You are on page 1of 5

Lampiran 1

Wawancara bersama Guru

TEMU RAMAH

Puan Renuka : Bolehkah Cikgu Kenalkan Diri ?

Puan Saraswathy : Selamat pagi cikgu. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat
datang ke sekolah ini dan terima kasih juga kerana saudari sudi
memilih saya untuk berkongsi sedikit pengalaman terhadap
murid Inklusif ini. Saya Cikgu Saraswathy merupakan seorang
guru pemulihan di sekolah ini. Latar belakang saya adalah, Saya
lahir dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. saya telah diterima
masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan
mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Pemulihan.
Pada tahun 2014, saya telah diterima penjawat jawatan guru
pemulihan di SJK (T) Sithabaram Pillai

Puan Renuka : Bolehka cikgu menjelaskan Masalah Pelajar yang terlibat di


dalam program Inklusif di sekolah ini ?

Puan Saraswathy : Ya boleh. Murid yang terlibat dalam Pendidikan inklusf di sekolah
saya adalah seramai tiga orang. Murid yang saya ingin
membincangan pada hari ini adalah murid yang bernama Siti
Namisha, Thaneswaran dan Vaishnavyi dari tahun 3. Kesemua
murid-murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran dan
penguasan 3M.

Puan Renuka : Apakah langkah yang diambil oleh Cikgu bagi mengatasi
masalah pembelajaran murid tersebut ?

Puan Saraswathy : Proses pembelajaran bagi mereka adalah sama dengan murid
yang lain, tetapi cara penyampaian kepada dia merupakan
perbezaan.Contohnya,bahan bantu mengajar yang menarik,
video , audio dan sebagainya. Melalui pendidikan inklusi, mereka
diberi bimbingan dan sokongan yang optimal untuk
mengembangkan potensi mereka secara optimal supaya pelajar
– pelajar tersebut juga tidak ketinggalan dalam akademik
mereka. Mereka juga sering diberi motivasi yang mencukupi
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Puan Renuka : Cikgu bolehka menyenaraikan sikap murid tersebut ?

Puan Saraswathy : Boleh. Antara Sikap mereka adalah seperti


Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di
sekolah,Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan
sangat lambat bekerja , Bermasalah dalam pengurusan masa
kerana bermasalah dalam memberi tumpuan,Lemah daya
ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan ,Kurang
yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman ,Perbendaharan
kata terbatas, tidak kreatif.Kesukaran mengawal emosi,
menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah dan bermasalah
tingkah laku Bersikap egosentrik

Puan Renuka : Apakah Kurikulum yang digunakkan dalam program Inklusif


ini ?

Puan Saraswathy : Program murid inkusif ini belajar menggunakan kurikulum


kebangsaan. Kaedah dan teknik pengajaran berlainan
berbanding dengan murid arus normal. Selain itu, setiap hari
saya juga menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang
sama tetapi aktiviti yang berlainan. Pengubahsuaian kaedah
pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh
dilakukan bagi memudahkan pelajar-pelajar menerima
pembelajaran.

Puan Renuka : Apakah kondusif bilik darjah sekolah ini untuk pelajar
pendidikan khas ?

Puan Saraswathy : Sebagai guru matapelajaran saya telah menyediakan segala


kemudahan dan tempat yang selesa di dalam bilik darjah untuk
pelajar-pelajar ini mengikuti PdP yang diajar. Keceriaan ,
susunan meja, sudut – sudut yang diwujudkan juga di dalam
kelas ini dapat menarik perhatian minat murid- murid tersebut.
Selain itu saya juga telah menyediakan sudut bacaan yang
berhiasan di belakang kelas semata – mata untuk pelajar ini
meluangkan masa semasa rehat mempelajari bahan – bahan
yang disediakan..
Puan Renuka : Apakah proses bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu terhadap
murid inklusif pada saat pembelajaran berlaku?

Puan Saraswathy : Sebagai seorang guru yang terlibat secara langsung dalam
pendidikan inklusif, saya sering prihatin dan peka terhadap
perkembangan mereka semasa PdP berjalan. Saya juga selalu
mendampingi dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Selain
itu, saya juga mengamalkan amalan memberi ganjaran, pujian
terhadap mereka semasa PdP berlangsung untuk menarik minat
mereka. Seterusnya saya juga selalu memastikan rakan – rakan
sebaya mereka membimbing mereka semasa aktiviti kumpulan
supaya murid-murid tersebut tidak ketinggalan. Saya juga sering
memberi peluang dan keutamaan kepada mereka untuk
memberi pendapat, menjawab soalan semasa PdP berjalan.

