You are on page 1of 8

SEJARAH AWAL BSMM

1
2
3
SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan
sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf
kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun


1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan
Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan
ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung
Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan
antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

4
LAGU BULAN SABIT MERAH - PBSM

Bulan Sabit Merah di Malaysia


Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu Aman atau Bahaya

Di mana jua adanya sengsara


Di sana ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu semua yang menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

5
IKRAR - PBSM

BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN

6
LAMBANG BSMM
Lambang Bulan Sabit Merah berasal dari lambang palang merah. Negara-
negara Islam tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan
uagam Kristian.

Mulanya Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan


penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari
diserang ketika peperangan.

Jadi Dr Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih selalunya
bermaksud perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry
Duffor mrencadangkan palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan
lambang ini sama dengan bendera Switzerland.

Tahun 1906, Konvensyen Geneva temlah menambah makna iaitu ‘tanda


perhormatan kepada negara Switzerland’.

Apabila perang Rusia-Turki tercetus, negara Turki enggan mengiktiraf


lammbang palang merah . Sebaliknya menggunakan bulan sabit merah dan
kebetulan bulan sabit merah sama dengan bendera Turki. Ramai negara Islam
mengikut langkah Turki.

Mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tidak setuju tindakan Turki


ini dan mendakwa lambang palang merah tidak ada kaitan dengan agama
Kristian.

Akhirnya 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lamabng


Bulan Sabit Merah.

7
LOGO BSMM

BENDERA BSMM

You might also like