You are on page 1of 4

.

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM)

12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

TEL / FAKS : 043321863

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 21 Disember 2016 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Persidangan

Kehadiran :

1. Puan Julina Susila A/P George Samuel


2. Puan Kavitha A/P Shunmuganathan
3. Puan Nor Fatihah Saedah Bt. Nik Ab. Rahman
4. Encik Nor Amin Bin Adnan
5. Puan Noor Zakiyatil Fakhirah Bt. Kamaruddin

Tidak Hadir Bersebab:

1. Cik Siti Hajar Bt. Zainuddin – Menjalani rawatan di Kuala Lumpur


2. Encik Mohd. Haziq Bin Mahmood – Menziarahi keluarga
3. Puan Zarina Bt. Mohamad Yusoff (Pendidikan Khas) – Tidak mendapat makluman

Agenda:

1. Ucapan aluan pengerusi


2. Pelan taktikal dan operasi 2017
3. Sukatan pelajaran
4. Rancangan pelajaran tahunan
5. Pengurusan fail panitia (Maklumat guru dalam panitia)
6. Agihan tugas penyediaan soalan ujian dan peperiksaan
7. Pencerapan hasil kerja pelajar
8. Penentuan jenis latihan dan bilangan latihan
9. Kaedah p&p
10. Cadangan buku rujukan
11. Hal-hal lain
1.0 Ucapan Pengerusi
1.0 Ketua Panitia, Puan Julina Susila selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan
terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.1 Beliau menyatakan harapan supaya semua guru dapat memberikan komitmen yang
tinggi di dalam melaksanakan semua program yang dirancang untuk tahun 2017.
1.2 Beliau meminta semua guru untuk bersama-sama menjadikan Panitia Bahasa Inggeris
menjadi panitia yang lebih baik pada 2017.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan fail panitia 2017 akan diperkasakan dan
dimurnikan mengikut kriteria yang telah dibincangkan di dalam perjumpaan khas
bersama Penolong Kanan 1 dan Setiausaha Kurikulum.

2.0 Pelan taktikal dan operasi 2017 (program dan aktiviti panitia 2017)
2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia akan masih merujuk kepada pelan strategik
yang telah dirancang kerana pelan strategik tersebut akan berkahir pada 2017. Beliau
memaklumkan kesinambungan pelan strategik bagi tahunj seterusmya akan dirancang
kelak.
2.2 Pengerusi meminta agar semua guru yang akan melaksanakan sebarang program panitia
menyediakan pelan operasi agar perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lebih
teratur dan berkesan.
(Tindakan : Semua Guru)
2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa program-program yang bakal dijalankan pada 2017
adalah seperti berikut :

BIL. PROGRAM PENGLIBATAN TARIKH


1. Every Friday is English Day Semua murid tahun 6 Feb
2. Drop Everything And Read Murid tahun 1-5 Feb
3. English Tree Semua kelas Mac – Nov
4. Pembelajaran Berfokus Murid tahun 6 Julai - Ogos
5. Teknik Menjawab Kertas 2 Murid tahun 6 Ogos
6. Deep Thinking For Little Minds Murid tahap 2 Ogos

2.4 Karnival Koakademik akan diadakan pada Mac-April. Justeru pengerusi meminta agar
semua guru membuat persiapan awal dari segi pemilihan murid dan latihan.
2.5 Pengerusi mencadangkan agar murid tahun 6 diberikan peluang menyertai acara di
dalam karnival koakademik tersebut bagi membolehkan mereka mendapat sijil
penyertaan.
2.6 Pemilihan peserta juga perlulah dibuat lebih awal bagi mengelakkan pertindihan
penyertaan dengan acara lain.

