You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK SIFIR 2018

TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

ANJURAN
PANITIA MATEMATIK SKKKB
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang


penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi
penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir
amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran
Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan bermula 23 April 2018 di mana murid-
murid yang terlibat akan diberi satu kad Bijak Sifir bertali yang
memerlukan mereka untuk memakainya. Murid-murid dikehendaki
membaca dan menghafal sifir tersebut dan mendapatkan tandatangan
guru untuk mengesahkannya di carta sifir kelas masing-masing.. Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu membaca sifir
tanpa melihat buku sifir di hadapan guru dan rakan mereka. Sasaran sifir
yang ditetapkan ialah sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir
9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. . Murid-murid yang berjaya mendapatkan
semua tandatangan dalam tempoh yang terpantas akan diberi
cenderamata.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid


khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran
mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan
motivasi murid terhadap subjek Matematik.
3.0 OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.


2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam
kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan
berbudi pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM BIJAK SIFIR

5.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

6.0 ANJURAN

Panitia Matematik SKKKB

7.0 TARIKH

Bermula 23 APRIL 2018

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau (Baru)


9.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 2, 3, 4 , 5 dan 6

10.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA

PENAUNG : En. Mohd Jamil b Hj Jahaya


Guru Besar

PENGERUSI : En. Mohd Suhaimi b Abd hamid


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI : En. Shamsury b Md Isa


Ketua Panitia Matematik

SETIAUSAHA : Pn Noor Rizan bt Kamarudin

PENYEDIAAN KAD SIFIR : Pn Sazana bt Ismail

PAMPLET & DOKUMENTASI : En Yusrizal b Muhammad Yusop

CENDERAMATA : En Mohd Azli b Shaari


12.0 KOS PROGRAM

Bil Perkara Kos

1 Alat Tulis RM100.00

2 Hadiah RM 50.00

Jumlah RM150.00

13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan


semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang
dicitakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak
yang terlibat dalam menjayakannya.

Disediakan oleh,

-----------------------------
(NOOR RIZAN BT KAMARUDIN)
Setiausaha
Program Bijak Sifir
Disemak oleh,

------------------------------------
(EN. SHAMSURY B MD ISA )
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,

Disahkan oleh,

------------------------------------------
(EN. MOHD JAMIL B HJ JAHAYA)
Guru Besar,

You might also like