You are on page 1of 10

Pengurusan Unit H.E.

M
____________________

Pengurusan H.E.M. mengambil kira aspek-aspek kebajikan, disiplin dan


keselamatan murid-murid diberi perhatian secara berterusan.

1) Disiplin

a) AJK Disiplin membantu memainkan peranan untuk


perlaksanaan disiplin di sekolah.
b) Pengawas (pelapor) bagi setiap tugas harian yang
dijalankan memastikan kelicinan pengurusan kebersihan.
c) Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah dicatat dan
direkodkan kesalahan mereka di dalam buku rekod
kesalahan.
d) Maklumbalas daripada Ibu bapa murid memainkan peranan
dalam mengatasi disiplin sekolah.
e) Mengadakan pemeriksaan bulanan secara rambang.
f) Menyedia dan membekalkan maklumat data SSDM kepada
PPD, JPN / Kementerian apabila dikehendaki berbuat
demikian.
g) Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatandisiplin di
kalangan murid sekolah.

2) Buku Teks

a) AJK buku teks menerima, mengira dan mengagihkan buku


teks.
b) Penerimaan dan pengeluaran buku teks direkod dan
dikemaskinikan.
c) Diagihkan kepada murid-murid yang layak.
d) Penggantian buku teks yang hilang dikenakan bayaran
kepada peminjam.
e) Membaik pulih buku-buku teks yang rosak.
f) Mengurus bilik operasi buku teks ( BOSS ).
g) Membuat laporan keperluan buku teks.
h) Menandatangan SAP/INVOIS atau nota serahan jika
diperturunkan kuasa oleh Guru Besar.
j) Menguruskan pelupusan buku teks.
k) Melaporkan kepada PK HEM jika berlaku sebarang
masalah berkaitan buku teks.
l) Mengadakan pepemeriksaan kepada peminjam buku teks
dari masa ke semasa.
m) "Spotcheck‟ dari masa ke semasa untuk memastikan semua
buku teks yang telah diterima oleh murid berada di dalam
keadaan baik ( dibalut ).

3) Kantin Sekolah

a) Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan


pekeliling Kementerian Kesihatan / Pelajaran.
b) )Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual
mengikut syarat perjanjian.
c) Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan
adalah bersih dan selamat
d) Memastikan keadaan di dalam dan di luar kantin sentiasa
berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
e) Memastikan semua penjual dan kakitangan bertugas di
kantin sentiasa memakai apron dan tutup kepala yang
bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian
Kesihatan.
f) Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung
salji/kain maslin/disimpan di dalam bekas yang bertutup.
g) Memastikan persedian tempat duduk untuk guru dan murid
di kantin mencukupi.
h) Memastikan makanan yang disediakan untuk jualan harian
adalah mencukupi.
i) Menyampaikan laporan Bulanan/Mingguan kepada PK
HEM/Guru Besar tentang pretasi kantin.
j) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin sekurang-
kurangnya 3 kali setahun dan mengadakan perbincangan
dari masa ke semasa.

4) Kebersihan

a) JK Kebersihan dilantik untuk memastikan kawasan


bangunan sekolah dalam keadaan memuaskan.
b) Kehadiran guru dan murid bertugas harian adalah
dimestikan.
c) Kebersihan meliputi semua kawasan yang perlu dan
disediakan bahan -bahan pencuci seperti sabun, tuala
(tissue paper), tong sampah, penyapu, pengelap lantai dan
sebagainya.
d) Kebersihan kantin diutamakan untuk mencegah keracunan
makanan di kalangan murid.
e) Papan-papan tanda seperti DILARANG MEROKOK,
JAGA KEBERSIHAN, disediakan.
5) Keselamatan murid

a) Guru haruslah memberikan perhatian utama terhadap


keselamatan murid di dalam dan di luar bilik darjah.
b) Guru perlu seniasa berada didalam bilik bilik darjah
mengikut jadual waktu masing-masing.Jika guru keluar
berkursus atau dikehendaki menghadiri mesyuarat di
luar , maka kelas guru tersebut hendaklah diganti dengan
guru yang lain.

6) Keceriaan kelas dan sekolah

a) Kelas haruslah sentiasa kemas dan rapi. Ianya perlu


dihiasidengan maklumat dan carta yang bersesuaian dengan
topik-topik semasa.
b) Guru kelas haruslah menyediakan carta organisasi kelas
,jadual bertugas murid dan kelas dalam keadaan ceria dan
berinformasi.
c) Di luar kelas pula, AJK keceriaan terutamanya perlu
memastikan ditanam dalam pelbagai warna dan sentiasa
dijaga dengan rapi .

7) Kesihatan Murid

a) Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang


betapa pentingnya mempertingkatkan taraf kesihatan diri
dari semasa ke semasa.
b) Memberi penjelasan dan meningkatkan kyakinan
masyarakat setempat bahawa sekolah merupakan
tempat yang bebas daripada penyakit.
c) Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan
murid dan guru melalui program-program yang
dijalankan.
d) Memastikan buku kesihatan semua murid mencukupi.
e) Mengedar buku kesihatan murid kepada guru kelas bila
diperlukan dan menyimpan semula selepas ianya
digunakan.
f) Mengisi borang-borang yang dikehendaki oleh pasukan
kesihatan bila diperlukan seperti senarai nama murid dan
lain-lain lagi.
g) Menguruskan Program Vitamin 1Malaysia.