3.0 Sukatan pelajaran


3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru menyediakan sukatan pelajaran untuk setiap
tahun yang diajar dan hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pentadbir sekolah
(Penolong Kanan 1 atau Guru Besar)
(Tindakan : Semua guru)
3.2 Bagi tahun 1, guru yang mengajar diingatkan supaya mendapatkan sukatan pelajaran
yang terbaru kerana semua matapelajaran tahun 1 telah menjalani semakan semula
kurikulum.
(Tindakan : Semua Guru Tahun 1)
4.0 Rancangan pelajaran tahunan
4.1 Semua guru diingatkan supaya mengemaskini Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut
kalendar persekolahan tahun 2017. Rancangan Pelajaran Tahunan perlulah mempunyai
pengesahan daripada pentadbir sekolah ( Penolong Kanan 1 atau Guru Besar)
(Tindakan : Semua Guru)

5.0 Pengurusan fail panitia (Maklumat guru dalam panitia)


5.1 Pengerusi meminta supaya setiausaha menyediakan borang maklumat peribadi guru dan
borang tersebut hendaklah diedarkan kepada semua guru.
(Tindakan : Setiausaha)
5.2 Semua guru dikehendaki melengkapkan borang maklumat diri tersebut dan kembalikan
kepada setiausaha untuk dimasukkan di dalam fail panitia. Guru-guru juga dikehendaki
menyertakan bersama jadual pengajaran peribadi bagi tujuan rekod panitia.
(Tindakan : Semua guru)
5.3 Pengerusi menegaskan bahawa maklumat peribadi guru adalah merupakan perkara
penting di dalam pengurusan fail panitia.

6.0 Agihan tugas penyediaan soalan ujian dan peperiksaan


6.1 Pengerusi meminta agar setiausaha menyediakan borang agihan penyediaan soalan
ujain dan peperiksaan untuk diedarkan kepada semua guru. Guru-guru pula dikehendaki
melengkapkan borang tersebut dan borang tersebut akan dipulangkan semula kepada
setiausaha bagi membolehkan jadual penyediaan soalan ujian dan peperiksaan
disediakan. Guru-guru perlu menyatakan tajuk-tajuk yang bakal diliputi di dalam
penyediaan soalan ujian/peperiksaan tersebut.
(Tindakan : Setiausaha & semua guru)

7.0 Pencerapan hasil kerja pelajar


7.1 Semua guru dikehendaki sentiasa menyemak hasil kerja murid dan menyerahkan
kepada pentadbir sekolah bagi tujuan pencerapan.
(Tindakan : Semua guru)

8.0 Penentuan jenis latihan dan bilangan latihan


8.1 Pengerusi meminta cadangan daripada semua guru tentang bentuk latihan yang sesuai
untuk diberikan kepada murid semasa pdpc. Walaubagaimanapun semua guru sebulat
suara berpendapat bahawa penentuan jenih latihan dan bilangan latihan adalah
bergantung kepada guru tersebut mengikut tahap murid yang diajar.
8.2 Pengerusi mancadangkan semua guru supaya menyediakan senarai semak sendiri bagi
menyatakan jenis latihan dan bilangan latihan yang diberikan kepada murid-murid.
8.3 Guru diminta memberi penekanan aspek pdpc berunsur KBAT dan memberikan latihan
berbentuk KBAT kepada murid.

9.0 Kaedah pdpc


9.1 Semua guru adalah digalakkan melaksanakan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 seiring
dengan aspirasi KPM. Konsep pdpc PAK21 akan menjadikan sesi pdpc lebih menarik
dan murid lebih seronok untuk melibatkan diri.
9.2 Guru-guru juga perlu mengenalpasti kumpulan tahap murid (berdasarkan pencapaian
ujian/peperiksaan mereka) supaya tindakan susulan seperti latihan berbentuk pemulihan
atau pengayaan dapat diberikan sesuai megikut tahap keupayaan murid.

10.0 Cadangan buku rujukan


10.1 Pengerusi meminta semua guru memberikan cadangan tentang penggunaan buku
rujukan yang sesuai. Walaubagaimanapun semua guru berpendapat penggunaan buku
rujukan adalah bergantung kepada kesesuaian aras murid-murid dan semua guru perlu
diberikan peluang menggunakan sebarang buku yang dirasakan sesuai untuk aras murid
yang diajar. Walaubagaimanapun, guru-guru dinasihatkan memilih buku rujukan yang
menekankan konsep KBAT dalam soalan latihan.
10.2 Sebarang penggunaan buku rujukan hendaklah dinyatakan di dalam Dokumen
Persediaan Mengajar Guru.

11.0 Hal-hal lain


11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa untuk mesyuarat seterusnya, Puan Zarina selaku Naib
Ketua Panitia hendaklah dimaklumkan dan dijemput hadir bagi mengelakkan sebarang
keciciran maklumat.
(Tindakan : Setiausaha)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 pagi.

You might also like