You are on page 1of 28

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦


JUDUL: REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA
DIGITAL “NETSCORE”

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya: ARUNA SANTHAPPAN


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti


Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:


NO 5, JLN PERPADUAN, PM. DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR
TMN BERJAYA,
BULOH KASAP, 85010
SEGAMAT, JOHOR

Tarikh : 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : _______________________________________

Nama Penyelia : PM. DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR

Tarikh : 20 JANUARI 2012


iii

REKABENTUK ALAT PENGIRAAN JARINGAN SECARA DIGITAL


“NETSCORE”

ARUNA SANTHAPPAN

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2012
iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________

Nama Pelajar : ARUNA SANTHAPPAN

Tarikh : 20 JANUARI 2012


v

DEDIKASI

Bersyukur kepada tuhan atas kurniaannya.

Ibu dan ayah Saretha Balan dan Santhappan Karuppanan


serta adik beradik Samala dan Bala Danis yang dikasihi

Kepada Pensyarah dan selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda


P.M.DR. Mohad Anizu Mohd Nor
Dan
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu

Serta rakan-rakan yang disayangi

Terima kasih untuk atas segala sokongan dan dorongan serta


keikhlasan dan doa anda kepada saya.
vi

PENGHARGAAN

Bersyukur terhadap tuhan kerana dengan kurnianNya dapat saya menyiapkan


Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia PSM saya iaitu P.M Dr.
Mohad Anizu Mohd Nor di atas bimbingan serta bantuan beliau di dalam usaha saya
menyiapkan laporan saya. Tidak lupa kepada En.Syahrul Ridhwan Morazuki dan
Dr.Halijah Ibrahim pensyarah Sains Sukan di atas kesudian melapangkan masa dan
memberi panduan kepada saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

Bagi rakan-rakan seperjuangan Ann, Mas dan Shi Ling serta rakan lelaki Duan,
dan Azam serta kesemua rakan saya terima kasih atas sokongan dan dorongan anda.
Bagi adik saya yang membantu di dalam menyiapkan tugasan ini tidak lupa ucapan
terima kasih saya.

Sekian, terima kasih semua.


vii

ABSTRAK

Menjaring adalah salah satu kemahiran yang sangat penting di dalam sukan bola
jaring dan lazimnya ketepatan menjaring yang dilakukan oleh penjaring akan
menyumbang kepada kejayaan atau kekalahan kepada sesebuah pasukan. Oleh
itu,penjaring perlu menjalani latihan yang lebih bersistematik dan penumpuan yang
sepenuhnya diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk instrumen baru yang
menggunakan teknologi digital dan terkini bagi membolehkan penjaring melakukan
jaringan seperti di dalam situasi perlawanan sebenar dan tidak lagi perlu menggunakan
kaedah lama iaitu mengira jumlah jaringan dengan sendiri. Instrumen yang direka
bentuk adalah mudah alih dan mudah dikendalikan. Dengan nilai korelasi 0.976 bagi
pengujian kesahan dan nilai korelasi bagi kebolehpercayaan adalah 0.996 menunjukkan
instrumen ini mempunyai nilai korelasi yaag sangat kuat. Pengujian tersebut dilakukan
kepada 8 orang subjek daripada Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 4
orang penjaring elit dan 4 orang penjaring amatur dengan menjalani 6 kali pengujian
secara berselang dengan kaedah pengiraan manual dan menggunakan instrumen yang
dibangunkan telah dijalankan dan pembolehubah tetap bagi pengujian ini adalah 100 kali
percubaan menjaring pada setiap kali pengujian. Hasil kajian juga didapati dengan
penggunaan alat pengiraan jaringan digital “Netscore” bagi kedua-dua kategori
penjaring elit dan amatur terdapat peningkatan daripada jumlah peratus jaringan iaitu
sebanyak 7.1% (SD = 1.48) bagi penjaring elit dan penjaring amatur sebanyak 13.2%
(SD = 2.3). Selain itu, instrumen yang dibangunkan turut mempunyai potensi pemasaran
tinggi dikalangan penggiat di dalam sukan bola jaring yang turut menjadi responden
bagi kajian ini.
viii

