You are on page 1of 28

EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

KOD KURSUS EEM 432

TAJUK KURSUS ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SURAYA BINTI ABIT

NO. MATRIK E 30209120886

NAMA FASILITATOR
MS HAMIDAH BT MAHMUD
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN BINTULU

Page 1
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Bil Isi Kandungan Halaman

1 Ulasan Kajian
Tajuk Artikel Kajian : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja 3 - 12
Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai
Lereh Melaka oleh Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan,
Universiti Teknologti Malaysia

2 12 – 27
Tajuk Tugasan :- Isu Moral di Sekolah Rendah

3 Rujukan 28

Page 2
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

BAHAGIAN A : PENGANALISISAN ARTIKEL

( Oleh Zainudin Sharif & Nor Azimah Mohamad Roslan )

a) Apakah Tujuan Kajian Ini?


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat
dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak di negeri Melaka.
Seramai 86 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal
selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai
demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan
kajian.

Terdapat empat persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor diri sendiri, latar
belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Darjah
kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi setiap persoalan kajian adalah 0.8536 bagi aspek faktor
diri sendiri, 0.7967 bagi aspek latar belakang keluarga, 0.7488 bagi aspek pengaruh rakan sebaya
dan 0.6835 bagi aspek permasalahan persekitaran sekolah. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 11.5) dan
dinyatakan dalam bentuk kekerapan serta peratusan.

Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam
masalah sosial berbanding dengan pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran
sekolah. Walaubagaimanapun, analisis mendapati latar keluarga bukan faktor penting responden
terlibat dalam masalah sosial. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap faktor
penglibatan remaja di dalam masalah sosial dicadangkan dan beberapa cadangan untuk kajian
lanjutan juga turut dikemukakan.

Page 3
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

b) Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan Data .

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk
mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi remaja yang ditempatkan di sekolah pemulihan akhlak yang terletak di Sekolah
Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka terlibat dalam gejala sosial dalam empat aspek iaitu faktor
latar belakang diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan
juga permasalahan persekitaran sekolah. Hasil kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara
kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan
kekerapan, angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang
menggunakan instrumen soal selidik dan ujian untuk mendapatkan maklumat kajian (Mohamad
Najib, 1999).

Skop Kajian

Skop kajian ini hanya fokus kepada faktor-faktor yang mendorong remaja di Sekolah Tunas
Bakti, Sungai Lereh, Melaka terlibat dengan masalah sosial mengikut empat faktor iaitu faktor
diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor
permasalahan persekitaran sekolah.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah remaja yang terdapat di sekolah pemulihan akhlak
iaitu Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka iaitu seramai 110 orang. Manakala jumlah
sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 86 responden.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang
merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik yang disediakan oleh
pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A,
responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi responden.

Page 4
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Skala empat mata pula digunakan pada bahagian B di mana responden dikehendaki menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.

Dapatan Kajian Bahagian A :

Mengenai demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan, bilangan adik beradik,
pendapatan bersih bulanan ibu bapa / penjaga, pekerjaan ibu bapa / penjaga, tahap pendidikan
bapa dan tahap pendidikan ibu.

Dapatan Kajian Bahagian B :

Bahagian ini mempunyai 40 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian.
Pecahan item terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Faktor latar belakang diri sendiri


Faktor latar belakang keluarga
Bentuk pengaruh rakan sebaya
Permasalahan persekitaran sekolah

c) Bagaimana ‘Teori Biososial’ menerangkan masalah sosial?

Teori Biososial merupakan teori paling lama dalam menerangkan perkembangan remaja. Masa
remaja dikaitkan dengan perubahan fizikal dan kematangan serta perubahan-perubahan bio-
kimia. Oleh itu, ramai ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini dengan mengatakan
bahawa tingkah laku sosial remaja boleh diramal dari proses-proses fizikal. Pendekatan ini
menekankan bahawa proses-proses biologi adalah penyebab atau faktor yang menggerakkan
perubahan-perubahan tingkah laku sosial di zaman remaja (Suzana, 2002).

Menurut Hall (1904), telah memperkenalkan konsep storm and stress yang melihat zaman remaja
sebagai tempoh yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakkan terhadap autoriti orang
dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial. Menurutnya lagi, perkembangan dilihat
sebagai tidak berubah dan universal dan kesannya terhadap persekitaran adalah minima.
Sesetengah tingkah laku buruk remaja seperti suka bertengkar, mencuri dan sebagainya itu tidak
dapat dielakkan kerana ia telah berakar umbi dalam diri manusia.

