You are on page 1of 21

E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

KOD KURSUS EEM 433

TAJUK KURSUS PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SURAYA BINTI ABIT

NO. MATRIK E 30209120886

NAMA FASILITATOR
MS HII SOON BEE
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN KAMPUS BINTULU

1
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Bil Isi Kandungan Halaman

1 Bahagian A : Penggunaan Projek Untuk Pentaksiran 3 - 11


Pendidikan

2 12 - 16
Bahagian B : Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

3 Bahagian C : Dilema Moral 16 -20

Rujukan 21

Bahagian A : Esei

Tajuk Esei : Penggunaan Projek Untuk Pentaksiran Pendidikan

2
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

1.1 Pendahuluan

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian
dalam bentuk projek sebagai satu cara murid memperoleh ilmu.

Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang
akan memjuruskan kepada matlamat yang spesifik.

Antara Projek Pendidikan Moral yang boleh dijalankan ialah:


 bergotong royong membersihkan kawasan

 mengindahkan atau mencantikkan kawasan

 membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan

 menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat

 membaikpulih perabot sekolah

 membersihkan taman rekreasi

 mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan

 membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim

 membantu ibu bapa

 melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

2.1 Lawatan Ke Rumah Warga Emas

3
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Untuk tugasan Pentaksiran kali ini saya telah memilih Projek Lawatan Ke Rumah Warga Emas.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada anak murid
tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan sekaligus memupuk rasa kasih
sayang dan hormat kepada warga tua. Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang
menetap di rumah warga emas ini diharap akan membuka minda tentang bagaimana pentingnya
ibu-bapa dalam kehidupan setiap individu.

Anak-anak murid yang mengikuti lawatan ini akan berpeluang beramah mesra dengan warga
tua. Sehubungan ini, hubungan silaturahim yang terjalin antara anak murid dan warga tua
dapat membina ikatan yang erat dan mengurangkan sedikit perasaaan terpinggir dalam diri
warga-warga tua. Projek lawatan ini diharapkan dapat memberikan impak yang besar terhadap
anak murid supaya timbul kesedaran untuk menyayangi insan-insan lain, menghargai peluang
muda yang hanya datang sekali dan belajar menghargai ibu bapa masing-masing. Selain itu,
kehadiran murid sekolah kami disana dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat
sekeliling tentang pentingnya dalam memberi keprihatinan kepada warga tua dengan melawat
mereka.

Nilai Yang Boleh Diterapkan Dalam Lawatan Ke Rumah Warga Emas


Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul, penyayang dan prihatin
kepada masyarakat disekelilingnya.

Aktiviti—aktiviti yang telah ditetapkan semasa Lawatan ke Rumah Warga Emas ialah :
 Beramah mesra dengan warga tua.
 Membersihkan tempat tinggal warga tua.
 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan hati
mereka.
 Makan bersama dan memberikan sedikit sumbangan kepada warga tua.

2.2 Hasil pembelajaran

4
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

2.2.1 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepadagolongan
kurang bernasib baik dan terpinggir serta mengeratkan sillaturahimantara
masyarakat tanpa mengira perbezaan umur

2.2.2 Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa.

2.2.3 Memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat tanpa
mengira pangkat dan darjat.

2.2.4 Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain.

2.2.5 Murid-murid dapat mengaplikasi cara bersosial dengan masyarakat yang mana
telah mereka pelajari di sekolah di samping meningkatkan kemahiran bersosial
dalam diri murid.

2.2.6 Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat-sifat warga tua agar dapat
mendidik diri murid menjadi insan yang sayang akan warga tua .

2.3 Langkah-langkah murid melaksanakan projek berkenaan .

5
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

2.3.1 Sebelum pelaksanaan projek


Murid-murid hendaklah memndapatkan panduan daripada guru terlebih dahulu.
Mengenalpasti masalah yang mungkin akan dihadapi semasa pelaksanaan projek
dan tajuk.
Guru dan murid membuat tinjauan atau post-mortem projek yang pernah
dijalankan untuk tujuan rujukan.
Membentuk pasukan dan guru membuat pembahagian tugas .

