You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL 3/2017

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT, MUAR

Tarikh : 8 November 2017

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. Kamilah bt Mohamad

Kehadiran(Bilangan) : 19 / 19 orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK yang
telah hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Ini merupakan mesyuarat kali ketiga
bagi Unit Kokurikulum.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan komitmen yang baik sepanjang dalam menjalankan program
kokurikulum sepanjang 2017.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Hjh Rosni bt Ibrahim.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Faridah bt Md Yusop.

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 LAPORAN SETIAUSAHA
4.1 Majlis Pelancaran Karakter Murid Johor (KrMJ) telah dilaksanakan pada
21.9.2017. Laporan juga telah dihantar ke PPD. (Rujuk Lampiran 1)
Tindakan : Setiausaha Kokurikulum

4.2 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dijalankan pada 10.8.2017 hingga
21.9.2017. Laporan ke PPD telah dihantar pada 12.10.2017. (Rujuk Lampiran 2)

4.3 Sistem Maklumat Pengurusan Kokurikulum (e-Kokujpnj) sentiasa dikemaskini


sepanjang Januari hingga Oktober 2017
Tindakan : GPK KK

4.4 Aktiviti Kelab Sukan Sekolah pada One Stop Data Center Muar juga telah
dikemaskini pada setiap bulan iaitu dari Januari hingga November.
Tindakan : GPK KK & Penyelaras

4.5 Pengisian Data Maklumat Instrumen Kemudahan Prasarana & Program Sukan
Sekolah (i-KePS) telah dibuat pada 30.10.2017 dan disahkan oleh Guru Besar
pada 31.10.2017.
Tindakan : GPK KK & S/U Sukan
4.6 Pengumpulan Data Peruntukan Kewangan Kokurikulum telah dibuat sebanyak
dua kali iaitu pada bulan Jun (21.6.2017) dan November (1.11.2017)
Tindakan : GPK KK & S/U KK
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. PENGESAHAN PENERIMAAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN MSSD


5.1 Kejohanan Sepak Takraw
- Sijil Pencapaian untuk Naib Johan
- Sijil Penyertaan untuk 10 pemain dan 2 guru.

5.2 Kejohanan Balapan dan Padang


- Sijil Penyertaan 5 peserta dan 2 guru

5.3 Kejohanan Bola Jaring


- Sijl Penyertaan 12 pemain dan 4 guru

5.4 Kejohanan Bola Baling


- Sijil Penyertaan 12 pemain dan 2 guru

5.5 Maklumat tentang penerimaan sijil akan dihantar ke PPD pada 9.11.2017
Tindakan : GPK KK & S/U KK

6. LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN


6.1 Merentas Desa telah dijalankan pada 4.5.2017.

6.2 Sukantara pada 27.9.2017

6.3 Sukan Tahunan Kali ke-26 pada 28.9.2017. Johan keseluruhan dimenangi oleh
Rumah Zuhal. Olahragawan disandang oleh Muhammad Hakim bin Junid
manakala olahragawati ialah Nur Syaza bt Hassan.
Tindakan : S/U Sukan

7. PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH


7.1 Perkhemahan akan dijalankan pada 17 & 18 November 2017 di kawasan sekolah
sahaja kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Segala
bidang tugas dan perjalanan program dirujuk pada edaran yang diberi.
Tindakan : En. Muhammad Danial
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Pn. Kamilah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah
melengkapkan dan menghantar buku laporan aktiviti kokurikulum.

8.2 Beliau berharap semua guru dapat terus memberi kerjasama yang baik terhadap
pengurusan kokurikulum sekolah agar segala program yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang .

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( NORHAIZA BINTI MOHD NOR ) ( )
Setiausaha
Kokurikulum SKPBD
Tarikh : 17.11.2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like