You are on page 1of 22

EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

TAJUK 7 ASAS FOTOGRAFI

SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat
mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan. Dengan
mempelajari asas fotografi pelajar juga dapat mengenali bahagian-bahagian kamera
dengan era digital terkini yang kian mencabar bagi kegunaan fotografi dalam
pendidikan.

KERANGKA TAJUK

7.1 Sejarah perkembangan fotografi


7.2 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
7.3 Jenis-jenis dan aksesori kamera
7.4 Jenis-jenis filem
7.5 Teknik penggambaran
7.6 Komposisi
7.7 Fotografi digital

7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi


Sejarah menunjukkan kewujudan fotografi sejak abad ke-19 di mana foto
pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam. Istilah fotografi diambil dari
perkataan photography yang berasal daripada perkataan greek yang membawa
maksud cahaya (phos)dan menulis (graphien) Louis Jacques Mande Daquerre
merupakan orang yang mula-mula sekali memperkenalkan fotografi dan ia juga
dikenali sebagai bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obcura merupakan kamera
yang pertama kali yang dipakai untuk menggambar kemudian memotret. Kamera
Kodak (Eastmant Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di
Amerika. Konstribusi fotografi ke dunia filem pertama kali dipelopori oleh Edward
Muybridge. Flash atau lampu kilat pertama kali ditemukan oleh Harold E.Edgerton
pada tahun 1938. Memotret benda-benda mati disebut dengan still life. Penemuan
filem negatif oleh John Hendri Fox Talbot yang telah dibuat selama 40 detik di
bawah terik matahari.

1
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan.

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran
dan pembelajaran?

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang
mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang
untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk
meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk
ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk
imej.

Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap


mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi
kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan.

Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

i. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan


kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik
pandang.

ii. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke


dalam kamera.

iii. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

iv. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan
shutter.

2
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

v. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan
dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat
imej ke atas filem.

vi. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

vii. Alat untuk menggulung filem.

viii. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan


supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

7.2 Bahagian-Bahagian Kamera


Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen utama.

Rajah 1: Bahagian-bahagian Asas Kamera


Sumber (Buku): Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

7.2.1 Kanta (Lensa)

Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam
kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan
jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem.
Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu
saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal
adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

Saiz filem Jarak fokus normal


110 25 mm
126/127 45 mm
35 50 mm
120 75 mm

Jenis-jenis kanta

i. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens)


Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan
atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan
jauh yang luas.

ii. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)


Ukurannya 43 mm – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan
disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

iii. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)


85 mm – 120 mm Untuk gambar potret.
135 mm – 200 mm Sesuai untuk sukan
300 mm – 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

iv. Lensa Zoom


Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta
pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke
sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan

4
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta
yang berlainan pada kameranya.

28 mm - 50 mm sudut luas ke normal


50 mm – 100 mm normal ke sederhana
70 mm – 200 mm normal ke jauh
135 mm – 300 mm sederhana ke jauh

Rajah 2 : Lensa Zoom


Sumber : Canon Marketing Malaysia

7.2.2 Pengatup / shutter

Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem
daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa
dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik.

Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60,


125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan
kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur
masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa
dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama
dedahan dibenarkan.

5
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 3 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

7.2.3 Apertur ( Dedahan Cahaya)

Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk
mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini
berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan
2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan.
Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz
bukaannya kecil.

F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22

Rajah 4 : Aperture (Dedahan Cahaya)

6
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 5 : Skala Apertur

7.2.4 Fokus

Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya
satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini
dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil
jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan
menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu
apabila fokusnya tepat.

Rajah 6 : Skala Fokus

7
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3 Jenis-jenis Kamera

Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring
(disk), kamera segera (instant), kamera katrij (cartridge), kamera pembalikan
(reflects) dan kamera format besar (large format view).

7.3.1 Kamera fokus tetap

Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah
penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera
jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga
kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan
dengan lambang-lambang seperti berikut:

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang


dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang


bermega dengan bayang-bayang samar

Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung


dengan sedikit bayang-bayang

Rajah 7 : Kamera Fokus tetap

8
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan Amali

Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai jenis-jenis kamera dan bahagian-


bahagian asas kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis
kamera yang terdapat di pasaran masa kini.

7.3.2 Kamera pencari jarak padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama
dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai
lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

7.3.3 Kamera satu lensa refleks (SLR)

Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia


hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada
tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia
dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar
walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh
menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro
lens), dan alat tambahan lain.

Rajah 8 (i),(ii) : Kamera Satu Lensa Refleks


Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

9
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3.4 Kamera format sederhana

Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran
bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat
dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta
serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai
pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Rajah 9 : Kamera Format Sederhana


Sumber : Razali Nor (1996 )

Rajah 10 : Kamera Format Sederhana


Sumber : Razali Nor (1996)

10
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3.5 Kamera format besar

Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar
daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini
selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan
kualiti gambarfoto yang maksimum.

Rajah 11 : Kamera Format Besar

7.3.6 Kamera segera

Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat,
iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini
disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif
dengan capat.

Rajah 12 : Kamera Segera ( Polaroid)


Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

11
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan Amali

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera
untuk melakukan pengambaran.