Page 5
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Hall berpendapat bahawa ibu bapa haruslah berlembut dan bersifat permissive kerana kanak-
kanak biasanya bersifat agresif. Mereka berkelakuan begitu sebagai satu langkah untuk
melegakan mereka dan apabila mereka dewasa, semua tingkah laku itu akan hilang begitu sahaja.

d) Dapatan Umum Kajian Ini

Apakah faktor latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah sosial?

Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam bab IV, didapati faktor utama responden terlibat
dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan ntuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak
pernah mereka lakukan. Analisis menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak tinggi
berbanding aspek-aspek lain.Penyelidik berpendapat, pada usia remaja, mereka mengalami
perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Ketika melalui proses-
proses perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah
mereka lihat atau alami.

Oleh itu, remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernah
mereka alami. Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006) mengenai salah laku sosial
remaja masa kini menunjukkan faktor ingin mencuba juga tinggi iaitu sebanyak 48%.

Kajian Asmak selari dengan Zainal dan Sharani (2006) yang menjelaskan, pada peringkat usia
remaja, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara
baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam
diri mereka. Menurut Zainal dan Sharani juga, keadaan ini membuatkan mereka terdorong untuk
mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu, perasaan ingin tahu yang wujud
dalam diri mereka akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau
buruknya perkara-perkara tersebut.

Sebilangan besar responden dalam kajian ini adalah remaja yang berumur 17 tahun. Penyelidik
berpendapat, responden ketika usia ini berfikiran lebih positif berbanding ketika awal remaja
mereka. Mereka akan berusaha mencari sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang
mereka lihat, lantas mereka akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri
mereka terjawab. Ini dibuktikan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan, keghairahan
mencari sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba perkara-perkara

Page 6
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru walaupun mereka terpaksa
mengalami kegagalan dan kesukaran.

Menurut Arieff dan Wardah lagi, situasi ini adalah suatu keadaan yang baik apabila mereka
mengarahkan sifat ini lebih positif. Akan tetapi, kajian mendapati responden lebih menggunakan
sifat ini kepada perkara yang merugikan iaitu mencuba perkara-perkara yang tidak elok untuk
mengetahui sebab musababnya. Dapatan kajian juga mendapati, responden terlibat dalam
masalah sosial adalah disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka
lakukan. Faktor ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.

Penyelidik berpendapat, ketika usia remaja, mereka akan mula merasakan apa yang mereka
lakukan adalah betul dan mereka tidak mahu dikongkong dalam setiap perkara yang mereka
lakukan supaya keinginan mereka dapat dicapai. Ketika ini, mereka akan mula melalui peringkat
perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi.

Dapatan kajian ini disokong oleh Suzana (2002) yang menyatakan pada usia remaja, mereka
mula mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada masa yang sama juga,
mereka mengalami perkembangan fizikal dan mental yang cepat.

Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan Noraini (2000) yang menyatakan remaja
memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang dapat memenuhi citarasa mereka. Selain
aspek keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan dalam setiap perkara yang
dilakukan, responden terlibat dalam masalah sosial adalah kerana mereka inginkan perhatian
dalam setiap perkara yang dilakukan. Aspek ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.

Penyelidik berpendapat, umumnya remaja mempunyai jiwa yang sensitif. Mereka sentiasa ingin
dibelai dan diberi perhatian dalam setiap perkara yang dilakukan walaupun kadangkala ibu bapa
merasakan perkara tersebut adalah sesuatu yang biasa dan remeh.

Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Shamsaadal dan
Abdullah (2006) yang menyatakan bahawa remaja akan kerap melakukan kelakuan yang boleh
menarik perhatian ibu bapa atau ahli keluarga. Hal ini kerana, menurut Shamsaadal dan
Abdullah, semasa kanak-kanak, remaja mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tetapi,

Page 7
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

apabila mereka memasuki alam remaja perhatian dan layanan yang lebih akan berkurangan dan
ini menyebabkan remaja mula rasa terpinggir atau tidak dipedulikan.

