You are on page 1of 1

Taqwa dan Istiqamah Sebagai Jaminan

Masuk Syurga
Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada',
Baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan
(melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta,
dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu 'Isa berkata: “Ini
adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)

Matan Hadith:

‫ع‬ ‫ع‬ ‫ع‬ ‫ع‬


‫َ اتلتقوُا اللهه‬:‫ب عف هحلجة الهوُهداعع فهتهقاَهل‬ ‫صللىَّ اللهق هعلهليه هوهسلهم هيلطق ق‬ ‫ت هرقسوُهل الله ه‬ ‫هعلن أهعب أقهماَهمةه يهتققوُقل هسلع ه‬
‫صوُقموُا هشلههرقكلم هوأهدوا هزهكاَهة أهلمهوُالعقكلم هوأهعطيعقوُا هذا أهلمعرقكلم تهلدقخلقوُا هجنلةه هربقكلم‬
‫صلدوُا هخلهسقكلم هو ق‬ ‫هربلقكلم هو ه‬
ُ‫ هقاَهل أهقبو‬, ‫ عن أب أماَمة رضي ال عنه‬, 616 ‫ حديث‬, ‫ باَب منه‬, ‫ أبوُاب السفر‬, ‫[سنن التمذي‬
]‫صعحيح‬ ‫ث هحهسنن ه‬‫ععيهسىَّ هههذا هحعدي ن‬

Pengajaran Hadith :

1. Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang
dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim
merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati
pemimpin.
2. Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan
di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.
3. Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal
abadi selama-lamanya.

Sumber Rujukan :
1- Kitab Jami' at-Tarmizi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

You might also like