You are on page 1of 3

Nama : Muhammad Irfan Bin Ab Nasir

Unit : RBT 3

Tugasan Tutorial

Seorang guru yang bernama Rais yang mengajar di kelas 5 Dahlia di mana beliau
mendapati hampir separuh murid-murid kelas tersebut mempunyai masalah disiplin
yang teruk. Sebagai seorang guru, bagaimana anda ingin mengatasi masalah murid-
murid tersebut mengikut justifikasinya. Sediakan sepuluh justifikasi dalam mengatasi
masalah tersebut.

Sedar tidak sedar masalah disiplin pelajar ini didapati semakin bertambah setiap tahun.
Masalah disiplin pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan pihak
sekolah. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran
kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang
mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
kerajaan serta pelbagai pihak yang lain?

Dalam mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak sekolah patut memainkan peranan
utama. Pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas masalah disiplin di
sekolah. Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik dan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti
mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah dan pelajar cemerlang
dalam akademik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Tambahan pula, pihak sekolah harus peka terhadap kemudahan dan infrakstruktur
sekolah. Keadaan sekolah yang tidak selesa ini menyebabkan pelajar tidak gemar untuk belajar.
Pihak sekolah perlu mengubah dan memperbaiki kemudahan yang ada untuk keselesaan pelajar
dalam menuntut ilmu. Contohnya, kipas angin dalam kelas yang tidak dapat berfungsi. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak selesa dan juga guru. Guru mengajar dalam keadaan panas dan
kurang selesa untuk guru tersebut menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan murid-murid
juga tidak selesa dan sukar menerima ilmu yang diajar oleh guru berkenan kerana
ketidakselesaan yang dihadapi.
Seterusnya, Guru hendaklah memastikan pelajar memenuhi masa mereka di sekolah
dengan tugasan yang diberikan tetapi tugasan yang diberikan tersebut boleh menimbulkan rasa
keseronokan pada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran tersebut. Contohnya, tidak
memberikan terlalu banyak kerja rumah dan menyediakan masa untuk pelajar bertanya jika
mereka tidak faham mengenai pelajaran yang diajar. Hal ini boleh merapatkan jurang antara
pelajar dan guru. Kesempatan ini juga, guru boleh menggunakan kaedah perapatan terhadap
muridnya agar pelajar yang bermasalah dapat berkongsi masalah dan guru dapat memberi
nasihat yang berguna kepada pelajar tersebut.

Selain itu, guru itu juga perlu mengubah cara pembelajaran dan pengajaran agar pelajar
tidak bosan dan jemu dengan cara pengajaran yang diajar. Cara pengajaran yang tidak berkesan
membuatkan pelajar tidak faham apa yang hendak guru itu sampaikan kepada mereka. Guru
haruslah menggunakan teknik perhubungan dua hala dalam sesi bertanyakan soalan atau
pelajar menerangkan topik yang diajar. Cara ini lebih berkesan dan pelajar akan mudah faham
apa yang guru hendak sampaikan. Selain itu juga, kaedah pembelajaran dan pengajaran
haruslah berbeza mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Bagi pelajar yang lemah dalam
pelajaran, mereka perlu diberi perhatian sepenuhnya dan teknik pengajaran yang mudah bagi
mereka fahami supaya mereka tidak rasa tersisih dan ketinggalan dalam pembelajaran.
Pengajaran untuk pelajar yang pandai, hendaklah menggunakan teknik yang berlainan dengan
pelajar yang lemah.

Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi


menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran
mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar.
Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap
masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani
disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah
mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba
menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.

Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat
penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan
dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral
akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini
membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai
moral diri, keluarga dan masyarakat.

Di samping itu, pihak ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah
disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Justeru, ibu
bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya dan kasih sayang yang mencukupi kepada
anak mereka untuk mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan
sekolah. Ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah
dan cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya. Didikan agama yang sempurna juga
dapat membantu anak-anak supaya tidak mudah terjerumus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat.

Akhir sekali, pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada
di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak
ansur dan mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka
tiadalah masalah disiplin di sekolah. Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada
sekolah dan ibu bapa. Jadi seorang anak yang membalas jasa ibu bapa. Walau sejauh mana
engkau menyimpang, tiada perkataan terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.

Sebagai penutup bicara ini, Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani
masalah disiplin pelajar. Jika tidak ditangani dengan segera, perkara ini akan lebih menjadi-
jadi dan tidak terkawal. Maka, tanganilah isu ini dengan segera dan jangan sekali-kali
menyisihkan pelajar kerana hal ini menyebabkan pelajar akan melanggar peraturan sekolah
kerana mereka ingin mendapatkan perhatian. Sama-sama kita berganding bahu bagi
menyelesaikan isu pelajar bermasalah disiplin.

You might also like