Hasil kajian juga menunjukkan responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan
perasaan dalaman diri iaitu seringkali marah dan tidak puas hati apabila kehendak mereka
dihalang. Penyelidik berpendapat, aspek ini banyak dipengaruhi oleh tekanan yang wujud dalam
diri mereka. Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Suzana (2002), tekanan
semasa akil baligh berlaku disebabkan perubahan fizikal dan fisiologi. Antara tekanan-tekanan
tersebut ialah mudah marah dan emosional.

Pendapat Suzana dilihat selari dengan Azizi dan Rosnah (2007) yang menjelaskan remaja yang
menghadapi tekanan akan melakukan tindakan yang diluar kawalan lantaran ingin meluahkan
perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.

Selain itu, responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan responden selalu berada
dalam gangguan emosi. Dapatan kajian ini disokong dengan Zainal dan Sharani (2006) yang
menyatakan remaja terdorong untuk melakukan tingkah laku anti sosial akibat daripada
kemurungan dan kebimbangan yang lebih dipengaruhi oleh faktor kekurangan psikologikal.

Arieff dan Wardah (2006) juga menyatakan perlakuan remaja digambarkan sebagai perlakuan
emosi. Perasaan kadangkala lebih berpengaruh daripada fikiran. Suka duka kehidupan akan
membentuk perlakuan remaja itu sendiri.

Kajian ini juga membuktikan bahawa penglibatan remaja dalam masalah sosial adalah
disebabkan kurangnya amalan kerohanian seperti menunaikan solat.

Penyelidik berpendapat, pelajar mempunyai asas agama yang lemah dan pemahaman betapa
pentingnya nilai-nilai kerohanian juga lemah.

Kajian Azhar dan Ab. Halim (2005) juga menunjukkan hanya sekitar 16% pelajar sahaja yang
menunaikan ibadah solat lima waktu sehari semalam. Arieff dan Wardah (2006) juga
menyatakan kemantapan agama berlaku agak lewat dalam diri remaja iaitu di antara umur

Page 8
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

23 – 24 tahun. Justeru itu ketika usia remaja, mereka tidak mengambil berat terhadap tuntutan
agama yang wajib dipenuhi.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai matlamat hidup yang
tinggi walaupun terlibat dalam masalah sosial. Penyelidik berpendapat, walaupun mereka
mempunyai matlamat hidup, mereka belum mampu berfikir dengan lebih matang bagaimana
caranya untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan. Pada usia remaja ini, kekuatan kognitif
mereka agak terbatas. Arieff dan Wardah (2006) menyatakan remaja tidak mempunyai
keupayaan yang tinggi dalam meneliti sesuatu perkara atau masalah. Pengalaman kefahaman
terhadap kehidupan mereka masih lagi terbatas dan apa yang difikirkan oleh remaja hanyalah
pada masa sekarang sahaja.

Faktor latar belakang keluarga remaja yang terlibat dalam masalah sosial.

Dapatan kajian ini gagal menunjukkan pengaruh latar belakang keluarga terhadap penglibatan
pelajar dalam masalah sosial. Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan keluarga bukanlah faktor
penting pelajar terlibat dalam masalah sosial.

Walau bagaimanapun, jika diteliti, berdasarkan kepada respon di dalam kajian ini, terdapat juga
keadaan ibu bapa yang kurang menitikberatkan aspek-aspek tertentu di dalam mendidik anak-
anak mereka. Misalnya, ibu bapa dikatakan tegas dalam memberikan hukuman kepada anak-
anak mereka. Walaupun aspek ini berada di tahap yang rendah, penyelidik berpendapat, remaja
akan bertindak negatif jika disiplin ibu bapa ketat. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat
autokratik akan menjadikan jiwa remaja memberontak.

Pendapat penyelidik ini disokong oleh Zainal dan Sharani (2004) yang menjelaskan kesan
daripada kaedah pengawalan autokratik akan menghasilkan gabungan antara pemberontakan dan
pergantungan. Kajian Bronstein (1994) juga menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong
akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif di kalangan anak-anak, manakala jenis ibu
bapa yang suka menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan
anak-anak.

Ibu bapa pelajar dalam kajian ini juga dilihat jarang berada di rumah dan sering sibuk dengan
kerja. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak bosan untuk berada di rumah. Mereka akan

Page 9
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

lebih gemar untuk bersama dengan rakan-rakan mereka bagi mengisi kekosongan.
Keberangkalian untuk mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok boleh wujud kerana
kurangnya pengawasan dari ibu bapa.

