cabaran seterusnya yang dihadapi di semua sekolah di negara kita ialah kemerosotan disiplin
pelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes
disiplin yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 1991. Gejala-gejala
disiplin pelajar seperti ponteng rsekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok,
merosakkan harta sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa
untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar.

SOALAN 3
Bagaimanakah tuan/puan menangani cabaran-cabaran dalam melaksanakan tugasan
tuan/puan sebagai seorang pendidik?
Cabaran-cabaran seorang guru menjadikan nya sebagai satu isu yang boleh mendatangkan
tekanan dan beban kepada emosi guru.Walau bagaimanapun,hanya guru sendiri yang mampu
menyelesaikannya dengan meletakkan “Mind setting” positif. Contoh situasi, seorang guru
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah
menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru
tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya
adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh
pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia
inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua
dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di


sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting. Pengetahuan dalam senaman rutin
dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu
memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan
melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti
aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan
suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat
dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini
termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta
banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif
seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
SOALAN 4
Cuba nyatakan pandangan tuan/puan terhadap cabaran menjadi seorang guru pada masa kini?

Walaupun apa cabaran pendidikan masa kini, peranan kepimpinan guru terhadap
sekolah adalah amat penting. Untuk menangani cabaran masa kini sebagai seorang
guru. Pertamanya, guru perlu berperanan sebagai pengamal ilmu dan kemahiran.
Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,
berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour, 2007). Guru yang berjiwa menganggap tugas
mengajar adalah suatu amanah yang diberinya dan beliau mempunyai
tanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara. Hal ini kerana
pengetahuan berdasarkan buku teks dan pengalaman dahulu adalah tidak cukup
memandangkan inovasi dan perubahan kurikulum sentiasa berlaku. Justeru, guru
perlu menjadi pelajar sepanjang hayat memandangkan ilmu pengetahuan sentiasa
berkembang dan berubah dan budaya ilmu harus dijadi kriteria utama serta dipupuk
dalam diri supaya menjadi teladan kepada murid.
Sejajar dengan itu, guru perlu mengamalkan sikap 'belajar untuk mengajar' supaya dapat
menyediakan pengalaman pembelajaran murid bagi mencapai hasrat negara untuk
membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21. Dalam hal ini, guru
seharusnya mengenal pasti kelemahan-kelemahannya dan berusaha mengatasinya. Sebagai
contohnya, penggunaan TMK semakin penting dalam PdP dan pengurusan sekolah masa kini
seperti Frog VLE dan PBS untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berfikiran aras
tinggi selaras dengan hasrat PPPM iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Dalam konteks ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskinikan
diri dengan kemahiran penggunaan TMK dan bukanlah mencari alasan-alasan untuk
mengelakkan diri daripada menghadapinya seperti menyatakan tiada masa, tiada capaian
internet mahupun mengertikan dirinya dengan perkataan bodoh dan sebagainya. Sebaliknya,
sebagai seorang guru yang komited, beliau seharuslah bersikap terbuka dengan melihat
teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran
TMK seperti menghadiri kursus-kursus, membuat bacaan dan minta tunjuk ajar daripada
pakar-pakar dengan lebih kerap dan sistematik.
SOALAN 5
Apakah harapan atau cadangan tuan/puan tentang isu dan cabaran-cabaran guru di Malaysia
pada masa akan datang?

Sepotong kisah hidup itu hanya sekedar melukiskan bagaimana belajar tentang erti dan
makna falsafah hidup mengikuti arus atau melawan arus. Hak dan tanggung jawab adalah
satu pekej. Ketika kita memilih kerjaya sebagai seorang guru, maka itu adalah hak kita
sebagai manusia bebas. Tapi seiring dengan pilihan, maka ada tanggung jawab hendak tidak
hendak perlu dilunasi . Bukan hanya terhadap diri sendiri, tetapi juga bertanggung jawab
terhadap terhadap keluarga dan lingkungan dan amanah sebagai guru di mana kita
bertugas.
Kita tidak ada pilihan atau jalan pintas untuk menangani cabaran kerjaya guru dengan jalan
yang mudah ataupun merugikan salah satu pihak. Dalam hal ini, guru seharusnya menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi supaya boleh membuat inkuiri dan mendapatkan sesuatu teori
atau kefahaman baharu yang boleh membawa manfaat kepada murid dan sekolah. Sebagai
contohnya, perubahan pedagogi tradisional kepada pedagogi abad ke-21 seperti membentuk
kemahiran berfikir murid, menggalakkan kolaborasi mengajar, menggunakan pendekatan
“Projek based learning” semakin digalakkan dan telah diperkenalkan dalam kalangan guru
disebabkan kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan hasil kajian yang positif.
Tuntasnya, sebagai penyelidik, guru seharusnya sentiasa menjalankan refleksi kendiri bagi
menemukan sesuatu yang baharu dan juga memperbaiki kelemahan dalam PdP. Peranan
penyelidik ini juga membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat
analisis berdasarkan bukti empirikal dan data yang sahih seterusnya membantu guru
membuat keputusan bilik darjah yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip
PdPc.
Kesimpulannya, cabaran pendidikan abad ke-21 yang dialami akan membawa kebaikan dan
kelemahan kepada kita. Guru seharusnya memikul amanah ini dengan hati yang ikhlas dan
berusaha meningkatkan profesionalismenya supaya boleh membentuk modal insan yang
seimbang dari semua JERIS. Dengan itu, barulah kehendak PPPM boleh dicapai dalam masa
yang ditetapkan dan negara kita juga dapat melonjak di persada antarabangsa.

You might also like