You are on page 1of 2

Pecutan Terakhir Mengejar Keampunan di

Garisan Penamat Ramadhan


Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah seseorang itu, apabila namaku
disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku, celakalah seseorang itu, apabila
Bulan Ramadhan menemuinya kemudian telah berakhir sebelum dia mendapatkan keampunan (daripada
Allah), dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak
dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 3545, Ahmad,
No. 7139, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, No. 8295, al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat, No. 8989, al-
Hathami dalam al-Majma’, No. 17319, Ibn Hibban dalam sahihnya, No. 916, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya,
No. 1786).

Matan Hadith:

‫صلل َّمعلميي َّمومرغغمم‬


‫ت َّعمنمدهي َّفمفلممم َّيي م‬
‫َ َّرغغم َّأمنمف َّرجلل َّذيكغر غ‬:‫َقماَمل َّرسوُيل َّالليغه َّصليىَّ َّالليه َّعلميغه َّوسليم‬:َّ ‫عن َّأمغب َّهريفرمة َّمقاَمل‬
‫ي مم مم م م م ي مي م ي‬ ‫م‬ ‫مي‬ ‫م م ي مم م‬
‫غ‬ ‫غ‬ ‫غ‬ ‫غ‬ ‫غ‬
‫ف َّمريجلل َّأممدمرمك َّعمنمدهي َّأمبَمفموُاهي َّالمكبِمفمر َّفمفلممم َّييمدخملهي‬ ‫ف َّمريجلل َّمدمخمل َّمعلمميه َّمرمم م‬
‫ضاَين َّيثي َّانممسلممخ َّقمفمبِمل َّأممن َّيفيمغمفمر َّلمهي َّمومرغمم َّأمنم ي‬ ‫أمنم ي‬
‫ب َّغممن َّمهمذا َّالمموُمجغه‬ ‫ث َّمحمسبن َّمغغري ب‬ ‫َ َّموقاَمل َّأمبَيوُ َّغعيمسىَّ َّمهمذا َّمحغدي ب‬.‫املمنيةم‬
‫غ غ‬ ‫غ غ غ‬ ‫غ‬ ‫غ‬
‫َ َّمرغمم َّأمنم ي‬:َّ ‫صليىَّ َّالليهي َّمعلمميه‬
‫ َّحديث َّرقم‬,َّ ‫ف َّمريجلل‬ ‫ مبَاَب َّقمفموُل َّمريسوُل َّالليه َّ م‬, ‫ َّكمتاَب َّاليدمعموُات‬,َّ ‫[جاَمع َّالتمذي‬
]‫ َّعن َّأب َّهريرة َّرضي َّال َّعنه‬,َّ 3545

Pengajaran Hadith :

1. Nabi SAW adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah SWT untuk membawa rahmat kepada
umatnya. Bahkan Nabi SAW sendiri adalah seorang yang lemah-lembut dan penyayang kepada
umatnya. Namun dalam hadith ini, Baginda SAW telah mengaminkan doa kecelakaan kepada tiga
golongan manusia apabila mereka mengabaikan perintah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
2. Bulan Ramadhan memberi kesempatan bagi seseorang hamba merebut dan memperbanyakkan
amalan seperti berselawat serta mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW bagi mendapat pahala
yang berlipat ganda. Dalam bulan yang mulia ini juga peluang untuk seseorang anak berbakti dan
mendoakan kepada kedua ibu bapanya. Alangkah ruginya bagi seseorang apabila datangnya bulan
Ramadhan tetapi tidak mendapat kebaikannya, malah dia masih lalai dan bergelumang dengan noda
dan dosa.
3. Walau bagaimanapun, jika sesuatu amalan kebaikan itu disertai dengan perasaan riak dan takabbur
maka amalan tersebut bukan sahaja akan ditolak bahkan akan menambahkan dosa serta jauh
daripada keampunan-Nya. Marilah kita menginsafi diri kita sendiri dengan bermuhasabah adakah
ketiga-tiga doa malaikat yang diaminkan oleh Nabi SAW itu berlaku ke atas diri kita? Jika ianya
berlaku, bertaubatlah segera dan minta ampunlah kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT
menjauhkan diri kita daripada tiga kecelakaan tersebut.

Sumber Rujukan :
1-Kitab Jami’ at-Tarmizi
2-Kitab Sunan al-Kubra Li al-Baihaqi
3-Kitab Mu’jam al-Awsat Li al-Tabrani
4-Kitab Majma’ al-Zawaid wal Manba’u al-Fawaid Li al-Haithami
5-Kitab Sahih Ibn Hibban
6-Kitab Sahih Ibn Khuzaimah
7-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
8-Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari

You might also like