Puan Renuka : Apakah Cabaran yang dihadapi oleh Cikgu semasa


menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Inklusif ?

Puan Saraswathy : Cabaran yang dihadapi adalah cara penahanan


kesabaran.Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah
budak – budak ini. Murid-murid ini sering menunjukkan tingkah
laku yang bermasalah seperti mengganggu murid lain semasa
PdP berjalan, suka berjalan –jalan semasa aktiviti kumpulan,
tidak mengikut kerja kumpulan perasaan, sebagai seorang guru
mata pelajaran saya sering bersabar dan merancang startergik
yang baru untuk mengelakkan masalah ini berulang.

Lampiran 2

TEMU RAMAH BERSAMA GURU BESAR SJKT SITHARAMBAM PILLAI


Puan Renuka : Bolehkah Cikgu Kenalkan Diri ?

Encik Sankrar : Boleh. Nama saya ialah Encik Sangkar.saya merupakan Guru
Besar sekolah ini dan saya memegang jawatan guru besar sekolah
ini selama 8 tahun.

Puan Renuka : Bagaimanakah proses inklusif di sekolah ini ?

Encik Sankrar : Proses inklusif di sekolah sudah diamalkan sejak awal lagi.
Sebelum saya memegang jawatan guru besar di sekolah ini,
pendidikan inklusif telah pun diamalkan di sekolah ini apabila
pelajar-pelajar keperluan khas memerlukan bimbingan dan
sokongan dari guru. Peoses pendidikan inklusif di sekolah ini
adalah sistematik dan terancang. Ahli jawatankuasa yang terlibat
pendidikan inklusif di sekolah ini terlibat langsung dalam proses
pendidikan inklusif. Setiap dokumen yang berkaitan dengan
pendidikan inklusif disemak dari semasa ke semasa dan difail
mengikut sistem yang betul. Kaedah pengajaran pula guru – guru
di sekolah ini sering peka dan mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai pendidikan inklusif. Jawatankuasa pendidikan inklusif
juga sering merancang startegik, kaedah yang bersesuaian demi
kejayaan pendidikan inklusif di sekolah ini.

Puan Renuka : Adakah sekolah menjalin kerjasama dengan tenaga doktor


atau pekerja sosial?

Encik Sankrar : Ya. Sekolah ini sering menjalinkan kerjasama dengan tenaga
doctor dan pekerja social. Pekerja sosial sering dijemput untuk
memberi temu ramah berkaiatan dengan murid kelainan upaya
dan kejayaan mereka. Selain tu sekolah ini juga pernah
menjemput pensyarah-pensyarah dari Universiti Sains Malaysai
dan Institut Pendidikan Guru untik memberi motivasi, kata kata
semagat terhadap murid kelainan upaya di sekolah ini.

Puan Renuka : Apakah Sarana dan prasarana yang dimiliki dalam


menyelenggarkan pendidikan inklusif ?
Encik Sankrar : Sarana dan prasarana sangat penting dalam dunia pendidikan
inklusif kerana sebagai alat penggerak. Sekolah ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan asas untuk pelajar inklusif.
Kemudahan bilik darjah yang kondusif, kemudahan perpustaakn,
kantin adalah sebahagian yang disediakan di sekolah ini untuk
pendidikan inklusif. Kemudahan ini berbeza dengan kemudahan
yang disediakan di sekolah lain. Ia merupakan satu kejayaan yang
besar dalam proses pendidkkan inklusif

Puan Renuka : Apakah Cabaran yang dihadapi sekolah ini dalam


pendidikan inklusif ?

Encik Sankrar : Peranan guru besar sangat besar apabila mereka dianggap sebagai
pengajar kerana tugas utama guru besar di dalam pentadbiran
sekolah. Seorang guru besar harus berdepan dengan pelbagai
cabaran sama ada di dalam pengurusan atau pun pentadbiran.
Guru besar adalah tonggak sebuah sekolah. Dan merupakan role
model kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Kekurangan
kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan cabaran
utama di sekolah ini. selain itu ibu bapa yang mengharapkan pihak
sekolah sahaja dalam kejayaan anak mereka pun satu cabaran
utama di sekolah ini. kurang perhatian di rumah menyebabkan
guru-guru harus berganding bahu dan berusaha lebih banyak
untuk mengajar pelajar ini.

You might also like