You are on page 1of 25

Jabatan Alam Sekitar

Dibentuk 1 September 1983; 34 tahun yang


lalu
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Putrajaya
Eksekutif  Dato’ Ahmad
agensi Kamarulnajuib bin Che
Ibrahim, Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
Agensi Kementerian Sumber Asli dan
induk Alam Sekitar Malaysia
Tapak web www.doe.gov.my
Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memantau
penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada
pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk
mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa
kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik
dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup,
pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan
ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar


2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
5. Membuat Keputusan Bersepadu
6. Peranan Sektor Swasta
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2017


Pengenalan Mengenai Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah
dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan
Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun
sebelum ini. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara
tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai
Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu) menerusi
Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha
berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di
kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27
Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan
MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah
bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam
Sekitar Negara, HASN (National Environment Day).

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di
Kuching, Sarawak dengan membawa tema buat julung kalinya iaitu “Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama”

Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam
sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas

Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam


sekitar

Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Membudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017:-

Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran Hari Alam Sekitar Negara semenjak
penjenamaannya semula pada tahun 2016. Sambutan kali ini akan diadakan pada 21
Oktober 2017 bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan. Tema
sambutan HASN pada tahun ini ialah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.
Jenis Alam Sekitar

Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi
sering menjadi isu
tetapi ia kurang
diberi perhatian.
Akhir-akhir ini,
aspek ini
dibincangkan
secara bersungguh-
sungguh apabila
paras bunyi
semakin meningkat
dari hari ke hari.
Pembangunan
negara yang pesat
menuju status
negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat
merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang
menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga
merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras
bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah
pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih
berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian
jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan
pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan
teknologi kawalan yang sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga


menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan
pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh
dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan
hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini
berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih
perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang
yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan
lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.
Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi
enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat.
Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada
kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat.
Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan
menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi
kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan
selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi
perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang
menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan
berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan


industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,
jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan
ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran
dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses


pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan
bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang
mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan
sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi .
Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin
sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan
suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada sesetengah
masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak
merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan
pencemaran bunyi yang sering berlaku .
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan
yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu
menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang
membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan
kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada
keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang
mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan
kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan
perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang
selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat
perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar
lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka
dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa
disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang
dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang
tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam.
Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan .

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak
harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab
seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan
memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya
pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus
berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli
masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan
bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

TAN MIN LIANG


205829

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh


dikatakan antara
pencemaran yang memberi
impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan
global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita.
Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah
pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China
yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di
negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan
sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang
menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini
dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan
pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran
sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk
dengan gas–gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan,
asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di
tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga
menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari
matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel,
asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat
kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem
pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar
kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-
gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan
terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil
makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing
elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan
melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan
bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat
yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair
supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon
dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan
menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar
dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk
mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam
sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata,
hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita
memusnahkannya.
CHIN YOKE LIAN
205951

Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di
negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air
masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan
yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada
dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai
bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai
sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku


pencemaran air ialah
kilang-kilang yang tidak
bermoral. Kebanyakan
kilang dibina di
sepanjang sungai untuk
memastikan bahan-
bahan buangan
disalirkan ke dalam
sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,
Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila
sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian
perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar.
Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan
akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari
makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan
air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam
sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan
pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera
Utara.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap


hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan
yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan
laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.
Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan
meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi
masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan
lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam
sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini
mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan
dan keadaan air itu sendiri.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk
maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat
dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki
takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan
domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu
menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan
bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk
sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga
pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan
perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan
merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga
membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan
memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah
memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri
sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara
kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita.
Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan
kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang
pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat
mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan
kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air
yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-
langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap
yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak
kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya
mencapai Wawasan 2020.
TAN PING SIEN
206063

Pencemaran Tanah

Pencemaran
tanah adalah
bahagian
permukaan bumi
yang dihuni oleh
banyak makhluk
hidup terutama
manusia, tumbuh-
tumbuhan, haiwan
dan
mikroorganisme
Tanah dan makhluk
hidup yang hidup
di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang
berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi,
iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber
daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat
alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup
manusia tergantung kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh
bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada
pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan
pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh
zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera
dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan
bencana bagi kehidupan manusia.
Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan
daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah
merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan
penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang
menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh
menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan
asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau
dan banjir.
Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu
adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada
kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang
berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup
dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah,
perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah
terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut
berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan
juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan
pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian
serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang
tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain.
Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam
kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif
yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah
letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden,
kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut.
Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging
terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan
kesihatan.
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti
sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan
menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanahadalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan
dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa
manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara
yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah
satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang
menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-
sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan
berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak
makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme.
Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat.
Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di
atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan
kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia
tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah


anugerah Tuhan yang amat
bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung
kepada sumber-sumber
semulajadi di muka bumi ini.
Allah telah mencipta alam
ini seimbang untuk
kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas
akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak
dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang
segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar
dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah
yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui
penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat
menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti
pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi
negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu
membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk
dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria,
deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada
dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan
makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran
dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan
serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa
serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain
itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu
keselesaan hidup kita.

Selain itu, air


merupakan sumber
asli yang sangat
penting dalam
kehidupan manusia.
Air sangat
diperlukan oleh
tubuh badan
manusia
sehinggakan
manusia boleh
hidup bertahan
beberapa hari
dengan air sahaja
tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air,
hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut
memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka
bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat
haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya
menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan
adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar
yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan
sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang,
ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang
dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran
laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk
pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air
terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan
meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor
perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada
masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan


sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan
sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih.
Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam
memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam
kehidupan kita.

