You are on page 1of 6

KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

TAHUN 2018

KERTAS KERJA
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME
TAHUN 2018

1. NAMA PROGRAM

Highly Immersive Programme

2. ANJURAN

Panitia Bahasa Inggeris SMK Dato’ Ibrahim Majid

3. PENDAHULUAN

Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di kalangan
masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras dengan
dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid serta
komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ dimana beberapa sekolah
dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk
membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa
Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada
sekolah rendah lagi. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris,
pembelajaran bukan sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi
merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik perhatian.
KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
TAHUN 2018

4. MATLAMAT

Mewujudkan budaya untuk belajar dan berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris


secara aktif dan berterusan sama ada ketika sesi pembelajaran, di luar kelas dan juga
aktiviti-aktiviti luar bersama komuniti.

5. OBJEKTIF

5.1 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
5.2 Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
5.3 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid,
guru serta komuniti sekolah.
5.4 Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah

6. SASARAN

Semua pelajar dan guru khususnya serta ibu bapa dan komuniti secara amnya.

7. JANGKA MASA

Sepanjang tahun 2018

8. TEMPAT

Sekitar kawasan di dalam sekolah.

9. SUMBER KEWANGAN

9.1 Unit Ko-Kurikulum SMK Dato’ Ibrahim Majid


9.2 Panitia Bahasa Inggeris
KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
TAHUN 2018

9. AHLI JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME

Penaung

Encik Norali Bin Subandi


(Pengetua SMK Dato’ Ibrahim Majid)

Pengerusi

En. Madzian Bin Rahmat


(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Dato’ Ibrahim Majid)

Naib Pengerusi

(1) Pn. Sabariah Binti Ismail (Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato’ Ibrahim Majid)
(2) En. Abd Aziz Bin Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato’ Ibrahim Majid)

Ketua Penyelaras Program

Puan Nur Azliena Binti Azis


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Jalan Kota Tinggi)

Penolong Penyelaras Program

Encik Agus Kurniawan Bin Kasrom

Setiausaha Program

(1) Puan Arni Binti Jamaluddin


(2) Cik B.Thanaletchumy

Ahli Jawatankuasa Program

No Bahagian Bidang AJK


1. Program & Aktiviti Bahasa Ketua : En. Ubaiya Bin Nasib
AJK : Semua Guru Bidang Bahasa
AJK Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga (PIBG)

2. Analisis Data & Sains & Ketua: Pn. Siti Syamila Binti Abd Rahim
Laporan Matematik AJK : Semua Guru Bidang Sains & Matematik

3. Audio/ Visual & Teknik & Ketua : En. Sakdun Bin Abd Kadir
Dokumentasi Vokasional AJK : Semua Guru Bidang Teknik & Vokasional

4. Persiapan Tempat Sains Ketua : Pn. Wan Farizah Binti Wan Ismail
& Props Kemanusiaan AJK : Semua Guru Bidang Sains Kemanusiaan
KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
TAHUN 2018

CADANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK


HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME TAHUN 2018

IN-CLASS ACTIVITIES

Bil. Nama Program / Aktiviti Penerangan

1. Spot Talk Setiap pelajar akan memberikan ucapan awam tidak


(Sepanjang Tahun) lebih dari 2 minit. Seorang pelajar setiap dua minggu.

2. Vocab Attack Pelajar akan diuji untuk mengeja perkataan Bahasa


(Sepanjang Tahun) Inggeris sebanyak 10 perkataan dengan tepat.
Seminggu sekali.

3. Chain Writing Penulisan secara bergilir-gilir antara setiap ahli


(Sepanjang Tahun) kumpulan.

4. Charade Pelajar perlu meneka perbuatan/lakonan tanpa


(Sepanjang Tahun) sebarang komunikasi dengan pelaku di hadapan kelas
.

