You are on page 1of 4

Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum




Rate this (499 Votes)


Fadli Ismail Ahad, 8 September 2013 Print

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita


sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi
mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah
bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus
ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban
rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi
menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada
semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan
efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.

Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi


memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai
peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan
mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk
menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut
Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis
sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat
negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang
tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka
dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita
bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh,
bercerai roboh’.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,
sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar
yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum
dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi
wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun
agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari


Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat
disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai
keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu,
menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang
hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat
berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh
pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk
perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari
keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum
di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi


yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system
pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat
proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang
dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain
itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan
pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa
jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem
pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa
hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan
para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh
mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian,
dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh,
semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang
Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India
seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh
itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya
mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan


remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan
untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam
PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut
memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran


sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai
hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum
merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak
langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah
negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam
pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

Contoh lain :

You might also like