You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH

KULIM BANDAR BAHARU


BIL. 02/2017

TARIKH : 30 Julai 2017


MASA : 2.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT : Dewan Transformasi PPDKBB
PENGERUSI : Ahmad Baharudin Bin Man
(Tuan Pengetua SMK Keladi)

HADIR

1. Ahmad Baharudin Bin Man Pengerusi


2. Mazlan Bin Osman Penolong Pegawai PPD Kemanusiaan
3. Hj. Amer Hamzah B.L.Kadir SMK Selama
4. Zuraidah Bt. Ismail SMK Lubuk Buntar
5. Alusrizan Bin Ahmad SMK Serdang Baru
6. Hafiza Bt Amir SMK Sungai Kob
7. Panimaler A/P K.Seveen SMK Kulim
8. Tan Mooi Ean SMK Dato Lela Pahlawan
9. Moganasundiri A/P Surianarayanan SMK Keladi
10. Saraswathy A/P Ramachandran SMK Labu Besar
11. Noor Hasimah Bt. Yusuf SMK Sungai Karangan
12. Nur Hidayah Bt. Abd.Rahman SMK Lunas
13. Hanisha Hamzah SMK Junjung
14. Ramani A/P Suppiah SMK Taman Selasih
15. Wan Azlina Bt. Wan Abdullah SMK Taman Kenari
16. Habibah Bt Othman SMK Jalan Paya Besar
17. Murugaiah Supramaniam SMK Air Merah
18. Devaki A/P Ponniah SMK Taman Hitech
19. Rashimah Bt. Ramli SMK Taman Jelutong
20. Rosila Osman SMK Tunku Panglima Besar
21. Zulkifli Bin.Abd Halim SMK Sultan Badlishah
22. Normidana Che Omak SMK St. Patrick
23. Noorazrima Bt. Mohammed Azit SMK St. Anne’s Convent
24. A.Hari Chandaran SMK Sultan Ahmad Tajudin
25. Che Azmi Zakaria SMK Serdang
26. Norhusma Harun SMK Mahang
27. Rosnah Hashim SMK Padang Serai
28. Hawama Bt Abd Gani SMK Islahiah
29. Hafiza Abdul Halim Maktab Mahmud B.Baharu

TIDAK HADIR
1. SMK Chio Min Tidak mendapat surat panggilan

URUSETIA (PENCATAT):
1.Cik Moganasundiri A/P Surianarayanan SMK Keladi

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1
1. En. Ahmad Baharudin Bin Man selaku Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Panitia Sejarah Daerah Kulim Bandar Baharu kali ke-3
Tahun 2017. Beliau turut menyampaikan amanat dari Ketua Sektor Pendidikan Negeri Kedah
berkaitan pelaksanaan KSSM, DSKP dan peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula
pada 6 hb Ogos nanti.
2. Tuan Pengerusi turut mengingatkan guru-guru sejarah akan penulisan refleksi bagi mata
pelajaran Sejarah dalam buku rekod persediaan mengajar perlulah secara jujur
memandangkan pencapaian AR2 tidak selaras dengan catatan refleksi guru-guru.
3. Pengerusi juga berharap agar ketua-ketua panitia Sejarah di DKBB dapat berkongsi masalah /
isu di sekolah untuk intervensi.
4. Menurut beliau empat perkara perlu diberi perhatian untuk intervensi iaitu,
3 W dan 1 H.( why,when, who,how).
5. Beliau juga menyampaikan hasrat En Rahim Ali yang menawarkan diri untuk membimbing
murid-murid tingkatan 5 bagi subjek sejarah. Tuan Pengerusi mengharapkan supaya Panitia
Sejarah Daerah dapat menggunakan kepakaran En.Rahim Ali, dan tiga orang pengetua:
SMKTPB, SMK Sg.Karangan dan SMKTHT untuk program peringkat daerah demi
meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM 2017 nanti.

