You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SK DESA CEMPAKA

KALI PERTAMA TAHUN 2017

TARIKH : 11 JANUARI 2017

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : LAMAN BERADAP

KEHADIRAN :

BIL. NAMA JAWATAN


1) TN HJ HARIFIN BIN HJ OMAR - PENGERUSI
2) PUAN NORLIDA BINTI IDRIS - NAIB PENGERUSI (1)
3) PUAN RUZANA BINTI DARHAMSAH - NAIB PENGERUSI (2)
4) ENCIK ZAHIRUDDIN BIN AMIRUDIN - NAIB PENGERUSI (3)
5) PUAN SUHAINI BINTI ABIDIN – PENYELARAS PBS
6) PUAN ZAHIMAH BINTI ZAKARIA – PENOLONG PENYELARAS PBS
7) PUAN MAISARAH BINTI MEGAT OSMAN
8) PUAN NORAZIAN BT MOHAMED SHAFEE
9) PUAN AZYATI FATILAH BINTI ABD AZIZ
10) PUAN NOR RAHAYU BINTI MD. NAI
10) ENCIK AZHARI BIN SIDEK- KP BAHASA MELAYU
11) PUAN NADRAH BINTI MD SAUFI - KP BAHASA INGGERIS
12) PUAN NORAINI BINTI ALI MOKHTAR - KP MATEMATIK
13) CIK HAJAH NOR RANI BINTI OTHMAN - KP SAINS
14) PUAN MAZLINDA BINTI ISMAIL - KP SEJARAH
15) PUAN NURUL FARHANALISA BINTI ABDULLAH - KP RBT
16) ENCIK WAN HALIL BIN WAN CHIK - KP TMK
17) ENCIK MOHAMMAD HANIF BIN SAMSUDIN - KP PJK
18) PUAN ROSLIZAH BINTI SULAIMAN - KP KESENIAN
19) PUAN DAYANG SALUAH BINTI SAYUTI – KP PENDIDIKAN ISLAM
20) PUAN ASMAWATI BINTI OTHMAN – KP PENDIDIKAN MORAL
21) PUAN HASMIZA BINTI MD NOR – KP BAHASA ARAB
22) PUAN CHE TINOR BINTI KAMARUDDIN – S/U PEPERIKSAAN
UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat

kali ini.

Makluman

2. Beliau menerangkan mengenai pelaksanaan PBS di peringkat sekolah yang kini telah

berlangsung untuk tahun ke tujuh sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017.

Makluman

3. Beliau seterusnya menerangkan bahawa pelaksanaan PBS merupakan salah satu agenda

penting dalam dasar pendidikan negara yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Makluman

4. Pengerusi berharap agar semua guru dapat memberi komitmen yang tinggi dalam

melaksanakan PBS. Malah, penekanan terhadap integriti dalam manjalankan tugas turut diberi

keutamaan.

Makluman

5. Beliau turut menyatakan bahawa dasar pelaksanaan PBS yang berkesan turut terkandung

dalam perutusan amanat Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Encik Turin Bin

Ahmad. Sehubungan dengan itu, semua guru dipohon agar sentiasa berusaha untuk

bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan PBS dapat mencapai objektifnya.


Makluman

6. Beliau turut menyerahkan surat pelantikan jawatankuasa kepada barisan guru yang telah

dilantik untuk melancarkan pengoperasian PBS bagi tahun semasa.

Makluman

PENETAPAN HALA TUJU DAN MATLAMAT

1. Pengerusi menggesa agar jawatankuasa PBS yang baru dilantik dapat meningkatkan lagi

penyebaran PBS di kalangan guru, murid dan komuniti. Justeru, beliau turut mencadangkan

agar diwujudkan sudut PBS bagi menggalakkan pembudayaan PBS itu sendiri.

Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

2. Beliau menegaskan bahawa penyebaran maklumat berkenaan PBS kepada murid harus tetap

dilakukan biarpun 2017 merupakan tahun ke tujuh pelaksanaan PBS. Penyebaran maklumat

kepada murid digalakkan untuk dilakukan secara informal, sama ada semasa berlangsungnya

PdPc mahupun ketika perhimpunan rasmi sekolah. Malah, sudut PBS yang bakal diwujudkan

juga boleh menjadi salah satu medium penyebaran terbaik bagi memberi pendedahan kepada

murid.