Pendapat penyelidik ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa
yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang.
Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah.

Oleh itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah.
Apabila ibu bapa jarang berada di rumah, keadaan ini akan menyebabkan kurangnya komunikasi
antara ibu bapa dengan anak-anak mereka tentang keperluan dan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka.

Walaupun dapatan kajian menunjukkan aspek ini berada ditahap yang sederhana, penyelidik
berpendapat hubungan interaksi yang lemah antara ibu bapa dan anak akan menyebabkan remaja
hilang tempat mengadu dan bergantung. Remaja akan merasakan ibu bapa tidak mengambil berat
tentang keperluan mereka terutamanya dari segi psikologikal.

Dapatan kajian di sokong oleh kajian Barnes dan Olson (1985) yang mendapati komunikasi yang
baik antara ibu bapa dan remaja akan menyebabkan hubungan keluarga semakin rapat, wujud
kasih sayang dan proses penyelesaian masalah akan berlaku dengan mudah. Jackson, et al.
(1998) juga menjelaskan komunikasi yang tidak berkesan akan mendatangkan kesan yang
negatif terhadap keluarga dan tingkah laku anak-anak.

Walaupun dapatan kajian menunjukkan ibu bapa pelajar taat dalam menunaikan perintah Allah
dan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka, mereka didapati jarang memberi
motivasi dan sokongan serta pujian terhadap perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Kata-kata peneguhan seperti pujian yang jarang diberikan kepada anak-anak akan membuatkan
remaja merasakan diri mereka tidak mempunyai kelebihan dan perkara yang mereka lakukan
tidak bermakna.

Suzana (2002) menyatakan remaja didapati mahukan sokongan dalaman seperti galakan,
penghargaan, kepercayaan dan kasih sayang. Sokongan luaran seperti peluk, makan bersama-

Page 10
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

sama, bercuti juga diperlukan oleh remaja. Kurangnya sokongan-sokongan ini boleh
mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

Ibu bapa pelajar-pelajar ini juga jarang melakukan tabiat yang kurang baik di dalam rumah,
tetapi mereka dilihat sering bertengkar walaupun tidak kerap dan ini menyebabkan suasana
rumah kurang aman. Peratusan aspek ini juga berada ditahap yang rendah, tetapi penyelidik
berpendapat, pentengkaran yang berlaku di rumah boleh mendorong remaja melibatkan diri
dalam masalah sosial dengan lebih serius jika ibu bapa sering bertengkar. Ini kerana remaja akan
bosan, tertekan dan tidak suka berada di rumah.

Dapatan kajian ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan tiada
persefahaman antara ibu bapa akan menyebabkan konflik berlaku dan mereka akan saling
bertengkar dan bergaduh. Keadaan rumah yang tidak aman seperti ini akan memberikan kesan
yang negatif kepada jiwa remaja. Mereka akan merasa tertekan dan menjauhkan diri daripada ibu
bapanya. Sehingga ada yang lari dari rumah untuk mencari kedamaian dan ketenangan.

Akhir sekali, dapatan kajian juga mendapati ibu bapa pelajar-pelajar tidak membeza-bezakan
anak-anak mereka. Mereka juga mempunyai pendapatan yang tidak terlalu rendah (sederhana)
dan keadaan ini tidak memberi kesan yang besar kepada remaja untuk terlibat dalam gejala
sosial.

e) Implikasi kajian ini kepada pengajaran Pendidikan Moral.

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan
sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang
penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan.
Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan
menjadi contoh (role model) kepada para pelajarnya.

Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan


pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral
tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana

Page 11
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objekti-objektif


seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, KBSR ,KBSM dan yang terkisi KSSR digubal berdasarkan kepada
prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara
menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-
pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembangan moral kognitif pelajar
berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral judgment). Kohlberg (1978) dalam Chang Lee
Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan
pelajar iaitu:

i. Pertimbangan tentang nilai bukan fakta


ii. Pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangant tentang manusia
iii. Pertimbangan normatif atau perskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri

Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik adalah diharapkan bahawa
matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang
bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Adalah diharapkan
juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalam genjala vandalisme di
tempat awam ataupun sekolah.

Rumusan

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat
penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria
nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah
mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan

Page 12
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat
lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan
sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek
kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan
pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian,
kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam
menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral.

