You are on page 1of 7

AKTIVITI 1 (MODUL 2)

NADIRAH BINTI ROSLI


NUR ‘AFIFAH BINTI SHAIFUL BAHRIN
NOOR ATIKAH BINTI ALLIAS
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering
menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Model
ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu:
ANALISIS

 Analisis atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware”


diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu
ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi
kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu
atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan, adakah ia
boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis


persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.
Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
 1. Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
2. Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
3. Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
4. Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
5. Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?
REKABENTUK

 Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah


instruksional yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah,
permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau
secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada
menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :


1. Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi
rekabentuk
2. Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan
oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Membangunkan papan cerita
4. Mereka bentuk antara muka
5. Membangunkan prototaip
6. Menggunakan reka bentuk visual
PEMBANGUNAN

 Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware”


yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian
membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa
pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan
menyebarkan bahan tersebut. Tahap ini membabitkan proses penjanaan
dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini
adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini,
rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur
teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan
semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang
dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan
komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer
seperti Geometer’s Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer.
IMPLEMENTASI

 Implimentasi atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap


“courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah
dipilih bagi menggunakan “courseware” tersebut. Tahap ini membabitkan
penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran
itu berasaskan bilik darjah, makmal matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan
komputer. Istilah pelaksanaan merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem
yang dibentuk dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain,
pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran
dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau
melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong
pemahaman pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai
kemahiran tertentu, membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju,
menyediakan prosedur bagi melatih fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan
mencuba pelajaran yang disediakan.
PENILAIAN
 Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif
dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki
tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu
“courseware” selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian
keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk
menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan “courseware”
tersebut selesai digunakan. Tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan
keefisienan pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif
tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata
lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang
disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka
bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan
penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa
membentuk sesuatu tahap dan antara tahap. Tujuan penilaian ini adalah untuk
memperbaiki pengajaran sebelum versi mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula
berlaku selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk
mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data dari penilaian sumatif
digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan
pengajaran atau tidak.

You might also like