You are on page 1of 16

LP/SVM/UT/2018

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA

JADUAL WAKTU PENILAIAN AKHIR


UJIAN BERTULIS DAN UJIAN AMALI

SEMESTER 4
SESI 2/2018

KOLEJ VOKASIONAL KPM


(KV KPM)

2018 © HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN


SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
SESI 2/2018

BAHAGIAN A

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) – ARAHAN AM

Pihak JPN hendaklah:

1. memaklumkan kepada sekolah untuk memuat turun Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM
Sesi 2/2018 dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my).

2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan/Pentaksiran yang


dinyatakan dalam Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018 sebelum
peperiksaan/pentaksiran.

3. menyemak bahan peperiksaan/pentaksiran yang diterima menepati keperluan


menjawab kertas peperiksaan/pentaksiran yang ditawarkan pada tahun semasa.

4. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang sedang
berkuat kuasa.

BAHAGIAN B

PENGARAH/PENGETUA – ARAHAN AM

Pengarah/Pengetua hendaklah:

1. mengedarkan Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018 kepada semua calon
institut.

2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan/Pentaksiran yang


dinyatakan dalam Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018 sebelum
peperiksaan/pentaksiran.

3. menyedia bahan peperiksaan/pentaksiran menepati keperluan menjawab kertas


peperiksaan/pentaksiran yang ditawarkan di institut pada tahun semasa.

4. memastikan calon tidak membawa masuk bahan-bahan terlarang seperti yang


termaktub dalam Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/Bilik Pentaksiran.

5. merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang


sedang berkuat kuasa.

2
BAHAGIAN C

KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN – ARAHAN AM

Ketua Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran hendaklah:

1. memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan/Pentaksiran dalam Jadual


Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018 dimaklumkan kepada calon.

2. meminta semua calon untuk memeriksa dan memastikan calon tidak membawa masuk
bahan-bahan terlarang seperti yang termaktub dalam Bahagian D: 6. Larangan
di Dewan/Bilik Peperiksaan/Pentaksiran.

3. mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama
kertas, waktu, masa peperiksaan/pentaksiran dan errata (jika ada) bagi kertas
peperiksaan/pentaksiran.

4. membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran.

5. mengedarkan kertas peperiksaan/pentaksiran mengikut tarikh dan waktu yang tercatat


dalam Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018.

6. mengedarkan kertas peperiksaan/pentaksiran dengan muka hadapan kertas


peperiksaan/pentaksiran di sebelah atas.

7. mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan/pentaksiran dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan/
pentaksiran bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan/ pentaksiran
yang betul.

8. mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat
pada muka hadapan kertas peperiksaan/pentaksiran.

9. memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor


sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan/pentaksiran.

10. memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan/pentaksiran yang dikumpul dan dicatat
pada borang LP/Am 29 – Pin. 1/2016 akur dengan bilangan calon dalam Jadual
Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan/pentaksiran.*

11. menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 – Pin. 1/2017 sekiranya calon
melanggar sebarang peraturan peperiksaan/pentaksiran di Bahagian D: 6. Larangan
di Dewan/ Bilik Peperiksaan/Pentaksiran.*

12. memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 – Pin. 1/2017 sekiranya calon melanggar
sebarang peraturan peperiksaan/pentaksiran di Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/
Bilik Peperiksaan/Pentaksiran.*

13. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang sedang
berkuat kuasa.

Catatan: * Borang yang digunakan merujuk kertas peperiksaan/pentaksiran yang


menggunakan prosedur operasi standard.

3
BAHAGIAN D

CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan/pentaksiran bagi mata


pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas
peperiksaan/pentaksiran bertulis atau melaksanakan ujian amali dianggap TIDAK
HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau
tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan/pentaksiran dikehendaki mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas
Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada
Ketua Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran sebelum tamat tempoh
peperiksaan/pentaksiran SVM Sesi 2/2018.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan


Peperiksaan/Pentaksiran sebelum peperiksaan/pentaksiran.

1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan/Pentaksiran


yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Penilaian Akhir SVM Sesi 2/2018 dan
menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik


peperiksaan/pentaksiran 15 minit sebelum peperiksaan/pentaksiran dimulakan.

2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri
atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan
Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu
peperiksaan/pentaksiran. Calon dilarang menduduki peperiksaan/pentaksiran
tanpa dokumen berkenaan.

2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan/pentaksiran atas budi bicara Ketua


Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran sekiranya tiba 30 minit selepas
peperiksaan/pentaksiran dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan
yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon hendaklah:

3.1 menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan/pentaksiran dan
arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan/pentaksiran bagi memastikan
calon mendapat kertas peperiksaan/pentaksiran yang betul.