Tindakan: Makluman

II. UCAPAN PENOLONG PPD KEMANUSIAAN


6. En.Mazlan turut mengucapkan tahniah kepada En. Murugiah, En. Amer Hamzah dan Pn.
Hamidah kerana dapat menyertai Kolokium Akademik DKBB dan berkongsi pengalaman
mereka dan berharap lebih ramai guru baharu akan dapat menyertai kolokium sebegini pada
masa akan datang.
7. Beliau turut mengingatkan guru-guru Sejarah bahawa bulan Ogos, September, Oktober dan
November merupakan fasa pecutan dan beliau amat berharap pencapaian murid dalam mata
pelajaran Sejarah SPM dapat ditingkatkan.
8. Beliau turut mengulas kata-kata Ketua Sektor Pengurusan Akademik berkaitan pelaksanaan
RPH dan penulisan refleksi, yang tidak sejajar dengan pencapaian sebenar.
9. Justeru ini melibatkan ‘deficit content’ dan berlaku lambakan ketidakfahaman dalam kalangan
murid yang menjurus ke arah kemerosotan keputusan AR2 murid dan sekolah bagi mata
pelajaran Sejarah SPM.
10. En. Mazlan turut menyentuh tentang Dialog Prestasi Sejarah yang mula dijalankan secara
praktikal sejak 2013 dan sudah masuk tahap gelombang kedua PPPM.
11. Menurut En. Mazlan lagi, kursus KSSM Tingkatan 2 bagi mata pelajaran Sejarah akan
diadakan pada bulan Ogos ini di Dewan Transformasi PPD Kulim pada 13 dan 14 Ogos ini.
Sekiranya ada guru tidak dapat hadir ke kursus tersebut, guru tersebut perlu menghadiri
kursus yang sama di daerah yang lain.
12. Menurut beliau sejumlah wang diperuntukkan oleh pihak PADU untuk menganjurkan
program di peringkat daerah untuk meningkatkan bilangan murid yang layak dapat sijil. Bagi
guru-guru yang datang dari jauh boleh mendapatkan borang daripada beliau untuk tuntutan
perjalanan daripada pihak PADU.

Tindakan: Semua KP
2
III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

13. Setiausaha panitia membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah DKBB bil. 1
bagi tahun 2017.
14. En. Zulkifli Bin Abdul Halim, dari SMK Sultan Badlishah mencadangkan minit mesyuarat
tersebut disahkan dan disokong oleh En. Harichandran dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin.
15. Beliau juga berharap agar Ketua-Ketua Panitia Sejarah di DKBB dapat berkongsi masalah /
isu di sekolah untuk intervensi.
16. Pengerusi mengharapkan semua Ketua Panitia Sejarah yang hadir pada hari ini untuk
mendapatkan format penulisan minit mesyuarat yang terkini dan turut digunakan untuk semua
subjek di sekolah.

Tindakan: Setiausaha

IV. PERKARA BERBANGKIT

17. En. Mazlan menjelaskan tentang perancangan dan kaedah pelaksanaan program Sejarah
DKBB pada tahun ini dan sumbangan yang diberikan oleh pihak PADU dalam usaha
menjayakan program yang telah dirangka.
18. En.Mazlan juga mahukan guru-guru untuk teruskan amalan perkongsian terbaik, APA-21 dan
PLC.
19. Rujuk lampiran 1/2

Tindakan: Makluman

V. POST MORTEM AR1 DAN AR2


20. En. Mazlan membentangkan keputusan mata pelajaran Sejarah SPM 2013- 2016 dan ETR
SPM 2017 bagi Daerah Kulim.
21. Harapan beliau supaya DKBB dapat mencapai GP 4.92 dalam peperiksaan percubaan nanti.
22. En.Mazlan turut mengucapkan tahniah kepada semua guru Sejarah DKBB kerana
memperoleh GP 5.94 selepas Kubang Pasu (5.73).
23. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada 8 buah sekolah yang menunjukkan peningkatan
dalam mata pelajaran Sejarah SPM 2016.
24. Beliau turut mengingatkan guru-guru untuk membuat analisis item dan PILL semasa
menanda kertas peperiksaan percubaan nanti.
Tindakan: Makluman

V1. INTERVENSI MENINGKATKAN PRESTASI

25. Menurut En.Mazlan, Program Wajib Lulus Sejarah SPM selepas ini akan melibatkan 3 sesi
PILL iaitu selepas AR1, AR2 dan AR3.

3
26. Setiap murid diberi peruntukan RM15, termasuk duit untuk cetakan modul latihan dan
makanan. Murid-murid yang mendapat markah 35 dan ke atas diharapkan boleh lulus pada
percubaan nanti.

Tindakan: Makluman.

