You are on page 1of 2

Kertas Kerja

Program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017


SJK (C) PEI CHUN 1 PONTIAN, JOHOR
1.0 Pendahuluan
Kelab Kitar Semula berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran
bahawa kapasiti tapak pelupusan sampak kita yang semakin terhad. Masalah ini boleh diatasi
dengan mengamalkan konsep 3R iaitu REDUCE (kurangkan), REUSE (guna semula), dan
RECYCLE ( kitar semula). Bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas, logam, botol dan kotak
minuman memndangkan bahan- bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah dan
persekitaran sekeliling.. Kertas kerja ini disediakan untuk tujuan perbincangan dan
pertimbangan jawatankuasa bagi membolehkan program kitar semula yang dicadangkan akan
diadakan di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

2.0 Objektif
2.1 Melatih murid- murid untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.
2.2 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri setiap murid.
2.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

3.0 Matlamat
3.1 Melahirkan generasi yang berkualiti dan mempunyai kriteria positif sebagai pemangkin
untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan.
3.2 Murid dapat menimba ilmu pengetahuan di samping menambahkan pengalaman baru
dan menikmati keindahan semulajadi di negara kita.
AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Cik Lim Hui Kian (Guru Besar)

Penasihat : Encik Ang Hui Koon (GK. Kurikulum)

Setiausaha : Cik Pui Pien Chien (Penasihat Guru Kelab Kitar Semula)

Bendahari : Puan Goh Siu Hua

AJK : Semua Guru

AJK PELAKSANA

AJK NAMA TUGAS


Peralatan/ Aktiviti Encik Fadzli bin Ahmad - Menyediakan peralatan yang
diperlukan seperti tong kitar
semula
Dokumentasi Puan Tan Shirley - Menyediakan gambar dan
dokumentasi sepanjang
perjalanan program.

You might also like