2.3.2 Semasa pelaksanaan projek


 Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan
 Kenalpasti skop dan urutan
 Sediakan jadual pelaksanaan projek
 Tentukan punca maklumat
 Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data
 Penambahbaikan dan penilaian berterusan.
 Sediakan laporan projek
 Bentangkan dapatan atau hasil

2.3.3 Selepas pelaksanaan projek


 Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses dan
projek yang dihasilkan mempunyai kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan.
 Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan
mengatasi.
 Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran.
 Rekod pemarkahan / skor dan analisis markah
 Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

6
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

2.4 Prosedur menilai murid yang menjalankan projek

Senarai semak yang boleh digunakan untuk menilai proses bagi projek pendidikan moral.

2.4.1 Komunikasi

Ya Tidak
Harga diri  Berkeyakinan diri
 Menjkaga maruah diri
Hemah Tinggi  Bercakap sopan
 Berbudi pekerti
Toleransi  Bertolak ansur
 Bersabar
 Berupaya mengawal diri
Kesederhanaan  Bebas berucap
 Bebas mengeluarkan fikiran
Sikap Keterbukaan  Memberi dan menerima pandangan
 Memberi dan menerima kritikan

Hidup Bersama  Mengamalkan keharmonian dalam


Secara Aman kehidupan

Saling Membantu &  Berusaha bersama


Bejerjasama

2.4.2 Membuat keputusan

Ya Tidak
Bertanggung jawab  Sanggup memikul tugas
 Sanggup melaksanakan tugas

7
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Toleransi  Bertolak ansur


 Bersabar
 Berupaya mengawal diri

Mematuhi Peraturan  Menerima peraturan


dan Undang-Udang  Mematuhi peraturan

Sikap Keterbukaan  Memberi pandangan / pembaharuan /


kritikan
 Menerima pandangan / pembaharuan
/ kritikan

Hidup Bersama  Mengamalkan keharmonian dalam


Secara Aman kehidupan

2.4.3 Menyelesaikan Masalah

Ya Tidak
Toleransi  Bertolak ansur
 Bersabar
 Berupaya mengawal diri

8
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Kebebasan bersuara  Bebas mengeluarkan fikiran

Sikap keterbukaan  Memberi pandangan /


pembaharuan / kritikan
 Menerima pandangan /
pembaharuan / kritikan

Hidup bersama secara aman  Mengamalkan keharmonian


dalam kehidupan

Saling membantu dan  Berusaha bersama


bekerjasama

2.4. 4 Kriteria Pemarkahan Umum Untuk Projek

100 - 90% Cemerlang dan kerja yang unggul, mencapai standard profesional.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja
menunjukkan
daya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja menunjukkan
bakat dan keaslian yang tinggi.
89 - 80% Cemerlang dan kerja yang telah dekembangkan dengan baik,

9
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

mencapai standard profesional. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang


sangat baik. Kerja menunjukkan daya kerativiti dan imaginasi yang
tinggi. Kerja menunjukkan bakat dan keaslian.
79 - 70% Kerja yang sangat baik dan hampir mencapai standard profesional.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja
menunjukkan daya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja
menunjukkan keaslian.
69 - 60% Standard kerja yang baik. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang baik.
Kerja menunjukkan daya kreativiti dan imaginasi yang baik. Kerja
menunjukkan terdapatnya keaslian.
59-50% Standard kerja yang boleh diterima. Kemahiran teknikal dan ekspresif
memadai. Kerja menunjukkan kecekapan dalam kriteria yang ditaksir,
tetapi mungkin mempunyai kekurangan daripada segi kerativiti dan
keaslian.
49-40% Standard kerja yang agak terbatas. Kemahiran teknikal dan ekspresif
yang
terhad. Kerja menunjukkan beberapa kelemahan dalam criteria yang
ditaksir dan kelemahan dalam kreativiti atau keaslian.
39-30% Kerja yang terbatas, yang gagal memenuhi standard yang dikehendaki.
Kemahiran teknikal dan ekspresif yang lemah. Kerja menunjukkan
kelemahan yang ketara dalam criteria yang ditaksir.
29-20% Kerja yang lemah. Kemahiran teknikal atau ekspresif yang lemah.
Kerja
Menunjukkan kelemahan yang asas dan ketara dalam kriteria yang
ditaksir.
19 - 10% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan kurang usaha.
Terdapat kurang kemahiran teknikal atau ekspresif. Kerja
menunjukkan
banyak kelemahan dalam kriteria yang ditaksir.
9 - 10% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan tiada usaha
yang serius telah dibuat.