ABSTRACT

Goal shooting is one of the important skills in netball sports. The accuracy of the
shooting of a goal which is done by a goal shooter determines the victory or losing of a
team. Therefore, a systematic and consistent training is needed for a netball goal shooter.
The main purpose of this study is to design a new instrument which uses the latest
digital technology. This instrument enables a shooter to shoot goals as in a real netball
match situation and the shooter does not need to count the number of goals being shot as
done previously. This instrument is designed in a way such as it is a mobile and user
friendly instrument. With a correlation value of 0.976 for validity test and correlation
value of 0.996 for reliability test, this instrument has proven it is having a strong
correlation value. The tests are done on 8 people who are the subjects of this study and
they are from University Technology Malaysia. 4 of them are elite goal shooters
whereby the rest 4 are amateur goal shooters. The tests are done as much as 6 times. The
manual goals counting method and newly designed instrument were used in the test in
an intermittent approach. The variables are kept constant for 100 times of trials of goal
shooting for every test. The results of the study have also gotten by using the digital goal
counting instrument “Netscore”. For both the elite shooters and amateur shooters, the
goal shooting rate shown gradual increment from total percentage of goal shooting of
7.1% (SD=1.48) for elite shooters and amateur shooters with a percentage of goal
shooting of 13.2% (SD=2.3). Apart from that, the newly designed instrument has high
marketable potential among activators of netball sports who are also the respondents of
this study.
ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GRAF xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
x

1.6 Kepentingan Kajian 8


1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definasi Istilah 9

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori Berkaitan Dengan Kejuruteraan 14
Sukan
2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan 15
2.4 Kesimpulan 16

3 METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17
3.2 Kaedah Penyelidikan 17
3.3 Populasi dan Persampelan 19
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Prosedur Kajian 20
3.5.1 Pemilihan Subjek 20
3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan 20
3.5.3 Surat Persetujuan 21
3.5.2 Taklimat Kajian 21
3.6 Rekabentuk Kajian 21
3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 21
3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 24
3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 29
3.6.3.1 Ujian Pengesahan 29
3.6.3.2 Prosedur Ujian Pengesahan 30
xi

3.6.3.3 Prosedur Penilaian Alat 31


3.7 Pengumpulan Data 31
3.8 Penganalisisan Data 31
3.9 Kajian Rintis 32

4. ANALISIS DATA 33

4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Deskriptif: Maklumat subjek
bagi ujian pengujian alat 34
4.3 Analisis Deskriptif: Maklumat subjek
bagi ujian penilaian alat 35
4.4 Analisis Inferensi bagi pengujian alat 38
4.4.1 Kesahan Insrumen 38
4.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 39
4.5 Analisis Instrumen 40
4.5.1 Ralat Instrumen 40
4.5.2 Peratus Jaringan 41
4.6 Analisis potensi pasaran 44
4.6.1 Potensi Pembelian Instrumen 44
4.6.2 Pandangan terhadap ketepatan
Instrument 45
4.6.3 Instrumen yang dibangunkan
selamat digunakan 46
4.6.4 Instrumen yang dibangunkan
adalah mudah alih 47
4.6.5 Dapat mengelak penipuan
semasa pengiraan jaringan 47
4.6.6 Instrumen mudah dikendalikan 48
4.6.7 Harga yang dianggarkan 49
xii

5. PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN 50

5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 50
5.2.1 Alat Pengiraan jaringan
secara digital “Netscore”
mempunyai kesahan dan
kepercayaan yang tinggi 50
5.2.2 Instrumen dapat mengukur
keberkesanan alat di dalam
peningkatan peratus jaringan
yang dilakukan oleh penjaring 51
5.2.3 Maklum balas potensi pasaran 52
5.3 Kesimpulan 53
5.4 Masalah yang dihadapi 54
5.5 Cadangan 55
5.6 Penutup 56

RUJUKAN 57
xiii

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Lakaran awal litar elektronik instrumen


(Sensor Board) 23

3.2 Lakaran awal litar elektronik instrumen


(Control Board) 23

3.3 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital


“Netscore” (Sensor Board) 25

3.4 Rupabentuk alat pengiraan jaringan digital


“Netscore” (Control Board) 26

3.5 Jadual peralatan elektronik yang digunakan


di dalam membangunkan instrumen alat
pengiraan jaringan digital “Netscore” 26

3.6 Rupabentuk Sensor detector alat pengiraan


jaringan digital “Netscore” dipasang pada
tiang bola jaring 28

3.7 Rupabentuk Sensor Detector dan Sensor Board


alat pengiraan jaringan digital “Netscore”
dipasang pada tiang bola jaring 28
xiv

