You are on page 1of 1

Kota Samarahan adalah merupakan pusat bandar bagi daerah Samarahan.

Daerah Samarahan mula dikenali dengan nama Muara Tuang yang merupakan sebuah
daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Kuching sebelum Samarahan dinaikkan
taraf sebagai daerah penuh pada 1983. Perhubungan utama penduduk di kawasan
Muara Tuang ketika itu ialah dengan menggunakan laluan sungai Batang Samarahan.

Pada ketika itu Daerah Kecil Muara Tuang ditadbir oleh seorang Native Officer
yang pertama dikenali dengan nama Abang Adenan berkhidmat disini dan yang
beroperasi di bangunan yang dikenali sebagi kubu sebagai pejabat untuk
mentadbirkan daerah kecil ini yang letaknya di kawasan perkampungan Muara
Tuang dan bangunan tersebut masih kekal sehingga ke hari ini.

Setelah dinaikkan taraf sebagi daerah penuh pada tahun 1983 ia telah
ditukarkan nama dari Daerah Kecil Muara Tuang dengan nama yang baru iaitu
Daerah Samarahan yang merangkumi Daerah Kecil Asajaya, dan pekan
Samarahan diberi nama Kota Samarahan. Sejak itulah Samarahan mula
mengorak langkah kearah kemajuan pembangunan dengan terbinanya
pelbagai kemudahan seperti jalanraya dengan kemasukan segala kemudahan
awam seperti Bekalan Letrik, bekalan Air, Klinik Kesihatan dan telefon awam
serta berdirinya bangunan-bangunan kerajaan bagi menepatkan pelbagai
agensi kerajaan di daerah ini.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi mentadbirkan daerah ini Pejabat


Daerah Samarahan yang diketuai oleh Pegawai Daerah mempunyai bangunan
pejabatnya yang tersendiri untuk beroperasi dan bangunan ini juga
menempatkan banyak lagi agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Pendaftaran
Negara, KEMAS dan Jabatan Penerangan Daerah. Sebelum itu bangunan ini
juga menempatkan agensi seperti Balai Polis Daerah dan Mahkamah Syariee
yang kini sudah pun mempunyai ke bangunan mereka sendiri.

Dengan keluasan seluas 407.08 kilometer persegi, Samarahan kini mempunyai


anggaran penduduk sebanyak 56,300 mengikut anggaran berasaskan Banci
Penduduk 2000. Selain dari itu terdapat dua Institusi pengajian tinggi iaitu
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA
(UiTM) dan sebuah Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR). Ia juga
menjadi lokasi bagi Insitut Latihan Perindustrian (ILP) dan sebuah Pusat
Perubatan Antarabangsa (Sarawak International Medical Centre) (SIMC).

Kini Samarahan sudah ternyata pesat membangun dan perbezaan dari tahun
ke setahun amatlah ketara dengan pertambahan penduduk yang mendadak
disebabkan pertumbuhan kawasan perumahan yang bagaikan cendawan
tumbuh setelah hujan di sekitar kawasan daerah ini. Untuk melihat dengan
dekat perkembangan pembangunan di daerah ini, kami amat mengalu-alukan
kunjungan anda.
 

You might also like