3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran dengan segera


jika menerima kertas peperiksaan/pentaksiran yang salah atau tidak lengkap.

4
3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka
belakang (jika ada) kertas peperiksaan/pentaksiran sebelum peperiksaan/
pentaksiran dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN


PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon hendaklah:

4.1 menulis hanya Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan
Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan buku jawapan
peperiksaan/pentaksiran.

4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan
Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul
di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).

4.3 menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau
biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh
digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas
peperiksaan/pentaksiran yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab
dalam bahasa lain.

4.5 menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera
pada kertas peperiksaan/pentaksiran. Calon tidak perlu menyalin soalan.

4.6 memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama Kertas,


Kod Kertas dan Nombor Soalan telah ditulis dengan betul pada ruangan yang
disediakan pada kertas peperiksaan/pentaksiran dan kertas jawapan seperti
Buku Jawapan (BJ) dan HT apabila diarah berhenti menulis.

4.7 memastikan setiap HT disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat
bersama kertas peperiksaan/pentaksiran atau BJ.

4.8 berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan


peperiksaan/pentaksiran dikumpul semula oleh Pengawas.

5
5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon tidak dibenarkan:

5.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan.

5.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran 30 minit pertama


peperiksaan/pentaksiran dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum
peperiksaan/pentaksiran ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas
Peperiksaan/Pentaksiran.

5.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran kertas peperiksaan/


pentaksiran sebelum peperiksaan/pentaksiran tamat.

5.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan/


pentaksiran semasa peperiksaan/pentaksiran.

5.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

5.6 merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran.

6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon dilarang:

6.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan,
nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu
Peperiksaan/Pentaksiran, Kenyataan Kemasukan Peperiksaan/Pentaksiran,
telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan
beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan/pentaksiran.

6.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik
peperiksaan/pentaksiran.

6.3 mendedahkan kertas peperiksaan/pentaksiran atau/dan jawapan peperiksaan/


pentaksiran sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

6.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang


lain di dalam atau di luar dewan/bilik pentaksiran walau dengan apa cara
sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam
peperiksaan/pentaksiran.

6.5 menukar kertas peperiksaan/pentaksiran atau/dan jawapan peperiksaan/


pentaksiran dengan calon lain.

6.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran.

6.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

6.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik pentaksiran semasa peperiksaan/


pentaksiran.

6
6.9 membawa kertas peperiksaan/pentaksiran keluar dari dewan/bilik peperiksaan/
pentaksiran semasa peperiksaan/pentaksiran.

6.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan/pentaksiran sama ada yang belum


ataupun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran.

7. PERINGATAN

Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan/pentaksiran dalam


Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/Bilik Pentaksiran dianggap salah laku dan
akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana
salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

i. Keputusan peperiksaan/pentaksiran digantung sementara menunggu


selesainya penyiasatan;

ii. keputusan peperiksaan/pentaksiran mana-mana kertas peperiksaan/


pentaksiran dibatalkan;

iii. keputusan peperiksaan/pentaksiran yang dikendalikan di sesuatu pusat


peperiksaan/pentaksiran diisytiharkan terbatal.

BAHAGIAN E

ARAHAN KHAS

KOD KERTAS DAN


ARAHAN KHAS
NAMA KERTAS

A01403 Ujian Lisan Bahasa Melayu SVM (ULBM SVM)


Bahasa Melayu
Kertas 3 1. Semua calon Semester 4 wajib melaksanakan ULBM SVM
dalam tempoh waktu pengajian mengikut jadual yang
22 Oktober – ditetapkan oleh LP.
02 November 2018
2. Dilaksanakan dalam tempoh dua minggu sebelum
peperiksaan pusat kertas bertulis dijalankan.

3. ULBM SVM dikendalikan oleh pentaksir yang dilantik oleh


institut masing-masing.