Makluman

3. Pengerusi meminta setiausaha PBS untuk menyediakan surat makluman PBS kepada ibu

bapa termasuk makluman berkenaan format baharu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Tindakan: Setiausaha PBS

4. Bagi memantapkan lagi pengoperasian PBS sekolah, pengerusi turut menggalakkan agar

jawatankuasa dapat membina jalinan dan jaringan bersama sekolah-sekolah Kluster

Kecemerlangan dan Berprestasi Tinggi melalui lawatan penanda aras ke sekolah tersebut.

Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS


PENYEDIAAN DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PBS

1. Pengerusi menegaskan agar semua guru cakna terhadap rancangan tahunan PBS agar

pengoperasian menjadi lebih sistematik mengikut ketetapan.

Makluman

2. Beliau juga menerangkan jadual pengoperasian PBS seperti yang disediakan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia (LPM) (rujuk Lampiran B).

Makluman

3. Seterusnya, pengerusi membentangkan jadual tugas jawatankuasa PBS peringkat sekolah

(rujuk Lampiran C) yang telah disediakan bagi membolehkan semua guru mendapat gambaran

awal perjalanan pengoperasian PBS sepanjang tahun 2017.

Makluman

4. Pengerusi turut menyerahkan salinan takwim aktiviti PBS dalam bentuk Carta Gantt kepada

semua guru sebagai panduan (rujuk Lampiran D).

Makluman

5. Bagi memastikan kelancaran PBS itu sendiri, pengerusi berharap agar format penulisan RPH

semua guru juga memenuhi tuntutan KSSR dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999. Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran wajib menjadi rujukan semua guru dalam pembinaan

RPH dan juga untuk penilaian formatif.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

6. Beliau juga membuat penjelasan berkneaan jawatankuasa dan senarai tugas Jawatankuasa

Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan.

i. Pementoran - Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan

membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang

ditetapkan.

ii. Penyelarasan - Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang


dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan

pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

iii. Pemantauan - Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan

PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan mempunyai kesahihan dan

amanah bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

iv. Pengesanan - Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan

keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen

serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.

Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MODUL OFFLINE

1. Pengerusi meminta setiausaha untuk menyediakan 13 buah fail dan setiap satunya akan

digunakan untuk menyimpan rekod perkembangan murid bagi semua mata pelajaran. Satu fail

digunakan untuk sebuah kelas. Penggunaan sebuah fail bagi setiap kelas dapat memudahkan

pemantauan dalaman dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.

Tindakan: Setiausaha PBS

2. Semua guru diminta untuk membuat pentaksiran formatif secara berterusan dan

mencatatkannya dalam rekod perkembangan murid.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

3. Modul Offline perlu disediakan dalam bentuk hardcopy dan disimpan di dalam fail Modul Offline

yang telah disediakan mengikut kelas. Fail Modul Offline akan diletakkan dalam simpanan

setiausaha PBS. Semua guru mata pelajaran diwajibkan untuk mencetak dan menyimpan

Modul Offline sebanyak 2 kali setahun; Julai dan November.

Tindakan: Setiausaha PBS dan Semua Guru Mata Pelajaran


HAL-HAL LAIN

1. Pengerusi sekali lagi menegaskan bahawa penilaian formatif haruslah dijalankan dengan

penuh integriti, telus dan berterusan. Tahap penguasaan murid harus direkodkan di dalam

Rekod Perkembangan Murid.

Makluman

2. Beliau turut menjelaskan penilaian sumatif akan dilakukan mengikut takwim yang telah

dinyatakan.

Makluman

3. Guru-guru yang masih mempunyai sebarang kesulitan dalam pengoperasian PBS, diminta

untuk mendapatkan maklumat daripada jawatankuasa PBS.

Makluman

4. Pengerusi turut memaklumkan berkenaan semakan DSKP Tahun 1 yang telah dilaksanakan.

Semua guru mata pelajaran Tahun 1 diminta untuk cakna terhadap perkembangan baru ini dan

memastikan mereka telah memuat turun DSKP Semakan Tahun 1 dari laman web Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran Tahun 1

PENUTUP

1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

__________________________________

(PUAN SUHAINI BINTI ABIDIN)

Setiausaha PBS

SK DESA CEMPAKA
Disemak oleh:

__________________________________

(PUAN NORLIDA BINTI IDRIS)

PENOLONG KANAN KURIKULUM

SK DESA CEMPAKA

You might also like