You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana


pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid yang lancar dan dapat
mengembangkan potensi diri masing-masing. Terdapat banyak kepentingan pendidikan
seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara
penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, persiapan mengalami perubahan seiring
dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju


menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan
Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan
mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, kemakmuran masyarakat serta keharmonian negara.

Pada zaman kebangkitan Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu,
munculnya ahli-ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang
sentiasa berusaha dan cuba memikir, menilai, mentafsir kehidupan dan pengalaman
manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai kehidupan yang sempurna. Menurut
Abdul Rahman Haji Abdullah (2005), istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani,
iaitu philos yang bermaksud mencintai dan Sophia yang bermaksud kebijaksanaan. Dengan
berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan
sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan
buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan
berinsurkan logik akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’.
Berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu
mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara
demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir
secara universal dan berfikir secara integral.

Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan
mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan
falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung
kepada tahap ekonomi, sosial dan politik sesuatu tempat.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara
membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah
ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat.
Berikut merupakan hasrat dalam FPK:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,
seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-
cita Negara. FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan
matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik.
Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu:

• Memperkembang potensi individu


• Rakyat yang berilmu
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Rakyat Malaysia yang berketrampilan
• Rakyat yang berakhlak mulia
• Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• Sumbangan rekyat menerusi FPK

Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan
mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun
di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan
bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

You might also like