Page 13
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

BAHAGIAN B

Tajuk Tugasan : Isu Moral Semasa di Sekolah Rendah

Masa dan fundemental semasa beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran
sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan
seiring dengan kemajuan di negara-negara maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia
perubahya-peruibahyan yang besar ini telah mem,beri impak positif
dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan
sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di
mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu hangat yang berkisar dan
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan,
program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif
dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan
masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Perbincangan Isu Moral

Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks
(Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa
mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana.
Dan definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu
pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan
pelakuan buli. Bagi masyarakat 24 melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik
misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan Definisi
pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli
yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif
yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara
berkumpulan.

Page 14
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Para pengkaji telah mengenal pasti tiga elemen buli terdapat di kalangan pembuli iaitu fizikal,
verbal dan antisosial (Olweus, 1993a).

Tingkah laku buli fizikal dan lisan merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah
laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Perlakuan buli
sama ada dalam bentuk fizikal atau lisan boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan
atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli.

Tingkah laku buli termasuklah tindakkan –tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul
(Olweus, 1991; Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli termasuklah
serangan fizikal seperti tumbuk, tendang dan tolak; serangan verbal seperti cemuhan, hinaan,
panggilan nama, ejekan dan ugutan dan serangan psikologi seperti pemulauan, menyebarkan
gosip dan memanipulasikan hubungan sosial (Connel dan Farrington, 1996; Espelage et al, 2000)

Smith dan Sharp (1994) melaporkan, jenis perlakuan buli yang lazimnya dilaporkan oleh pelajar-
pelajar sekolah di United Kingdom , adalah panggilan nama, diikuti dengan dipukul, diugut dan
penyebaran gossip atau fitnah. Kajian Lagerspetz, Bjorqvist dan Peltonen (1988) pula
menunjukan bahawa remaja perempuan lazimnya menggunakan kaedah buli secara tidak
langsung seperti penyebaran fitnah, penyisihan dan pemencilan untuk membuli rakan-rakan
mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Dawkins (1995), berkaitan perlakuan buli di sekolah-sekolah di
Australia mendapati bahawa jenis perlakuan buli yang lazimnya dilaporkan oleh para pelajar
adalah mencemuh dan panggilan nama.

Jenis perlakuan buli yang paling kerap dilaporkan adalah mencemuh dan panggilan nama, diikuti
oleh memukul dan menyepak, dan ancaman-ancaman lain (Stephenson dan Smith, 1989; Sharp
dan Smith, 1991; Hoover et al., 1992; Zindi, 1994). Manakala ganguan verbal merupakan bentuk
perlakuan buli yang paling biasa di kalangan pelajar lelaki dan pelajar wanita. Olweus (1991),
melihat bahawa pelajar lelaki secara umumnya lebih ganas dalam perlakuan buli berbanding
dengan pelajar wanita. Pelajar wanita dilihat lebih menggunakan gangguan-gangguan yang
berbentuk tidak langsung atau antisosial seperti penyebaran gossip, rumour dan manipulasi
persahabatan.

Page 15
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Pembuli

Terdiri daripada pelajar ‘senior’ di tahun 5 dan tahun 6.

 Bertubuh besar, tegap dan tinggi


 Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya
 Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa
 Tidak mudah digertak

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar junior mereka ataupun
pelajar baru masuk di sekolah itu atau pelajar yang mempunyai masalah dalam pergaulan.

 Bertubuh kecil
 Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran
 Pelajar baru di sekolah

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah
laku pelajar
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka
Mereka pernah menjadi mangsa buli
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa
bersalah apabila membuat kesilapan
Individu yang gagal mengendalikan emosi yang baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah
disiplin
Akibat penceraian ibu bapa
Terlalu dimanja oleh ibu bapa

Page 16
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Sekadar mahu berseronok


Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam
bahasa Inggeris
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri
Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan
cetak yang memaparkan aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media
elektronik dan media cetak sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’
kepada golongan remaja.

KESAN BULI DAN LANGKAH MENGATASI BULI

Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada
asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli
mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir
seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan
pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai
perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan
berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya
bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka
tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka
melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan
dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk
membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menyindir
dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan.
Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi.

Page 17
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat
disebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung
telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka
juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri
mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan
rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan nasib
mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya tidak melaporkan
kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka melaporkan pembuli mengancam
akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng
sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka
merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk
membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi
bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa.
Berdasarkan kajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli
telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka
adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun
telah membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah
mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya
dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform
dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli
yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan sehingga
tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.