OUT-OF-CLASS ACTIVITIES

1. Weekly Assembly in English Minggu ke-2 setiap bulan adalah English Week di mana
(Sepanjang Tahun) perhimpunan akan dijalankan dengan menggunakan
Bahasa Inggeris bagi sepanjang minggu tersebut. Teks
ucapan akan disediakan oleh Panitia Bahasa Inggeris.

2. English Week Stop and Read Hari Rabu minggu ke-2 setiap bulan sempena English
(Sepanjang Tahun) Week. Para pelajar akan berhimpun di tapak
perhimpunan dan membaca petikan ringkas yang
diedarkan. Kuiz spontan akan diadakan untuk
memastikan pelajar mendapat manfaat daripada bahan
bacaan.

4. Teacher’s Day Essay Contest Pertandingan menulis karangan bersempena dengan


(Mei) sambutan Hari Guru. Tiga karangan terbaik bagi
kategori menengah rendan dan atas akan dipilih
sebagai pemenang pertandingan.

5. Spell It Right Competition Pertandingan dibuka untuk semua pelajar bagi setiap
(Julai) tingkatan.

EXTRA CLASSES

1. Kelas Tambahan Berfokus – Calon Pelajar yang tersenarai dalam calon cemerlang sekolah
Cemerlang akan menjalani kelas tambahan secara berperingkat.
(Mei – Oktober)
2. Kelas Tambahan Calon Galus Pelajar yang tersenarai dalam calon galus akan
(Mei – Oktober) menjalani kelas tambahan secara berperingkat.

3. Online Tutoring Para pelajar boleh bertanyakan soalan atau sebarang


KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
TAHUN 2018

(Sepanjang Tahun) pertanyaan mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris


dengan guru mereka melalui aplikasi secara talian
seperti Portal I-Learning ,Whatsapp dan Telegram.

OUTREACH PROGRAMME

1. English Zone Pihak sekolah dan PIBG akan bekerjasama untuk


(Mac) Mewujudkan ruang khas untuk pelajar membaca bahan
bacaan dalam Bahasa Inggeris.

3. Inspirational Talk Menjemput bekas pelajar atau ibu bapa untuk


(Julai) memberikan ucapan motivasi dan juga memberikan
inspirasi kepada para pelajar mengenai kepentingan
mempelajari Bahasa Inggeris.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Program / Aktiviti Keterangan Anggaran Perbelanjaan


1. Teacher’s Day Essay Contest 6 Trofi X RM 15 = RM 90 RM 90.00
6 Sijil Pemenang
(Disediakan pihak sekolah)
2. Spot Talk, Spelling Time, Menggunakan bahan sedia -
Chain Writing, Charade, ada Panitia Bahasa Inggeris
Hangman.
3. Weekly Assembly in English 1 Sepanduk Program X RM RM 100.00
100 = RM 100

8. Stop and Read Quizzes 30 hadiah X RM 6 = RM RM 180.00


180

13. Kelas Tambahan Berfokus Menggunakan bahan sedia -


Calon Cemerlang ada Panitia Bahasa Inggeris
14. Kelas Tambahan Berfokus Menggunakan bahan sedia -
Calon Galus ada Panitia Bahasa Inggeris
15. Online Tutoring Tiada kos -
16. English Zone Cat dan baik pulih dinding = RM 980.00
RM 530
Papan Maklumat = RM 300
Sepanduk = RM 100
Laminating Film = RM 50

Jumlah = RM 980

18. Inspirational Talk Cenderamata = RM 200 RM 200. 00

Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan RM 1550.00


KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
TAHUN 2018

10. STRATEGI PELAKSANAAN


:
10.1. Membentang kertas kerja kepada Tuan Pengetua untuk kelulusan.
10.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
10.3 Memberikan taklimat kepada semua guru dan AJK PIBG.
10.3 Menjalankan program.
10.4 Dokumentasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... …………………………………
(NUR AZLIENA BINTI AZIS) (NOR ALI BIN SUBANDI)
Ketua Penyelaras Program Pengetua
SMK Dato’ Ibrahim Majid SMK Dato’ Ibrahim Majid

You might also like