4.1 Jadual Analisis Deskriptif bagi ujian pengujian alat 34

4.2 Jadual Korelasi Pearson bagi ujian kesahan 38

4.3 Jadual Korelasi Pearson bagi ujian


kebolehpercayaan 39
xv

SENARAI GRAF

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT


4.1 Carta pai umur subjek bagi ujian
penilaian alat 35

4.2 Carta pai jantina subjek bagi ujian


penilaian alat 36

4.3 Carta pai kategori penglibatan subjek


di dalam sukan bola jaring 36

4.4 Tahap Profesionalisme subjek bagi


ujian penilaian alat 37

4.5 Ralat di dalam pengiraan jaringan bagi


penjaring elit 40

4.6 Ralat di dalam pengiraan jaringan bagi


Penjaring amatur 41

4.7 Peratus jumlah jaringan bagi penjaring elit 41

4.8 Peratus peningkatan jaringan bagi penjaring elit


Menggunakan “Netscore” 42

4.9 Peratus jumlah jaringan bagi penjaring amatur 43


xvi

4.10 Peratus peningkatan jaringan bagi penjaring amatur


Menggunakan “Netscore” 44

4.11 Potensi pembelian instrumen 45

4.12 Pandangan terhadap ketepatan instrumen 45

4.13 Aspek Keselamatan Instrumen 46

4.14 Instrumen yang dibangunkan adalah mudah alih 47

4.15 Dapat mengelak penipuan semasa pengiraan


jaringan 48

4.16 Instrumen mudah dikendalikan 48

4.17 Harga instrumen yang dianggarkan oleh subjek 49


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangunkan


industri sukan tanah air. Di mana ramai jaguh-jaguh bertaraf dunia telah dihasilkan di
antaranya Datuk Nicol Ann David dari sukan skuash, Datuk Lee Chong Wei dari
sukan badminton, Azizulhasni Awang dari sukan berbasikal, malah sukan-sukan
berpasukan juga telah banyak menempah nama di arena sukan antarabangsa seperti
sukan renang, boling padang, tenpin boling dan bola jaring juga antara sukan yang
turut memyumbangkan kejayaan kepada negara.

Bola jaring merupakan sukan yang dimainkan oleh kaum wanita di seluruh
dunia dan sukan ini khususnya sangat popular di negara-negara komenwel. Terdapat
lebih 20 juta orang dari 70 negara komenwel bermain sukan ini dari bangku sekolah
lagi. Di antara Negara yang sangat popular dengan sukan ini adalah Australia, New
Zealand, Jamaica, England, South Afrika, Malawi dan bagi benua Asia pula Negara-
negara yang mendominasi sukan ini adalah Sri Lanka, Singapura, Thailand,
Maldives, India, Hong Kong dan Malaysia sendiri.
2

Bola jaring adalah sukan yang di adaptasikan daripada sukan bola keranjang
pada kurun ke-18 oleh Dr.James Naismith di Springfield Massachusetts Amerika
Syarikat. Sukan ini melalui beberapa revolusi perubahan daripada segi corak
permainan, undang-undang dan peralatan yang digunakan. Perubahan ini membawa
kepada sebuah identiti tersendiri kepada sukan ini.

Seperti sukan-sukan berpasukan yang lain, sukan ini juga turut memerlukan
dua pasukan yang bermain dengan terdiri daripada tujuh orang pemain setiap
pasukan. Posisi yang terdapat di dalam setiap pasukan adalah Goal Shooter (GS)
pemain yang bertanggungjawab untuk melakukan jaringan, Goal Attack (GA)
pemain ini akan melakukan serangan dan turut membantu dalam membuat jaringan
gol, Wing Attack (WA) pemain posisi penyerang, Center (C) pemain tengah yang
membantu kedua-dua bahagian penyerang dan pertahanan, Wing Defender (WD)
pemain sayap yang membantu menghadang bola, Goal Defender (GD) pemain yang
bertanggungjawab untuk menghalang bola di kawasan luar menjaring dan di
kawasan menjaring dan yang terakhir Goal Keeper (GK) pemain yang
mempertahankan bola daripada pihak lawan mendapat mata.