4. Ujian dilaksanakan hanya sekali sahaja untuk setiap calon.

7
KOD KERTAS DAN
ARAHAN KHAS
NAMA KERTAS

1. Calon hendaklah memuat turun tema umum Sejarah A05401


dan Sejarah 1251 dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan
empat (4) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

2. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber


yang berkaitan dengan tema umum sebagai persediaan untuk
menjawab tugasan spesifik yang akan diberi pada hari
peperiksaan. Sumber rujukan boleh diperoleh daripada buku
teks, bahan bacaan ilmiah, nota, majalah, keratan akhbar,
SEJARAH A05401
internet dan sumber-sumber lain yang berkaitan.
(BAHAGIAN C)
DAN
3. Calon hanya dibernakan membawa masuk dokumen seperti
SEJARAH 1251
buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan
(BAHAGIAN C)
fotostat dan bahan bercetak yang berkaitan sahaja ke dalam
dewan peperiksaan bertulis berlangsung. Dokumen tersebut
tidak boleh dikongsi bersama calon-calon lain semasa
peperiksaan bertulis dilaksanakan. Penggunaan bahan rujukan
hendaklah tidak mengganggu calon lain.

4. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau


peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

8
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN AMALI SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR

07:50 pagi – 08:00 pagi .......... Taklimat Ketua Pengawas kepada 10 minit
22 Okt. – 02
calon
November
2018
Bermula 08:00 pagi A01403 Ujian Lisan Bahasa Melayu SVM
(ULBM SVM)

07:50 pagi – 08:00 pagi .......... Taklimat Ketua Pengawas kepada 10 minit
calon
(Tertakluk
29 Okt. – 02 Bermula 08:00 pagi A06402 Pendidikan Islam kepada
November (Tilawah dan Hafazan) panduan
2018 pelaksanaan
LP dan jadual
sidang amali
yang
ditetapkan
oleh kolej
masing-
masing)

07:50 pagi – 08:00 pagi .......... Ketua Pengawas/Pengawas memberi 10 minit


taklimat kepada calon dan
mengarahkan calon mengisi butiran
pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan

V0104/2 Pengurusan dan Pengendalian


Lepas Tuai
Kertas 2
V0204/2 Analisis dan Pengurusan Sumber
Kertas 2
V0304/2 Pengurusan Landskap
SELASA 08:00 pagi – 10:30 pagi Kertas 2 2 jam 30 minit
30 (Sidang 1)
Oktober V0404/2 Pemprosesan Bakeri dan Fungsi (Pihak kolej
2018 11:30 pagi – 02:00 Penyeliaan perlu
petang Kertas 2 menyediakan
(Sidang 2)
V0504/2 Penyeliaan dan Pengurusan Pekerja senarai calon
mengikut
02:45 petang – 05:15 Kertas 2
jadual sidang
petang
V0604/2 Pengurusan Kesihatan dan amali yang
(Sidang 3)
Penyeliaan Hasil ladang ditetapkan
Kertas 2 oleh LP)

V0704/2 Pengoperasian dan Pengurusan


Ternakan Poltri
Kertas 2
V0804/2 Operasi Mekanisasi Pertanian
Kertas 2

9
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN AMALI SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
07:50 pagi – 08:00 pagi .......... Ketua Pengawas/Pengawas memberi 10 minit
taklimat kepada calon dan
mengarahkan calon mengisi butiran
pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
V0904/2 Kawalan Pengeluaran Makanan dan
Penyelian
Kertas 2
V1004/2 Pembuatan Pakaian Lanjutan 2
Kertas 2
V1104/2 Kawalan Pembuatan Pastri dan
Inovasi
Kertas 2
V1204/2 Rawatan terapi Badan
Kertas 2
V1304/2 Khidmat Pelanggan dan Rekreasi
Kertas 2
V1404/2 Perkembangan Kanak-Kanak
Kertas 2
V1504/2 Pengurusan Insurans
08:00 pagi – 10:30 pagi Kertas 2
(Sidang 1) 2 jam 30 minit
SELASA V1604/2 Pengurusan Pemasaran Strategik
30 Kertas 2 (Pihak kolej
Oktober 11:30 pagi – 02:00
petang perlu
2018 V1704/2 Pengurusan Pinjaman menyediakan
(Sidang 2) Kertas 2 senarai calon
02:45 petang – 05:15 V1804/2 Perakaunan Kewangan mengikut
petang Kertas 2 jadual sidang
(Sidang 3) amali yang
V1904/2 Pengurusan Pejabat ditetapkan
Kertas 2 oleh LP)

V2004/2 Pengurusan Perkhidmatan


Kertas 2
V2104/2 Pengurusan Pentadbiran Lanjutan
Kertas 2
V2204/2 Pengendalian Tiga Fasa
Kertas 2
V2304/2 Kawalan kualiti Peralatan Elektronik
Kertas 2
V2404/2 Kualiti Kerja Kimpalan
Kertas 2
V2504/2 Sistem Pancuan Kenderaan
Kertas 2
V2604/2 Pemesinan EDM dan
Penyelenggaraan
Kertas 2