VII. PROGRAM WAJIB LULUS SEJARAH

27. En.Mazlan juga mencadangkan agar Program Wajib Lulus Sejarah dapat diadakan di SMK
Keladi pada 12/8/17 melibatkan semua Ketua Panitia Sejarah di DKBB dan melibatkan 2 slot.

28. Murid-murid yang dipilih dari setiap sekolah akan dibekalkan dengan modul, manakala guru-
guru yang menjadi tenaga pengajar akan dibekalkan modul beserta skema jawapan.

29. Bagi tujuan perancangan dan pembinan item untuk program tersebut satu perjumpaan/bengkel
bersama ketua-ketua panitia akan diadakan pada 7/8/17 di Dewan Transformasi pada pukul
8.00 pagi.

30. Semasa bengkel tersebut guru-guru dipecahkan kepada 6 kumpulan kecil.

31. Empat kumpulan akan membina lapan item untuk kumpulan halus, 1 kumpulan untuk
sederhana dan 1 kumpulan lagi untuk cemerlang.(berdasarkan JSU)

32. En. Ahmad Baharudin bersetuju dan mengalu-alukan pandangan guru-guru berkaitan
pelaksanaan program ini,

.
Tindakan: Semua KP

VIII. PT3
33. Pengerusi berpendapat, ramai waris menganggap PT3 sebagai peperiksaan sebenar dan
menjadi tanggunjawab guru untuk menyampaikan kepada waris bahawa PT3 adalah
pentaksiran dan bukan peperiksaan.
Tindakan: Makluman

IX. PBS
34. En. Mazlan menyampaikan pesanan supaya melakukan pentaksiran PBS mengikut integriti
dan berharap tidak berlaku penyelewangan dalam pentaksiran PBS bagi mata pelajaran
Sejarah Tingkatan 3.
Tindakan:Makluman

4
X. HAL-HAL LAIN
35. En. Alusrizan Bin Ahmad dari SMK Serdang Bharu mempersoalkan isu soalan percubaan
SPM yang selalu dikatakan bocor dan tindakan pihak MPSM dalam menetapkan jadual yang
seragam untuk seluruh negeri Kedah bagi menangani masalah tersebut.
36. Pengerusi memaklumkan bahawa isu ini melibatkan pengurusan sekolah, dan sekolah masih
boleh menyediakan soalan sendiri ataupun sisipkan soalan dalam modul tersebut sekiranya
ada topik yang belum diajar di sekolah atau untuk mengelakkan situasi soalan bocor di
sekolah masing-masing.
37. Guru-guru boleh menyediakan soalan sendiri berdasarkan JSU yang telah dikeluarkan oleh
JPN mengikut nisbah 3:3:4.

Tindakan: Makluman

XI. UCAPAN PENANGGUHAN

38. En. Mazlan mengharapkan agar guru-guru Sejarah dapat mantapkan lagi pdp Sejarah dan
meningkatkan kedudukan mata pelajaran Sejarah di peringkat negeri Kedah.
49. Pengerusi mengharapkan semua ketua panitia dapat bersama-sama merealisasikan
perancangan Bengkel dan Program Wajib Lulus Sejarah pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.35 petang:

Disediakan oleh :
Urusetia Mesyuarat
PANITIA SEJARAH DKBB

Tarikh: 10 OGOS 2017

LAMPIRAN 1/2

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 2/2017

Tarikh : 30 JULAI 2017


5
Tempat : DEWAN TRANSFORMASI PPDKBB

MAKLUM
M/S PARA PERKARA TINDAKAN
BALAS

3 III Format minit mesyuarat Setiausaha Dilaksanakan

3 IV Amalan perkongsian terbaik, PLC, APA-21 Semua gur Dalam


m/p pelaksanaan

3 IV Menggunakan kepakaran En. Rahim dan tiga orang pengetua. En.Mazlan Dalam
Setiausaha perancangan
K.Panitia

3 V PILL dan Analisis Item Guru mp dilaksanakan


K.Panitia

4 VII Program Wajib Lulus K.Panitia Telah


dilaksanakan

5 VII Bengkel dan bina modul utk kump halus, sederhana, cemerlang En. Mazlan Dilaksanakan
K.Panitia
Setiausaha

6 VIII PT3 Ketua Telah selesai


Panitia

7 IX PBS Guru m/p Masih dalam


pelaksanaan

8 II KSSM T2 Guru mp T1 selesai

Disediakan oleh :

--------------------

( )

You might also like