Sukan ini mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain
di setiap bahagian iaitu bahagian penyerang, pertahanan dan penjaring. Setiap
bahagian adalah sangat penting di dalam sukan ini tetapi bahagian penjaring adalah
bahagian yang teramat penting kerana kemenangan sesebuah pasukan adalah
berdasarkan kelebihan mata dari gol yang dijaringkan. Menjaringkan gol adalah satu
daripada kemahiran tertutup yang tidak mudah dipelajari dan kemahiran ini
memerlukan pemain melakukan latihan jangka masa panjang untuk menjadi
penjaring yang tepat dan baik.

Bagi penguasaan sesuatu kemahiran pemain perlu belajar secara berperingkat


dan mereka perlu memberi penekanan yang semakin berkurangan dengan teknik-
teknik yang terdapat di dalam kemahiran tersebut sehingga kemahiran tersebut dapat
dilakukan secara automatik. Fitts & Posner (1967), telah menghasilkan three-stage
model bagi penguasaan kemahiran dengan berjaya iaitu the cognitive stage, the
associative stage, the autonomous stage.
3

Berdasarkan peringkat-peringkat ini, the cognitve stage adalah peringkat awal


bagi seorang pemain memahami teknik-teknik yang terdapat di dalam kemahiran
menjaring. Contoh pemerhatian, berbincang dengan mereka yang berpengalaman dan
memahami konsep kemahiran menjaring akan membolehkan otak manusia
membentuk satu program motor. Program ini adalah penting untuk pemain dapat
membayangkan melakukan kemahiran tersebut dan mengingati langkah-langkah
yang terdapat di dalam kemahiran menjaring.

Peringkat seterusnya the associative stage adalah peringkat pertengahan di


mana pemain akan berlatih kemahiran menjaring. Pada peringkat ini pemain akan
mula berfikir secara berkurangan tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk
menjaring gol bagi. Deria visual akan berkurangan pada peringkat ini dan pemain
akan menggunakan deria rasa di mana mereka akan dapat merasakan perubahan yang
berlaku pada tubuh badan mereka. Latihan yang berterusan dengan mengaplikasikan
situasi sebenar permainan akan membolehkan kesalahan menjaring dapat
dikurangkan dan ketepatan menjaring akan meningkat.

Peringkat terakhir di dalam model yang diperketengahkan adalah the


autonomous stage. Peringkat ini dapat dicapai apabila pemain dapat menguasai
kemahiran menjaring dengan baik. Lakuan dilakukan secara automatik apabila
menghadapi situasi sebenar contoh Goal Shooter akan menjaring gol selepas
menangkap bola di dalam kawasan menjaring. Pemain dapat menjaring gol dengan
baik sekiranya hanya berfikir tentang lakuan itu secara sedikit sahaja menurut
Eysenck & Keane (2000). Selain itu menurut Fishman & Oxendine (1993) latihan
yang berterusan tanpa atlet mempunyai tahap motivasi yang tinggi akan
menyebabkan atlet tersebut tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berjaya
dan tidak dapat mencapai tahap automatik di dalam kemahiran.

Di dalam beberapa tahun ini kecanggihan sukan, kemajuan di dalam


teknologi bahan, litar mikropemproses yang berkualiti tinggi serta rekabentuk yang
menarik telah membawa kepada penghasilkan mesin atau peralatan teknologi sukan
yang membantu meningkatkan kualiti latihan sukan di dalam kebanyakkan sukan
bagi kegunaan jurulatih serta atlet itu sendiri sebagai alat bantu yang berasaskan bagi
sukan tertentu untuk memperbaiki serta meningkatkan mutu latihan serta sukan itu
4

sendiri. Contohnya seperti mesin mengeluarkan bola lisut, di mana bola akan
ditembak keluar mengikut masa yang ditetapkan dan projektil bola tersebut akan
sama pada setiap kali mesin tersebut menembak keluar bola tersebut. Oleh itu
pemain dapat berlatih memukul bola lisut pada sudut yang sama bagi satu tempoh
yang lama. Perkara ini mungkin sukar dilakukan oleh seorang pitcher untuk
membaling bola pada sudut yang sama pada setiap kali balingan. Mesin-mesin yang
dihasilkan bagi tujuan latihan banyak membantu pemain untuk mempertingkatkan
kemahiran mereka di dalam sesuatu sukan. Malah kelebihan penghasilkan mesin-
mesin ini juga membolehkan pemain dapat melakukan latihan pada bila-bila masa
tanpa bantuan rakan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Atlet bola jaring terutamanya penjaring perlu kerap melakukan latihan


