You are on page 1of 2

LAPORAN SESI LADAP LINUS SK AYER PA’ABAS

Tarikh: 6 Ogos 2018

Hari: Isnin

Masa: 1.35 petang

Kehadiran: En Affendi, En Mohd Azlan, Pn Hjh Shamsiah, Pn Normala, Pn Nurul Akmal,

Pn Suriati, Uztaz Abzul Nizam (GPK KOKU)

Puan Suriati telah memberi sedikit penerangan berkaitan dapatan daripada kursus
LINUS yang telah dihadiri pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2018 yang lepas di PKG Melekek.
LADAP dimulakan dengan berkongsi mengenai borang headcount yang perlu disediakan oleh
guru sekiranya terdapat murid yang ‘tidak menguasai’ selepas saringan LINUS dijalankan.

Bagi Panitia Bahasa Inggeris, guru-guru telah dimaklumkan mengenai borang ini lebih
awal lagi semasa bimbingan Encik Munzir (fasi LINUS BI) kesekolah beberapa bulan yang
lepas. Guru-guru mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Pemulihan diminta
menyediakan borang headcount ini bagi memudahkan proses mengenal pasti murid yang
masih tidak menguasai dan konstruk yang harus diberikan penekanan berserta intervensi yang
akan dilaksanakan. Borang headcount ini juga perlu ditampal di muka surat belakang buku
rancangan mengajar masing-masing.

Guru-guru juga diterangkan mengenai teknik differentiated learning dan leveling down.
Guru-guru disarankan agar menggunakan kedua-dua teknik ini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran masing-masing. Aspek penulisan objektif pembelajaran dan impak juga disentuh
semasa sesi perkongsian bagi memberi gambaran yang jelas kepada guru-guru mengenai cara
penulisannya yang lebih tepat. Sesi perkongsian tamat pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_______________ ________________

(Puan Suriati binti Johari) (Puan Hajah Hendon bt Said)


Guru Bahasa Inggeris Guru Besar SK Ayer Pa’abas

You might also like