You are on page 1of 1

SEBELUM

Pada 30 Ogos kami pelajar PEC 400 telahpun diberi tugasan bagi mini projek kami. Kami
dikehendaki membuat satu permainan untuk disertai oleh pelajar yang lain. Kami telah
menjalankan permainan kami pada minggu keenam. Jadi kami kumpulan ketiga diberi masa
selama beberapa minggu untuk berbincang permainan yang bakal kami lakukan. Pada mulanya
kami merancang untuk menjalankan permainan ini di luar kolej iaitu di Ampang Hilir tetapi
disebabkan beberapa masalah kami hanya melakukannya di kolej. Setiap ahli kumpulan kami
diberi tugasan tersendiri diantaranya berkenaan dengan bayaran, tempat, masa permainan dan
sebagainya. Disebabkan kami kekurangan barangan jadi kami telahpun membeli beberapa jenis
barang seperti bola ping pong, cawan plastik dan sebagainya. Kami telah merancang untuk
menjalankan sebanyak empat permainan. Kami telah menentukan permainan yang akan kami
lakukan, kami juga telah mencuba permainan tersebut bersama ahli kumpulan kami dan kami
sempat menyiapkan persiapan kami sebelum permainan bermula.

You might also like