10
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN AMALI SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
07:50 pagi – 08:00 pagi .......... Ketua Pengawas/Pengawas memberi 10 minit
taklimat kepada calon dan
mengarahkan calon mengisi butiran
pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
V2704/2 Sistem HVAC
Kertas 2
V2804/2 Infrastruktur Bangunan
08:00 pagi – 10:30 pagi Kertas 2
SELASA (Sidang 1) 2 jam 30 minit
30 V2904/2 Pengeluaran dan Penyeliaan Kayu
Oktober 11:30 pagi – 02:00 Kertas 2 (Pihak kolej
2018 petang perlu
(Sidang 2) V3004/2 Penyelenggaraan Rangkaian menyediakan
Komputer Mudah Alih senarai calon
02:45 petang – 05:15 Kertas 2 mengikut
petang jadual sidang
V3104/2 Animasi Lanjutan amali yang
(Sidang 3)
Kertas 2 ditetapkan
V3204/2 Reka Bentuk Grafik Lanjutan oleh LP)
Kertas 2
V3304/2 Pengurusan Aplikasi
Kertas 2

11
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN BERTULIS SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
07:50 pagi – 08:00 pagi Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
.......... mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan

08:00 pagi – 10:15 A01401 Bahasa Melayu 2 jam 15


pagi Kertas 1 miniit

10:50 pagi – 11:00 pagi Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


.......... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

SELASA 11:00 pagi – 01:30 A01402 Bahasa Melayu 2 jam 30 minit


13 tengah hari Kertas 2
November
2018 2:20 tengah hari – Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
02:30 petang .......... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

02:30 – 04:00 petang A06401 Pendidikan Islam 1 jam 30 minit

2:20 tengah hari – Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


02:30 petang .......... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

02:30 – 04:00 petang A07401 Pendidikan Moral 1 jam 30 minit

07:50 pagi – 08:00 pagi Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


........... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

08:00 pagi – 09:30 A05401 Sejarah (Bahagian A dan B) 1 jam 30 minit


pagi
10:20 pagi – 10:30 pagi .......... Ketua Pengawas/Pengawas memberi 10 minit
RABU taklimat kepada calon dan mengarahkan
14 calon mengisi butiran pada muka
November hadapan Kertas Peperiksaan
2018
10:30 pagi – 11:30 Sejarah (Bahagian C) 1 jam
pagi
07:50 pagi – 08:00 pagi Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
........... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

08:00 pagi – 09:30 A1251 Sejarah (Bahagian A dan B) 1 jam 30 minit


pagi
10:20 pagi – 10:30 pagi .......... Ketua Pengawas/Pengawas memberi 10 minit
taklimat kepada calon dan mengarahkan
calon mengisi butiran pada muka
hadapan Kertas Peperiksaan
10:30 pagi – 11:30 Sejarah (Bahagian C) 1 jam
pagi

12
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN BERTULIS SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
01:50 petang – 02:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
petang ........... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan

02:00 petang – 04:30 .V0104/1 Pengurusan dan Pengendalian Lepas


petang Tuai 2 jam 30 minit
Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0204/1 Analisis dan Pengurusan Sumber 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0304/1 Pengurusan Landskap 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0404/1 Pemprosesan Bakeri dan Fungsi 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0504/1 Penyeliaan dan Pengurusan Pekerja 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0604/1 Pengurusan Kesihatan dan Penyeliaan 2 jam 30 minit
petang Hasil Ladang
Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V0704/1 Pengoperasian dan Pengurusan 2 jam 30 minit
petang Ternakan Poltri
Kertas 1
RABU 02:00 petang – 04:30 V0804/1 Operasi Mekanisasi Pertanian 2 jam 30 minit
14 petang Kertas 1
November
2018 02:00 petang – 04:30 V0904/1 Kawalan Pengeluaran Makanan dan 2 jam 30 minit
petang Penyeliaan
Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1004/1 Pembuatan Pakaian Lanjutan 2 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1104/1 Kawalan Pembuatan Pastri dan Inovasi 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1204/1 Rawatan Terapi Badan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1304/1 Khidmat Pelanggan dan Rekreasi 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1404/1 Perkembangan Kanak-kanak 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1504/1 Pengurusan Insurans 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1604/1 Pengurusan Pemasaran Strategik 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1704/1 Pengurusan Pinjaman 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V1804/1 Perakaunan Kewangan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1