menjaring bagi melakukan jaringan yang tepat ke dalam jaring dan latihan situasi
sebenar adalah sangat penting untuk pemain tersebut memotivasikan diri serta
memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada menjaringkan bola. Lazimnya ketika
melakukan latihan menjaring pemain akan menjaring sambil mengira dan mengingati
jaringan yang telah dilakukan yang mana situasi ini tidak berlaku semasa bertanding.
Pemain posisi menjaring akan mengira jaringan yang dilakukan untuk melihat
peratus bola yang dapat mereka menjaringkan dengan tepat. Sebagai seorang
penjaring yang profesional peratus jaringan di antara 80 hingga 100 peratus perlu
dikekalkan bagi membolehkan mereka menjaring dengan baik semasa pertandingan.
Jika atlet tersebut ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan menjaring dan
mengaplikasikan situasi sebenar pertandingan maka bantuan rakan amat diperlukan
untuk mengingatkan jaringan yang telah dilakukan dan seperti sedia maklum
manusia dapat melakukan ralat di dalam pengiraan dan sebagai rakan mereka juga
mampu untuk melakukan penipuan bagi mengurangkan beban kerja rakan penjaring
mereka.
5

Pada masa kini hanya papan memaparkan skor atau mata jaringan secara
manual terdapat di pasaran dan masih tidak terdapat alat yang boleh membantu
penjaring melakukan jaringan dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada
latihan menjaring tanpa memerlukan penjaring tersebut mengira jaringan yang
dilakukan dengan sendiri. Oleh itu penyelidik berusaha untuk merekabentuk
instrumen yang berupaya untuk mengira jumlah jaringan yang dilakukan oleh
penjaring dan membantu mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada
latihan menjaring dan instrumen ini di reka supaya dapat memaparkan jumlah
percubaan yang dilakukan, jumlah jaringan yang dilakukan dan yang paling penting
ianya juga disertakan dengan perisian untuk mengira jumlah peratus jaringan dan ini
secara tidak langsung akan meningkatkan tahap motivasi di dalam diri mereka untuk
mencapai peratus jaringan pada tahap yang tinggi. Instrumen ini juga akan dihasilkan
dengan ciri-ciri seperti keselamatan yang tinggi, mudah alih, ringan dan mudah
dikendalikan. Selain itu, juga penyelidik ingin merekabentuk instrumen yang
menglibatkan kos yang berpatutan, berkualiti serta mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi. Tahap kebolehpercayaan yang tinggi bermaksud tiada
relatif bagi kesalahan penilaian dalam peralatan pengukurun tersebut yang
dinyatakan Azizi Yahya et al. (2007) dan sekiranya ianya semakin kurang stabil atau
terdapat banyak kesilapan maka kebolehpercayaan alat tersebut akan diragui oleh
pengguna dan keadaan ini tidak memenuhi ktiteria pengguna. Selain itu, kesahan
peralatan juga didefinasikan oleh Azizi Yahya et al. (2007) sebagai sejauh mana alat
teesebut mengukur apa yang patut di ukur. Gabungan serta kekuatan daripada kedua-
dua elemen ini dapat memastikan kredibiliti sesuatu alat dan ini akan menjadi daya
tarikan pengguna untuk memiliknya.

Kekurangan peralatan-peralatan yang membantu seorang penjaring telah


menarik minat penyelidik untuk menghasilkan instrumen yang diberi nama
“NetScore” yang mana alat ini akan membantu penjaring untuk mengira jaringan dan
menumpukan perhatian mereka terhadap jaringan. Diharapkan dengan usaha
membangunkan instrumen ini dapat membantu serta mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh penjaring di dalam sukan bola jaring.
6

