You are on page 1of 10

MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

AGAMA BUDDHA
MASYARAKAT CINA

Pengenalan
Di Malaysia, masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar selain daripada kaum
Melayu dan kaum India. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,hubungan politik dan
perdagangan antara Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Cina telah wujud berabad
lamanya. Ekoran daripada hubungan politik dan perdagngan yang kuat antara kedua-dua buah
kerajaan, China oernah berperanan sebagi pelindung kepada Melaka daripada ancaman Siam
pada ketika itu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 disebabkan oleh faktor keperluan
tenaga buruh yang semakin meningkat di Tanah Melayu yang dibawa masuk oleh British
bagi menangani masalah kekurangan tenaga buruh.
Keadaan hidup yang lebih mambaik di Tanah Melayu telah menggalakkan kemasukan orang
Cina ke Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina datang sebagai tenaga buruh atau tukang
kraf.
Mereka datang seorang diri tanpa keluarga dengan harapan apabila memperoleh gaji yang
lumayan mereka ingin dihantar balik ke China atau membawa ahli keluarga ke Tanah
Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu telah membawa masuk agama, bahasa dan
budaya nereka kekal sehingga hari ini.

Agama dan Kepercayaan


Masyarakat Cina bebas untuk mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang
dirasakan boeh memberi kebahagian dan kesejahteraan hidup selagi tidak bertenangan atau
bercanggah dengan adab dan budaya mereka.
Majoriti masyarakat Cina merupakan penganut agama Buddha. Mereka mengamalkan ajaran
Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Perayaan yang disambut oleh mereka
seperti hari Tahun Baru Cina, Hari Wesak, dan Pesta Kuih Bulan.
Selain itu, mereka mempercayai kehidupan semula selepas mati. Di samping itu, mereka juga
mempercayai pada nasib dan tuah yang sebut sebagai “ong” dan “feng shui”. Bagi penganut
agama Buddha mereka akan pergi ke temple atau tokong untuk bersembahyang pada hari
pertama dan hari ke-15 pada kalender Cina pada setiap bulan.
Terdapat juga masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian. Mereka yang beragama
Kristian akan pergi ke gejera pada hari Ahad untuk bersembahyang. Bagi penganut agama
Kristian mereka akan meyambut perayaan Hari Krismas.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Makanan Tradisi Orang Cina


Masyarakat Cina juga kaya dengan makanan yang tersendiri. Pelbagai juadah dan hidangan
akan disediakan apabila menyambut sebarang perayaan dengan suasana yang meriah.

BAK KUT THE

Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular
di Malaysia. Ianya ialah sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan nahan tambahan
lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum
sup dan di sertakan dengan bermacam-macam jamu. Ianya biasa dimakan dengan nasi putih
dan ditemani secangkir teh China.

LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum
Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan daripada sayuran,
daging dan makanan laut.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia dibuat daripada kuey
teow yang digoreng di atas panas bersama kicap dan sos serta cili, udang, kerang, telur, tauge
dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah
mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakn lemak babii, yang
memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimask menggunakan minyak biasa.
Berbanding juey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cian ialah makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa,
secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih
bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

JIAOZI

Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, terdapat satu


ungakapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang
China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila
orang Cina berkumpul mereka akan makan dan Jiaozi menjadi makanan utama mereka lebih-
lebih lagi ketika merayakan tahun Baru China.

KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan
Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah
teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahnya. Terdapat tradisi yang
menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai perembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang
makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga
disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Perayaan Orang Cina


Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai perayaan yang akan disambut mengikut tarikh
pada kalender mereka.

Tahun Baru Cina

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang mempunyai kalender mereka iaitu tikus, lembu,
harimau, arnab, naga, kuda, ular, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada
anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia.
Sebelim sehari tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama dan makan
bersama-sama sebagai melambangkan bersatu semula atau perpaduan. Tahun Baru Cina akan
disambut selama 15 hari sehingga hari chap Goh Mei sebagai penutup kepada perayaan
Tahun Baru Cina.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Hari Chap Goh Mei

Hari Chap Goh Mei menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Ianya jatuh pada
hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya
dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.
Hari Chap Goh Mei disambut degan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran,
di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. bunga
api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga
dianggap sebagai malam mencari pasangan.
Bagi kaum wanita yang belum khawin, mereka digalakan menulis nama dan nombor telefon
di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula
boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau
mandarin.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei sepertiperarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbng bendera
besar “Chingay”.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina


menumpuskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi- 1341
Masihi).
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri.
Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak
telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya
menjatuhkan Dinasti Mongol.
Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Perayaan ini
disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari tersebut, orang
cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala
golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulan pada malam tersebut.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan Dibuat sebagai persembahan kepada
Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makn Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk
kepada maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Pakaian Orang Cina


Masyarakat Cina juga mempunyai pakaian tradisional yang menarik dan cantik yang akan
dipakai apabila menyambut sebarang perayaan misalnya cheongsam atau ‘baju panjang’
dapat dilihat hingga ke hari ini.. lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang
di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan terdapat belahan di kiri dan kanan
kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain
lembut.

Pakaian Tradisonal Kaum Cina Lelaki

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar
baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Pakaian Tradisional kaum Cina Perempuan

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakain wanita dengan corak bangsa
Tionghoa. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggeris dari dialek Propinsi Guadong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun
khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si
pemakaianya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang
bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung,
naga, dan sebagainya.
MPW 1153 PENDIDIKAN MORAL

Motif-motif yang terdapat pada pakaian tersebut mempunyai makna-makna tertentu:


 Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga
yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan.

 Tertai

Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada
masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

 Bunga krisan

Bagi masyarakat China, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

 Ikan

Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

 Burung

Motif yang adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu
melambangkan kelas sosial pemakaianya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan
oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa
dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan
kelas sosial berikutnya.

You might also like