You are on page 1of 3

SMK CHANIS

MUADZAM SHAH PAHANG

MINIT MESYUARAT BIDANG SAINS DAN MATEMATIK KALI PERTAMA TAHUN 2017

TARIKH : 29 DISEMBER 2016


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KIMIA

KEHADIRAN :
1. Cik Norrizawati binti Md Saad - KB Sains dan Matematik
2. En. Nik Hishamuddin bin Yaakob - KB Teknik dan Vokasional
3. En. Ahmad Fairuz Amri bin Hamzah
4. En. Muhamad Aizat bin Nordin
5. En. Nik Mohd Fakhrulirfan bin Ismail
6. Pn. Siti Hamraa Zarida binti Zakaria
7. Pn. Noorfazrina binti Yahya
8. Cik Siti Normarliana binti Mohd Johaini

TIDAK HADIR:

1. En. Kamal Baharin bin Kamarudin ( Bersebab )


2. Pn. Norlela binti Noordin ( Bersebab )
3. Pn. Norhafiza binti Ismail ( Bersebab )
4. Pn. Nor Asiah binti Abd Halim ( Bersebab )
5. Pn. Azirawati binti Zakaria ( Bersebab )

1.0 Ucapan Aluan Tuan Pengerusi


1.1 Tuan pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua guru pada tahun 2017.
Beliau mengharapkan semua guru semakin cemerlang dalam pembangunan modal
insan untuk membangunkan anak-anak SMK Chanis.
1.2 Tuan pengerusi mengumumkan En. Muhamad Aizat Bin Nordin sebagai S/U Bidang
Sains dan Matematik yang baru.

2.0 Perkara Berbangkit


2.1 Tiada perkara berbangkit.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Cadangan : Pn. Siti Hamraa Zarida binti Zakaria
3.2 Sokong : Cik Siti Normarliana binti Mohd Johaini

4.0 Dasar-dasar Sekolah 2017


4.1 Visi dan Misi Sekolah
4.1.1 Guru harus tahu dan faham tentang visi dan misi sekolah.Guru perlu bekerja
dengan cemerlang untuk mencapai kpi yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.2 Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang
Tuan Pengerusi menerangkan tentang Program 5P iaitu Program Pengupayaan
Pemimpin Pendidikan Pahang. Program ini ialah strategi kecemerlangan akademik
JPN Pahang dalam membina keupayaan kepimpinan terbilang dan budaya sekolah
berprestasi tinggi menerusi projek berformat dan berfokus dibimbing dan dipantau
oleh pasukan kecemerlangan untuk mencapai aspirasi dan visi Pahang Top 3. Pada
tahun 2016, SMK Chanis tidak menyertai program 5P kerana sasaran GPS SPM
melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh JPN. Pada tahun 2017, SMK Chanis
perlu menyertai program ini.

Makluman : Semua Guru


5.0 Persediaan Mengajar 2017
5.1 Semua guru perlu mengaplikasikan Pendidikan Alaf ke-21 dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. bukan lagi “chalk n talk”, “white board n
marker”. Teknologi adalah bahan sampingan.
Tindakan : Semua Guru

5.2 Guru perlu buat perancangan mengajar. Ringkasan mengajar perlu ditulis
tangan dan guru yang menghadiri kursus perlu menyediakan minit curai.
Tindakan : Semua guru
6.0 Post Mortem PT3 Sains dan Matematik

6.1 Analisis subjek Matematik


5 orang pelajar mendapat Gred A dan gps keseluruhan 4.91

6.2 Analisis subjek Sains


1 orang pelajar mendapat gred A dan gps keseluruhan 5.00

7.0 Pengurusan Panitia


Fail pengurusan setiap panitia perlu dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut format
JPN yang ditetapkan. Mesyuarat panitia perlu dijalankan selepas setiap kali mesyuarat bidang
diadakan.

Tindakan : Ketua Panitia


8.0 Hal – hal lain.
8.1 Guru perlu mengajar di kelas dan elakkan mengajar di tempat lain yang tidak
bersesuaian dengan sesi pembelajaran.
Disediakan oleh,

...........................................
( MUHAMAD AIZAT BIN NORDIN )
SETIAUSAHA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK.

You might also like