GAN CHUI YONG


205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan
kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya
alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan
merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam
sekitar
kepada sistem
pernafasan kita.
Persekitaran yang
bersih
membolehkan kita
menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting
untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan
badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih
membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam
keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan
rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan
manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan
menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap
dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan
baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke
sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi
bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting
untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih.
Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga
yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil
seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan
alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang
selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan
flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-
duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di
antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh
dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara
manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan
menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan
menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora
dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera
kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon
dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan
yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies
pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti
alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.
Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya.
Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang
membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan
manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap
alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam
sekitar juga akan
menarik pelancong
untuk mengunjungi
negara kita.
Persekitaran yang
cantik dan bersih
dapat menarik
ramai pelancongan
dari luar negara
atau orang
tempatan untuk
melancong ke
negara kita.
Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui
pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan
meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak
langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha
memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam
sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang
masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen
kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo
media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam
sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu
turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga
generasi akan datang.

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia
pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada
pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain.
Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya
pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara
memberi kesan yang
sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-
tumbuhan mengalami
kerosakan dengan tiga
cara iaitu
Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan
perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang
mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato,
kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di
udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan
tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa
juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang
terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan
terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan
toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai
contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara
juga menyebabkan
penyusutan lapisan
ozon bumi yang
melindungi hidupan
di bumi ini daripada
sinaran terus
matahari. Pembebasan
gas klorofluorocarbon
atau CFC yang
digunakan dalam alat-
alat penyembur, alat
penyaman udara dan
peti sejuk menipiskan
lapisan ozon ini. Ini
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara
terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya,
pencemaran udara
juga menyebabkan
terbentuknya Hujan
asid yang
disebabkan oleh
penggabungan gas-
gas sulfur dioksida
dan nitrogen oksida
dengan air hujan.
Hal ini berlaku
apabila gas-gas
sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan
bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid
sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan
binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan
kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan
yang paling ketara
dan sedang hangat
diperkatakan oleh
seluruh warga
dunia pada masa
kini adalah kesan
pemanasan global
yang disebabkan
oleh kesan rumah
hijau. Kenaikan
suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang
dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon
dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu
bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah
faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan
bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang
berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi
ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran
dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi
akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran bunyi menyebabkan
kerosakan pada telinga manusia
secara serta-merta dan juga secara
kronik. Sekiranya telinga menerima
bunyi yang kuat iaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam
telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan
kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih
85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh
alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya
pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
YON SOK CHIN
205784

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah
bermaksud
perbuatan atau
bencana semula
jadi yang berlaku
kepada sesuatu
kawasan sehingga
kawasan tersebut
telah bertukar
warna , tidak subur
atau berlakunya
hakisan. Ia boleh di
bahagikan kepada
dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah
terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu
kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan
tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-
aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang
memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke
dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh
manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang
serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya
penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi
akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang
boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang
menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-
sama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit
juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang
tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-
pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan
manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear
akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia
dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai
sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan
radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke
tempat lain.

Pencemaran air
berlaku apabila
terdapat perubahan
dari segi kandungan,
keadaan, warna dan
kualiti sehingga tidak
sesuai untuk diguna
dan akan memberi
kesan kepada para
pengguna apabila
menggunakan air
tersebut. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya
berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan pencemaran ini
adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap
pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi
kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut
dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal
ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca
yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah.
Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein,
karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta
tumpahan minyak di laut.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada hidupan-
hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke
dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang
serius jika mengambil sumber makanan hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan
mendapat penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan
batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, dan
haloform.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan
manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap
tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada
masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam
sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain
daripada itu air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan
sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat
daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji
pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika
sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran
terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke
dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi
masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang akan datang
mempunyai persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai pencemaran.

Punca Berlakunya
Pencemaran Alam
Sekitar

Akta Kualiti Alam


Sekeliling 1974
mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering
dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud
apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal,
haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai
punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar.

Antara
punca yang telah
dapat dikenal
pasti yang
membawa kepada
masalah
pencemaran alam
sekitar ini ialah
masalah sikap
individu dan
organisasi yang
tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka
untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan
sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika
direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah
semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.
Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran
yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa
toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan
dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang
melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran
udara. Hal ini berikutan
sikap individu dan
pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan
peka pada persekitaran
sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar
yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara


punca lain ialah
pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta
merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan
alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan
semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan
dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera
berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada
projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama
pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh
mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas
yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat
pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan
semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin
dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan
pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang
berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan
lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu
punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara
punca lain
penyebab
berlakunya
pencemaran alam
sekitar ialah
pembakaran
secara terbuka.
Hal ini jelas
dapat dilihat
berikutan
pembakaran
pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula.
Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi
akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut
memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran
secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan
cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran
secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan


juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada
masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap
pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah
pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan
hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini
sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan
bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah
yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin
membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus


diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar
dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam
kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih
baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai
lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada
masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah
diambil.
Langkah-langkah
yang boleh diambil
adalah melalui
pendedahan media
massa. Media
massa ini
termasuklah
televisyen, radio,
telefon bimbit,
komputer dan surat
khabar. Pada hari
ini, media massa
memainkan
peranan penting
dalam membentuk
cara pemikiran
semua pengguna.
Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran
alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen
adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di
setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu
mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah
pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar.
Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih
luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam
sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga
bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di
bumi ini.

Langkah ketiga bagi


mengatasi pencemaran alam
sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti
sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam
sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam
dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi
dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan
bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar
berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi


moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah
dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan
teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan
sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini
sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara
yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah
dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil
pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang
semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada
masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah
memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai
golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada
terus tercemar.

You might also like