You are on page 1of 4

LAPORAN

TARIKH : 30 JULAI 2018

Pada 30 Julai 2018, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat


dilaksanakan. Setelah saya sampai di Sekolah Jenis Kebangsaan
Ladang Shanghai Seremban. Saya telah mencatatkan kehadiran saya di
pejabat pada awal pagi. Pada perhimpunan, guru besar telah meminta
kami untuk memperkenalkan diri kami seorang demi seorang.
Seterusnya, saya bersama teman-teman praktikum berjumpa dengan
Guru Penolong Kanan Akademik Puan R. Parameswari di bilik beliau.
Beliau telah memberi penerangan tentang peraturan di sekolah yang
harus kami patuhi dan juga harapan beliau terhadap kami sepanjang 3
bulan kami berkhidmat di sekolah ini. Beliau juga telah memberi
maklumat sekolah yang kami perlukan.

Selepas itu, kami seramai 6 orang guru pelatih telah mengunjungi


seluruh sekolah. Guru Penolong Kanan 1 telah memberi kelas ganti
kepada kami. Beliau telah menerangkan tentang waktu kelas yang akan
diperuntukkan, peraturan keluar masuk sekolah dan hal – hal lain.
Selepas itu, saya telah membuat persiapan bagi menyiapkan fail RPH
dan portfolio. Pada pukul 1.45 petang, saya telah mencatat masa keluar
untuk balik ke rumah.
LAPORAN

TARIKH: 31 JULAI 2018

Pada 31 Julai 2018, pengajaran dan pembelajaran belum lagi


boleh dilaksanakan kerana kami hari ini baru dapat jadual waktu kelas.
Setelah mencatat kehadiran, saya telah pergi meneliti program bacaan
pagi yang dilaksanakan oleh guru bertugas. Selepas itu, saya telah
menyambungkan kerja saya bagi menyiapakan portfolio dan fail RPH.
Selepas itu, saya telah berjumpa dengan guru kelas tahun 3 dan tahun 5
bagi mendapatkan penjelasan tentang cara pengurusan kelas tersebut,
membuat rancangan semester dan rutin pengajaran dan pembelajaran
di kelas tersebut. Ini kerana saya mengajar kelas Matematik untuk tahun
3 dan mengajar kelas Bahasa Tamil untuk tahun 5.

Seterusnya, saya telah masuk kelas guru pembimbing semasa


beliau mengajar murid dalam kelas tersebut. Saya telah mendapat
beberapa tips untuk mengawal kelas tersebut. Kemudian, saya juga
telah memasuki kelas tahun 2 bagi mengganti guru BM. Saya telah
meminta murid – murid untuk memperkenalkan diri mereka. Perkara ini
dapat membantu saya untuk mengenali mereka secara santai dan dapat
mengetahui tentang situasi keluarga mereka. Pada 2 petang saya telah
mencatat masa keluar untuk balik ke rumah.
LAPORAN

TARIKH: 01 OGOS 2018

Pada 01 OGOS 2018, setelah mencatat kehadiran, saya telah


pergi meneliti program bacaan pagi yang dilaksanakan oleh guru
bertugas. Selepas itu, saya telah menyambungkan kerja saya bagi
menyiapakan portfolio dan fail RPH. Saya telah mendapat kelas ganti
tahun 1. Saya dapat bergaul dengan mereka dan meluangkan masa
dengan mereka. Saya juga telah mengajar teknik menghafal sifir 2 dan
bermain beberapa permainan bahasa.

Selepas itu, saya telah membuat RPH Matematik bagi kelas


keesokkan harinya. Selepas 1:30 petang, aktiviti kokurikulum telah
bermula. Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Shuba telah
mengagihkan tugas badan beruniform, persatuan dan permainan
kepada kami. Dalam sekolah ini, setiap hari Rabu ketiga-tiga aktiviti
kokurikulum akan dilaksanakan. Semasa badan beruniform, murid-
murid yang sertai dalam Pandu Puteri Tunas telah membuat satu kolaj
logo Tunas Puteri. Ini telah membuka peluang kepada murid untuk
menunjukkan bakat mereka. Terdapat ramai murid telah menghasilkan
kolaj yang sangat cantik dan sempurna. Selepas itu, persatuan tidak
diadakan kerana tidak cukup masa. Selepas badan beruniform, lebih
kurang pada pukul 3:30 petang, semua murid dikumpulkan di satu
tempat dan diagihkan ke permainan masing-masing. . Pada 4:30 petang
saya telah mencatat masa keluar untuk balik ke rumah.

You might also like