8) Pengawas

a) Membentuk Badan Pengawas Sekolah dan menjalankan


perlantikan rasmi terhadap mereka.
b) Merancang dan mengagih tugasan kepada Pengawas
sekolah untuk mengurus kawalan disiplin dalam semua
majlis sekolah.
c) Merancang program dan kerja-kerja pengawas sepanjang
tahun serta mengadakan pertemuan dan perbincangan
dengan pengawas dari masa ke semasa.
d) Mengawasi badan pengawas melaksanakan perhimpunan,
upacara dan majlis diadakan di sekolah.
e) Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada
pandangan pelajar-pelajar. Kepentingan akademik mereka
harus juga diberi perhatian.
f) Memastikan bahawa pengawas mempunyai kelab mereka
sendiri dengan membentuk jawatankuasa dan mereka patut
mengadakan majlis-majlis tertentu.
g) Badan Pengawas dengan kerjasama guru disiplin dan semua
guru boleh mengambil tindakan untuk mempastikan
bahawa peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar.

9) Pendidikan Pencegahan Jenayah/Dadah

a) Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan


penyalahgunaan dadah.
b) Bekerjasama dengan badan disiplin dan unit kaunseling
dalam menyediakan senarai pelajar berisiko tinggi
untuk:
2.1 menjalani pemeriksaan air kencing
2.2 menyertai kursus / program pencegahan
penyalahgunaan dadah.
c) Mengadakan mesyuarat berkaitan dan menyediakan
laporan.
c) Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari
masa ke semasa
d) Menyediakan dan menghantar laporan tahunan kelab
pencegahan jenayah kepada jawatankuasa peringkat daerah
pada akhir bulan Oktober setiap tahun.
e) Menjemput penceramah dari kalangan polis untuk memberi
ceramah tentang jenayah.
f)

10) Bantuan dan Kebajikan Pelajar

a) Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan


bantuan khusus seperti:
1.1 pelajar miskin
1.2 kemalangan
1.3 rawatan berterusan (penyakit kronik)
1.4 kematian /kecemasan / bencana
b) Mendapatkan senarai nama pelajar yang Iayak mendapat
bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.
c) Mengurus hal ehwal derma dari luar.
d) Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerimaan yang
kemaskini dan disahkan oleh Pengetua.
e) Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari masa
ke semasa.

11) Wang Amanah Pelajar (KWAMP)

a) Mendapatkan senarai nama pelajar miskin yang layak mendapat


bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.
b) Mengurus dan memastikan borang KWAPM diberikan kepada
pelajar miskin yang layak.
c) Mengadakan mesyuarat pemilihan untuk menentukan pelajar
yang layak mendapat bantuan berdasarkan kriteria yang
ditetapkan.
*Menentukan jenis-jenis bantuan.
*Mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengagihkan
bantuan.
*Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit
mesyuarat berkenaan.

d) AJK KWAMP membuat pemilihan untuk menentukan pelajar


yang layak menerima bantuan.
e.) Borang Rumusan KWAPM peringkat sekolah dikemaskini dan
dihantar ke PPD.
f) Borang Rumusan peringkat PPD dihantar ke unit HEM JPN
untuk dikemaskini dan dibawa ke Bahagian Biasiswa Kem.
Pelajaran.
g) Pelajar yang dikenalpasti layak mendapat bantuan
dimaklumkan untuk membuka akaun di Bank yang terpilih.
h) Majlis Pengagihan bantuan KWAPM diadakan.
i) Pelajar yang tercicir layak dipertimbangkan untuk membuat
rayuan dan borang rayuan diedarkan kepada pelajar yang terbabit
dan prosedur pemilihan dijalankan.

12) Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)


a) Merancang dan melaksanakan aktiviti RIMUP
b) Mengurus pelajar yang terlibat dengan aktiviti RIMUP
c) mengadakan mesyuarat berkaitan dan menyediakan laporan.
d) laksanakan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari
masa ke semasa.

13. Bimbingan dan Motivasi


a) Mengenalpasti murid yang bermasalah dari segi:
 Pelajaran
 Disiplin
 Kesihatan
 Peribadi
b) Khidmat Runding Cara dari segi
 Pelajaran
 Disiplin
 Kesihatan
 Peribadi
 Murid
 Guru
 Ibubapa
c) Membuat soal siasat/soal selidik dan menyimpan rekod murid-
murid yang bermasalah.
d) Bekerjasama dengan Kelas Pemulihan

14. RMT
a) Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.
b) Menyediakan borang pemilihan murid RMT.
c) Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.
d) Memilih menu RMT.
e) Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada
dalam kualiti yang baik dan kuantiti yang mencukupi dengan
jumlah muid RMT.
f) Memungut dan menyemak jadual kedatangan murid RMT.
g) Mengedarkan borang maklumat murid yang berkaitan dengan
pendapatan ibubapa untuk panduan pemilihan serta memiih
murid-murid untuk program RMT.

15. Program Susu 1 Malaysia


a) Memberi murid yang layak menerima susu Skim Percuma.
b) Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma.
c) Menyimpan rekod pemberian dan penerimaan susu.
d) Menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan murid dan
menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid.

16. Data dan maklumat


a) Menyedia dan mengedarkan Borang Maklumat Murid kepada
semua murid.
b) Memastikan maklumat murid dikemaskinikan setiap bulan.
(Januari- Disember).
c )Memastikan maklumat murid yang telah dikemaskini setiap
bulan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah apabila diminta.
e) Membantu PPD, JPN dan kementerian Pendidikan dalam
perancangan pendidikan dengan mengemukakan data yang
tepat.

17. Pendaftaran dan Rekod


a) Membantu melancarkan urusan rekod dan pendaftaran.
b) Membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan.

You might also like