Rumusan

10
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Penggunaan kaedah projek ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan topik dunia
sebenar agar dapat menarik perhatian murid mengenai topik yang ingin diajar. Melalui
pendekatan ini , murid-murid dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan nilai-nilai
murni kehidupan sebenar mereka..

Bahagian B : Esei

Tajuk : Pentaksiran Dalam Pendidikan Moral

Pendahuluan :

Pentaksiran dan penilaian membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik mereka.
Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam menggalakkan perkembangan
mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang diperolehi guru boleh merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid sama ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang digunakan atau
perlu memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran yang mampu

11
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain, guru perlu memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika keputusan dapatan tidak memberansangkan
atau menganalisis semua inventori yang digunakan sama ada terlalu sukar atau terlalu mudah
untuk tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti tindak
susul yang berkesan.

Cara untuk menilai seorang pelajar adalah berdasarkan Band seseorang pelajar. Band merupakan
tahap penguasaan murid. Antara Band 1 hingga Band 6, Band 6 merupakan merupakan band
yang paling tertinggi manakala Band 1 adalah Band yang paling terendah. Pernyataan standard
adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Pelajar perlu
menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap
deskriptor membuktikan bahawa setiap pelajar telah menguasai semua standard kandungan
pembelajaran band berkenaan. Pelajar boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia
belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan
Sukatan Pelajaran. Deskriptor pula merupakan pernyataan mengenai tingkah laku terperinci yang
boleh diperhati dan diukur dalam menilai prestasi atau tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran. DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Dokumen kurikulum digunakan oleh guru untuk mengajar. DSP dicipta untuk
menjadi panduan guru bagi menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan
Pentaksiran Rujukan Standard.

Evidens terbahagi kepada dua bahagian iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid
merupakan pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang
diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Evidend bahan merupakan bahan atau
apa-apa bentuk bukti yang ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses.

Bahan evidens akan disimpan dalam dua fail yang berbeza iaitu Fail Perkembangan Murid
[FPM] dan fail Showcase [FS]. FPM adalah fail yanmg dikhaskan untuk menyimpan evidens
perkembangan pembelajaran murid. Seorang murid akan mempunyai satu FPM yang
mengandungi evidens semua matapelajaran dan setiap evidens hendaklah direkodkan dalam
Rekod Perkembangan Murid [RPM]. RPM pula hendaklah diletakkan dihadapan evidens setiap
matapelajaran. FS pula merupakan fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua

12
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

deskriptor untuk semua matapelajaran dalam sebuah kelas atau semua kelas dalam seluruh kelas
yang sama. FS juga hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

Laporan dan Analisi data Farahana bt. Rosman.

Latar belakang murid.

Penilaian telah dilakukan ke atas Farahana Bt. Rosman berumur 7 tahun. Farahana
merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak nakal. Sukar
untuk mendengar suaranya. Walaupun pendiam, Farahana pandai bertgaul dengan rakan
sebayanya. Sikapnya agak lasak jika sedang bermain.

Nilai perkembangan diri

Berikut merupakan skor nilai perkembangan diri yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.

13
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Pengiraan marah :

(26+10+12+16+ 6+1+2+0)
×100=MARKAH KESELURUHAN
JUMLAH MARKAH

(71)
×100=79
90

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Farahana telah menguasai
Band 3 iaitu Baik / Kepujian. Standard prestasi Band 3 ialah:

 Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

 Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan

 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

 Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

 Hemah Tinggi

Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas

 Keserderhanaan

Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

 Baik Hati

14
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan
dan sokongan moral secara tulus ikhlas

 Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu

jasa, sumbangan atau pemberian.

Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai
kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan
perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan
pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang
berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi
panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran dan
penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan
perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh.

Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan
dalam membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat membuat
pertimbangan tentang tiga perkara iaitu

 mengesan keberkesanan pengajaran guru,


 mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid
 merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan
pertumbuhan murid.

Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap perkembagan murid yang hampir.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas
dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan. Dari
sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

15
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid
dalam kelas secara efektif.