13
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN BERTULIS SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
01:50 petang – 02:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
petang ........... mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Peperiksaan
02:00 petang – 04:30 V1904/1 Pengurusan Pejabat 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2004/1 Pengurusan Pekhidmatan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2104/1 Pengurusan Pentadbiran Lanjutan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2204/1 Pengendalian Tiga Fasa 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2304/1 Kawalan Kualiti Peralatan Elektronik 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2404/1 Kualiti Kerja Kimpalan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1

RABU 02:00 petang – 04:30 V2504/1 Sistem Pacuan Kenderaan 2 jam 30 minit
14 petang Kertas 1
November 02:00 petang – 04:30 V2604/1 Pemesinan EDM dan Penyelenggaraan 2 jam 30 minit
2018 petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2704/1 Sistem HVAC 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2804/1 Infrastruktur Bangunan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V2904/1 Pengeluaran dan Penyeliaan Kayu 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V3004/1 Penyelenggaraan Rangkaian Komputer 2 jam 30 minit
petang dan Peranti Mudah Alih
Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V3104/1 Animasi Lanjutan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V3204/1 Reka Bentuk Grafik Lanjutan 2 jam 30 minit
petang Kertas 1
02:00 petang – 04:30 V3304/1 Pengurusan Aplikasi 2 jam 30 minit
petang Kertas 1

14
JADUAL WAKTU SVM PENILAIAN AKHIR UJIAN BERTULIS SEMESTER 4 SESI 2/2018

TARIKH
KOD
PENILAIAN WAKTU NAMA KERTAS MASA
KERTAS
AKHIR
07:50 pagi – 08:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit
pagi ........... mengisi butiran pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
08:00 pagi – 10:00 A10401 Sains Untuk Pengajian Sosial 2 jam
pagi

07:50 pagi – 08:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


pagi ........... mengisi butiran pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
08:00 pagi –10.00 A11401 Sains Untuk Teknologi 2 jam
pagi

10:50 pagi – 11:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


KHAMIS pagi ........... mengisi butiran pada muka hadapan Kertas
15 Peperiksaan
November
2018 11:00 pagi – 12:30 A08401 Matematik Untuk Pengajian Sosial 1 jam 30 minit
tengah hari

10:50 pagi – 11:00 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


pagi ........... mengisi butiran pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
11:00 pagi – 12:30 A09401 Matematik Untuk Teknologi 1 jam 30 minit
tengah hari

02:20 petang – 02:30 Ketua Pengawas mengarahkan calon 10 minit


petang ........... mengisi butiran pada muka hadapan Kertas
Peperiksaan
02:30 petang – 04:15 A02401 Bahasa Inggeris 1 jam 45 minit
petang

15
LP/Am/ BPC

AMARAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon yang menduduki peperiksaan/pentaksiran di bilik/dewan peperiksaan/pentaksiran dilarang:

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik,
akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan/Pentaksiran serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik,
bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa
peperiksaan/pentaksiran.
2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran.
3. mendedahkan kertas peperiksaan/pentaksiran atau/dan jawapan peperiksaan/pentaksiran sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik
peperiksaan/pentaksiran walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam
peperiksaan/pentaksiran.
5. menukar kertas peperiksaan/pentaksiran atau/dan jawapan peperiksaan/pentaksiran dengan calon lain.
6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran semasa peperiksaan/pentaksiran.
9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan/pentaksiran keluar dari dewan/bilik peperiksaan/pentaksiran.

Calon yang tidak mematahi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon
dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang
disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh
dikenakan tindakan berikut:-

1. keputusan peperiksaan/pentaksiran digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;


2. keputusan peperiksaan/pentaksiran mana-mana kertas peperiksaan/pentaksiran dibatalkan;
3. keputusan peperiksaan/pentaksiran yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan/pentaksiran diisytiharkan terbatal.

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG PENGAKUAN CALON

NAMA CALON

ANGKA GILIRAN

NOMBOR KAD PENGENALAN

PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN TAHUN

PENGAKUAN CALON
Saya mengaku telah membaca dan akan mematuhi semua Amaran Peperiksaan/Pentaksiran seperti yang dinyatakan
di atas.

Tandatangan :......................................................... Tarikh :..................................

PENGESAHAN PENGARAH / PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PENGETUA INSTITUT

Tandatangan :......................................................... Tarikh :..................................

NOTA: Borang BPC yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Pengarah bagi calon sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri bagi calon persendirian.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri / Sekolah/institut hendaklah menyimpan Borang Pengakuan Calon sehingga enam (6) bulan selepas tarikh pengumuman keputusan
peperiksaan/pentaksiran.

16

You might also like