Berdasarkan bacaan anda, kenalpasti sejauh manakah perbezaan antara fungsi-


fungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

7.4 Jenis-jenis Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia
peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan
jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA (
American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche
Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

Rajah 13 : Jenis Filem

7.2.5.1 Jenis-jenis Filem


Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih
Filem Warna Negatif warna untuk membuat gambar foto
berwarna warni atau hitam putih
Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan
slaid berwarna dan boleh dicetak.

12
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

7.2.5.2 Kepekaan Filem

Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan
ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin
tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.

Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang


mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai.
Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai.Jika mengambil gambar
dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil
gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan
tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA


ISO
31 28 25 22 19 16 13 10 7 DIN
Kelajuan Tinggi Kelajuan rendah

Rajah 14 : Kepekaan Filem

7.2.6 Meter dedahan

Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka
cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala
cahaya dan skala pelaras kamera.

Rajah 15 : Meter Dedahan

13
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff


7.5 Teknik Penggambaran

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto. Berikut adalah contoh-contoh
teknik fotografi:

Rajah 16.1 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

Rajah 16.2 : Fokus Jarak Sederhana

Rajah 16.3 : Fokus Jarak Jauh

14
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.4 : Teknik Aksi

Rajah 16.5 : Teknik Makro

Rajah 16.6 : Teknik Potret

15
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.7 : Teknik Perspektif

Rajah 16.8 : Teknik Pembekuan

Rajah 16.9 : Teknik Lanskap

16
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.10 : Teknik Simetri

Rajah 16.11 : Teknik Silhouttes

17
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan Amali.

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej


tindanan, fokus sederhana, fokus jauh dan fokus dekat. Bincang bersama rakan
untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar dengan teknik
shot yang menarik.

7.6 Komposisi

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam seni fotografi,


antaranya komposisi. Berikut adalah berkaitan dengan komposisi:

 Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak


disampaikan
 Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan kaitannya
dengan latar
 Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan
 Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan
teknik cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching
atau pengimbas

Ada banyak teknik komposisi, tetapi apa yang perlu diberi perhatian
adalah pengamalan‘Aturan Sepertiga’ atau ‘The Rule Of Thirds’dalam
fotografi.

Apakah ‘Rule Of Thirds’? Menurut Bryan F. Paterson;“The rule states that


an image should be imagined as divided into nine equal parts by two
equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and
that important compositional elements should be placed along these lines
or their intersections”. (Artikel : Fotografi N8 / 808 Pureview: Teknik
Komposisi Aturan Sepertiga, 11 Okt. 2012)

18
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

‘Aturan sepertiga’ adalah sebuah teknik komposisi yang


membahagikankawasan foto menjadi tiga bahagian, baik secara vertikal
maupun horizontal. Lihat ilustrasi seperti dalam rajah berikut:

Rajah 17 : Pembahagian kawasan ‘Aturan Sepertiga’

7.7 Fotografi digital

Pengenalan mengenai Kamera Digital


 Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej secara
elektronik; melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang dikenali
sebagai CCD (Charged Coupled Device)
 Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera
 Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang
dikehendaki, menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak
imej yang dikehendaki mengikut ukuran yang diperlukan
 Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau boleh
tunjukkan gambar kepada rakan melalui organizer tangan
 Cepat dan fleksibel (versatile)

19
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

 Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih besar
piksel lebih besar gambar boleh dicetak
 Setiap gambar disimpan sebesar setem
 Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin mengikut
keupayaan CCD dan kad penyimpan memori.

Penyimpan Memori/ Imej


 Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital
menggunakan filem
 Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan
 imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu:
 Kad memori yang boleh di tukar ganti
o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad
memori dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan
‘adapter’, atau kabel untuk memindahkan maklumat (imej) dari
kamera ke komputer. Kad memori boleh didapati dalam bentuk:
i. Kad ‘SmartMedia’- kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32MB,
64MB,128 MB
ii. Kad ’CompactFlash’ - kapasiti memori lebih tinggi, dari175
MB – 1040 MB; harganya lebih mahal
iii. Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`

 Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut


untuk menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer;
jumlah imej yang disimpan adalah terhad

Jenis –jenis kad memori :


CompactFlash, PCMCIA,
dan SmartMedia 20
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

Resolusi Imej Kamera Digital


 Diukur dalam unit piksel
 Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak
 Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan
 Kamera Digital Resolusi Rendah
o 320 x240 piksel
 Kamera Digital Resolusi Sederhana
o dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga
800 x 600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel
(XGA- Extended GA camera)
 Kamera Digital Resolusi Tinggi
o dikategorikan sebagai megapiksel
o mencapai tahap jutaan piksel
o sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana
berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.

 Kamera Digital. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut:

Mega piksel Ukuran cetakan imej

Sub-m.p Pada paparan komputer ,web site, e-mail


(VGA)

1 m.p 3 in X 5 in
2 m.p 5 in X 7 in

3 m.p 8in X 10 in

6 m.p 13 in X 19 in

RUMUSAN

Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat
mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat
dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak

21
EDU3105 T7-ASAS FOTOGRAFI

penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas.
Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik
fotografi.

BIBLIOGRAFI

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan
sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.
Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi


pendidikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer


(MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.symbianku.my/fotografi-n8-808-pureview-teknik-komposisi-aturan-
sepertiga/

22

You might also like