1.3 Penyataan Masalah

Ketiadaan alat berteknologi tinggi di dalam pengiraan jumlah jaringan secara


digital memberi kesukaran untuk atlet penjaring sukan bola jaring memberi
penumpuan yang sepenuhnya terhadap latihan mereka. Konsep mengira dan
mengingati jumlah jaringan yang dilakukan oleh penjaring itu sendiri diguna pakai
oleh atlet amatur sehinggalah atlet professional bertaraf dunia. Seperti yang
dinyatakan oleh Eysenck & Keane (2000), semakin kurang pemain itu berfikir
tentang lakuan yang mereka lakukan semakin baik mereka menguasai lakuan
tersebut. Malah dengan menggunakan khidmat diri sendiri untuk mengingati jumlah
jaringan yang dilakukan kemungkinan untuk mempunyai ralat di dalam kiraan adalah
sangat tinggi dan ini akan memberi kesan terhadap jumlah peratusan jaringan yang
dilakukan oleh penjaring tersebut. Selain itu penipuan di dalam mengira jumlah
jaringan juga boleh berlaku kerana pengiraan hanya berlaku secara kaedah manual
dan tidak mempunyai sebarang rekod yang sah. Hal ini juga boleh menyukarkan
jurulatih untuk mendapatkan data keputusan jumlah jaringan harian atlet mereka
secara tepat. Perkara-perkara seperti ini boleh menyebabkan penjaring melakukan
lakuan tersebut dengan sambil lewa dan tidak memandang serius terhadap latihan
yang dilakukan dan turut menyukarkan jurulatih untuk melihat kemajuan atlet
penjaring mereka. Penjaring adalah satu posisi yang sangat penting di dalam sukan
bola jaring kerana walaupun sekuat mana pasukan tersebut tetapi jika pasukan
tersebut tidak dapat melakukan jaringan mereka tetap akan mengalami kekalahan.

Bagi mengatasi masalah, ini sebuah alat elektronik bagi tujuan pengiraan
jumlah jaringan harus direka bagi membantu atlet menjalani latihan menjaring yang
berkualiti tanpa menpunyai sebarang ralat di dalam pengiraan yang dilakukan. Malah
alat ini juga akan membantu jurulatih untuk menyimpan data peratus jaringan yang
dilakukan oleh atlet mereka dan dapat mengkaji peningkatan serta kemajuan atlet
tersebut. Selain itu instrumen ini juga akan mengelakkan sebarang bentuk ralat dan
penipuan di dalam pengiraan jumlah jaringan yang dilakukan oleh atlet penjaring itu
sendiri.
7

1.4 Objektif Kajian

Alat teknologi di dalam sukan adalah satu perkara yang penting di dalam
membantu meningkatkan kualiti sukan itu sendiri dan bertujuan untuk
memaksimumkan kesan bagi latihan yang dilakukan. Oleh itu objektif kajian ini
adalah :

1.4.1 Menilai tahap kebolehpercayaan dan kesahan alat mengira jaringan secara
digital “NetScore” di dalam mengira jumlah jaringan yang dilakukan oleh
penjaring.

1.4.2 Menilai tahap keberkesanan alat mengira jaringan digital secara “NetScore”
kepada peningkatan peratus jaringan yang dilakukan oleh penjaring.

1.4.3 Mengenalpasti potensi alat ini untuk dipasarkan kepada pengguna bagi tujuan
menjalani latihan menjaring secara efektif.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah alat mengira jaringan digital secara “NetScore” mempunyai tahap
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi di dalam mengira jumlah jaringan
yang dilakukan oleh penjaring?

1.5.2 Adakah alat mengira jaringan digital secara “NetScore” memberi sebarang
kesan peningkatan terhadap peratus jaringan yang dilakukan oleh penjaring?
8

1.5.3 Adakah instrumen ini mampu dipasarkan bagi tujuan penjaring mengira
jumlah jaringan mereka semasa menjalani latihan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk merekabentuk serta memperkenalkan