Bahagian C :

Tajuk Tugasan : Dilema Moral

Pendahuluan

Dilema moral adalah satu keadaan apabila seseorang individu atau sekumpulan masyarakat
menghadapi satu situasi berkonflik di mana terdapat beberapa pilihan dalam membuat sesuatu
keputusan moral. Lazimnya, satu dilema moral mengandungi satu isu dan beberapa watak,
tertentu di mana seseorang itu terpaksa membuat sesuatu keputusan. Dilema moral boleh
dibahagi kepada dua yang utama iaitu

 dilema jenis hipotetikal iaitu situasi berkonflik yang dicipta / direka dan
 dilema jenis real-life situasi moral yang benar-benar berlaku dalam kehidupan individu.

16
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Dilema sebenar (real-life) merupakan konflik hidup yang benar-benar dihadapi oleh responden.
Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Gilligan (1982), didapati penggunaan dilema
real-life adalah lebih realistik dalam memahami perspektif moral para responden. Keputusan
yang dibuat oleh seseorang adalah keputusan dirinya dan bukan keputusan pihak ketiga. Juga,
dilema moral adalah dalam lingkungan pengalaman pelajar dan boleh digunakan sebagai
pengukur tepat perspektif moral mereka.

Gilligan (1982) jua menyarankan bahawa isu moral dalam kehidupan sebenar agak kabur dan
kompleks dengan berlainan andaian dan anggapan. Jadi, apabila seseorang menghadapi dilema
moral dalam kehidupan seharian, dia mengintepratsi masalah-masalah tersebut mengikut
orientasi moral yang ada dalam sanubari masing-masing. Setiap individu berbeza daripada
seorang ke seorang dalam cara mereka mengintepretasi masalah-masalah moral.
Guru perlu menggubal dilema moral yang seakan-akan sama dengan keadaan dalam dunia
sebenar. Pelajar perlu merasai apa yang dibincangkan itu mengungkitkan rasa hatinya,
mengaktifkan pemikirannya dan berfikir secara kritis sebelum membuat seuatu keputusan yang
bermoral.

Saya telah memilih dua contoh dilema moral yang boleh digunakan oleh guru sebagai alat
pentaksiran:

Contoh 1 :
Dilema Azman
Azman berasal dari keluarga yang ibu bapanya sangat tegas dan terlalu menitikberatkan status
dan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anaknya. Azman tidak dibenarkan keluar rumah untuk
bergaul bersama rakan-rakannya. Setiap hari, Azman akan dileteri oleh ibu bapanya atas semua
kesalahan kecil yang dilakukan. Akibatnya, Azman selalu menipu dan memberi pelbagai alasan
agak tidak dimarahi ibu bapanya.

17
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Pada suatu hari, tanpa pengetahuan ibu bapanya, Azman keluar bersiar-siar ke pusat membeli-
belah yang terkenal di bandar Kuching bersama kawan-kawannya. Kawan bapa Azman
terserempak dengan Azman dan terus menegurnya. Oleh kerana takut akan diketahui dan
dimarahi oleh ayah dan ibunya, Azman terus memberitahu ayahnya yang dia menemani rakan-
rakannya ke pusat membeli-belah untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan.

A. Soalan pemahaman
i. Siapakah watak utama dalam situasi di atas?
ii. Apa yang suka dilakukan oleh Azman? Mengapa?

B. Soalan berpandukan nilai, pilihan tingkahlaku dan orientasi


i. Patutkah Azman menipu ibu bapanya? Mengapa?
ii. Jika kawan bapa Azman telah memberitahu bapa Azman bahawa dia berjumpa Azman
di Kompleks Membeli-Belah , haruskah Azman terus bercakap bohong?
iii. Adakah satu kesalahan besar jika kita menipu untuk menyelamatkan diri daripada
hukuman?
iv. Pernahkah anda sendiri menipu pada ibu bapa? Mengapa anda berbuat demikian?

Contoh 2 :

Dilema Olivia

Olivia seorang pelajar Tingkatan Empat Sastera. Keputusan PT3 yang kurang memuaskan
menempatkan Olivia ke kelas tersebut. ibu bapa Olivia merayu pada pihak sekolah dan Jabatan
Pendidikan Daerah agar Olivia ditukar ke kelas Aliran Sains . Rayuan mereka diterima dan kini
Olivia berada dalam kelas Sains. Olivia mempunyai dua orang kakak lulusan universiti dan kini
sedang bekerja dengan pendapatan yang sangat lumayan dan kedudukan yang tinggi . Olivia
sering diejek dan dihina oleh ibu dan kakak-kakaknya kerana dia tidak sebijak mereka. Olivia

18
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

telah mencuba sedaya upaya tetapi keputusan akademiknya semakin merosot. Olivia selalu
mendapat markah kurang dari 40% bagi kertas peperiksaannya.