instrumen ini kepada penjaring-penjaring amatur dan professional serta jurulatih di
Malaysia dan luar negara bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini
bagi memanfaatkan serta menjalani latihan menjaring dengan tahap keberkesanan
yang tinggi. Selain itu, penyelidik juga ingin menyediakan instrumen ini dengan
harga berpatutan supaya ianya dapat diperolehi oleh orang perseorangan atau
sebarang institusi seperti sekolah, pusat kecemerlangan sukan dan Persatuan Bola
jaring negeri dan negara di dalam usaha menyediakan peralatan yang bersifat
optimum kepada penjaring untuk menjalani latihan yang efisien. Malah instrumen ini
dapat mengelakkan sebarang ralat di dalam pengiraan yang boleh berlaku di dalam
kaedah pengiraan secara manual. Kajian ini juga dilakukan untuk menyediakan satu
ruang latihan yang bersistematik dan situasi seperti di dalam perlawanan kepada
penjaring iaitu tidak memerlukan mereka melakukan kiraan jaringan yang
dijaringkan Alat pengiraan digital dengan memaparkan jumlah percubaan, jumlah
jaringan yang berjaya dimasukkan dan yang paling penting peratus jaringan juga
boleh meningkatkan tahap motivasi diri penjaring itu sendiri di dalam melakukan
jaringan yang tepat dan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah peratusan
jaringan yang dilakukan dan turut meningkatkan ketepatan dan kecekapan menjaring
yang sangat diperlukan oleh seorang pemain bola jaring yang bermain di dalam
posisi menjaring.
9

1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Pengujian alat yang direka oleh penyelidik ini terbatas kepada 8 orang
penjaring bola jaring elit dan amatur yang masih menuntut di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.

1.7.2 Alat ini akan dinilai oleh 20 orang subjek yang terdiri daripada pengiat bola
jaring secara amatur dan profesional di dalam negara mereka dikehendaki
menjawab soal selidik yang disediakan oleh penyelidik.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Reka bentuk

Menurut Hosking dan Harris (1981), rekabentuk adalah proses yang


menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknik dan
prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan pelan, di mana
kemudiannya membawa kepada penyelesaian dan seterusnya membawa kepada
keperluan praktikal.
10

1.8.2 Reka Cipta

Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan


suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia
ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka
cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap
atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungkan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam
bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

1.8.3 Menjaring

Satu kemahiran yang perlu dilakukan oleh Goal Shooter dan Goal Attack di
dalam sukan bola jaring bagi mendapatkan mata untuk tujuan kemenangan kepada
pasukan tersebut. Lakuan ini memerlukan salah seorang daripada penjaring
melakukan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jaring yang terdapat di
dalam gelanggang dengan tepat.

1.8.4 Alat mengira jaringan secara digital “NetScore”

Alat mengira jaringan yang terdiri daripada dua papan elektronik iaitu
“sensor board” dan “control board”. “Sensor board” berfungsi sebagai papan
elektronik yang dilengkapi dengan sensor untuk mengira jaringan yang masuk ke
dalam jaring manakala “control board” berfungsi sebagai papan memaparkan
11

jaringan dan peratus jaringan malah dilengkapi dengan butang “attempt” iaitu
butang percubaan jaringan. Alat ini direka di dalam bentuk yang kecil dan mudah
dipasangkan pada tiang gol bagi memudahkan pengiraan jumlah jaringan gol dan
tanpa wayar bagi papan memaparkan bagi tujuan mudah alih dan mesra pengguna.

1.8.5 Borang Soal Selidik

Borang yang disediakan oleh penyelidik dengan mengandungi soalan-soalan


yang berkaitan dengan instrumen yang dikaji dan perlu dijawab oleh subjek.

1.8.6 Posisi di dalam sukan Bola jaring

1.8.6.1 Center ( C ) – Pemain Posisi Tengah

1.8.6.2 Goal Attack ( GA ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.3 Goal Defender ( GD) – Pemain Posisi Pertahanan

1.8.6.4 Goal Keeper ( GK ) – Pemain Posisi Pertahanan

1.8.6.5 Goal Shooter ( GS ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.6 Wing Attack ( WA ) – Pemain Posisi Penyerang

1.8.6.7 Wing Defence ( WD ) – Pemain Posisi Pertahanan


12

1.8.7 Posisi di dalam sukan Bola jaring yang dibenarkan untuk menjaring

1.8.7.1 Goal Attack ( GA ) – Pemain Posisi Penyerang dan Penjaring

1.8.7.2 Goal Shooter ( GS ) – Pemain Posisi Penyerang dan Penjaring

Di dalam sukan bola jaring hanya pemain yang bermain di dalam posisi Goal
Attack (GA) dan Goal Shooter (GS) sahaja dibenarkan untuk melakukan jaringan.

You might also like