Olivia rasa sangat tertekan dan tidak tahan mendengar ejekan dan cemuhan ibu dan kakak-
kakaknya, Dia sering mengurung diri dalam biliknya. Dia juga sering mencederakan anggota
badannya dengan benda yang tajam.

A. Soalan pemahaman
i. Siapakah watak utama dalam situasi di atas?
ii. Apakah kesan perbuatan watak-watak sampingan ke atas watak utama?

B. Soalan berpandukan nilai, pilihan tingkahlaku dan orientasi


i. Siapakah yang lebih berhak menentukan jurusan Olivia di sekolah? Mengapa?
ii. Patutkah ibu dan kakak-kakak Olivia mengejeknya apabila keputusannya merosot?
Apakah alasan anda?
iii. Adakah Olivia berhak mencederakan dirinya apabila terlalu sedih? Mengapa?

Rumusan

Menurut Vishalache Balakrishnan, 2012 Dilema-dilema moral ini diberikan kepada pelajar dan
dibincangkan. Setiap dilema diakhiri dengan soalan terbuka. Tidak ada satu jawapan yang ‘betul’
kerana matlamat perbincangan bukan untuk mencapai kata sepakat tetapi terlibat dengan
pertimbangan moral (moral judgement) dan membuat keputusan berdasarkan alasan yang sesuai yang
akan digunakan juga dalam situasi sebenar Perbincangan adalah bebas dan pelajar dibenarkan
menyatakan pendapat masing-masing berasaskan nilai yang mereka rasa penting dalam isu yang
dikemukakan. Guru menjadi fasilitator dan jika perlu mencungkil pendapat dan pandangan

19
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

pelajar. Fokus adalah terhadap pertimbangan moral serta alasan-alasan yang diberi untuk
menyokong pendapat yang diberi dan keputusan yang dibuat. Tumpuan ialah kepada bagaimana
pelajar menyelesaikan konflik moral yang dikemukakan serta nilai yang dipegang.

Rujukan :

Gilligan, Carol. In a Different Voice: Psychological Theory and Women's Development.


Cambridge: Harvard University Press, 1982.
Huxley, Ronald. Love and Limits: Achieving a Balance in Parenting. San Diego: Singular
Publishing Group, Inc., 1998.
Kohlberg, Lawrence. Essays on Moral Development, I: The Philosophy of Moral Development:
Moral Stages and the Idea of Justice. San Francisco: Harper & Row, 1981.
Vishalache Balakrishnan. 2012. Dilema kehidupan sebenar dalam Pendidikan Moral. Kuala

20
E433 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.


Berkowitz, M. W., & Gibbs, J. C. (1983). Measuring the developmental features of moral
discussion. Merrill-Palmer Quarterly, 29, 399-410.
Chang, L. H., Norani Mohd Salleh, Wan Hasmah Wan Mamat, & Vishalache Balakrishnan
(Eds.). (2008). Asia Pacific moral, civic and citizenship education: New vision and new
realities. Kuala Lumpur: University of Malaya.
Colby, A. & Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue
Scoring Manual, Cambridge University Press.
Gibbs, J., S. Schnell, M. Berkowitz, and D. Goldstein. (1983). Relations Between Formal
Operations and Logical Conflict Resolutions." Paper presented at the biennial meeting of
the Society for Research in Child Development, Detroit.
Kohlberg, L. (1963). The development of children's orientations toward a moral order. Sequence
in the development of moral thought
Schafersman, S. (1991) Teaching morals and values in the public schools: a humanist
perspective. Retrieved November 17, 2005
Shoda, Y., Mischel, W., & Peake, P. (1990). Predicting adolescent cognitive and self-regulatory
competencies from preschool delay gratification: Identifying diagnostic conditions.
Developmental Psychology. 26, 978-986.
Kohlberg, Lawrence (1958). The Development of Modes of Thinking and Choices in Years 10 to

16. Ph. D. Dissertation, University of Chicago.

21

You might also like