Gejala buli tidak boleh dibiarkan berleluasa. Sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah
yang pragmatik dan sistematik untuk mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan. Antara

Page 18
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buli di sekolah adalah dengan
memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah menerapkan ajaran agama, moral dan nilai
murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka
mengamalkan sikap saling menghormati dan bertolenransi pada setiap masa. Kasih sayang dan
perhatian yang secukupnya akan membantu anak-anak mereka membesar dengan sempurna.
Anak yang berkeperibadian terpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam sebuah keluarga
yang bahagia. Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli orang lain kerana ibu
bapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di jiwa mereka sejak kecil, bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Hal ini
demikian kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada
berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar pula tidak
mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan
kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus memainkan peranan
lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar
yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang
lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat
mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya, pihak
sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Selanjutnya, tindakan disiplin dan undang-undang ke atas pembuli hendaklah dikaji dan
dimurnikan semula. Hal ini demikian kerana tindakan yang dikenakan ke atas mereka pada masa
sekarang tidak menakutkan mereka untuk meneruskan perlakuan buli. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mungkin boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah
ini. Pembuli yang ditangkap mungkin boleh dipenjarakan atau disuruh melakukan kerja-kerja
kemasyarakatan selama beberapa tempoh tertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan pembuli
yang lain. Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti hantar pembuli
ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberikan kesedaran dan
pengajaran kepada pelaku dan orang ramai. Hal ini demikian kerana terdapat kes buli yang
berakhir dengan kematian. Ini menggambarkan betapa kes buli amat serius jika dibiarkan tanpa
tindakan yang sewajarnya. Si pembuli akan terus bermaharajalela mencari mangsanya. Tindakan

Page 19
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

mengampunkan pembuli dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuai dikenakan
hukuman penjara haruslah dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstrem kerana zaman berubah
dan musim berbunga.

Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi
semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang merupakan institusi
formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita
tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk
kepentingan dirinya sendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,
masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.

PERANAN GURU DAN SEKOLAH

Isu buli ini bukanlah satu isu yang baru didengari, namun isu ini telah menular dan merekbak
bukan sahaja di negara kita, bahkan di negara lain juga. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hisammudin Tun Hussein dalam Utusan Malaysia, 9 Julai 2005 mendapati masalah buli
merupakan satu masalah yang sering berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada hari
ini.Beliau mengulas perkara ini setelah timbulnya isu buli yang berlaku di Sekolah Menengah
Agama (SMA) Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Bukan di sekolah
tersebut sahaja, malah kes buli ini turut berlaku di sekolah lain. Kes ini sudah menjadi lali kerana
kerap berlaku kepada pelajar sekolah.

Masalah tingkah laku buli di sekolah juga akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah lain
seperti gangsterisme dan ponteng sekolah. Jika dapat disimpulkan disini, seandainya isu buli ini
tidak dapat dibendung, bagaimanakah pula dengan persepsi ibu bapa yang mahu menghantar
anaknya ke sekolah walhal sekolah adalah sebuah institusi yang amat penting dalam negara dan
merupakan tunjang utama dalam mendidik anak bangsa kita. Ibu bapa juga berasa ragu akan
keselamatan anak mereka sepanjang anak mereka berada di sekolah. Malah, ibu bapa akan
berasa risau sekiranya kes tersebut berlaku di sekolah anak mereka. Sebagai guru, perkara ini
tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ianya membabitkan keselamatan para pelajar.

Page 20
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Selain itu juga, dengan penyebaran kes buli dalam laman web Youtube turut menimbulkan
persepsi yang kurang baik dan secara tidak langsung telah mencemarkan imej Pendidikan Negara
dengan bunyi-bunyi mengatakan bahawa pendidikan di Negara kita lebih menjurus kepada nilai
akhlak pelajar yang semakin rosak dan tiada usaha kerajaan untuk mencari langkah proaktif
untuk menanganinya. Malangnya penyebaran cerita yang dibuat oleh sebilangan orang yang
hanya tahu membusukkan nama negara bukan dari mana-mana pihak musuh namun daripada
rakyat kita sendiri. Kemajuan yang dikecapi itu bukannya untuk digunakan ke arah kebaikan
tetapi telah disalahgunakan.

Jika kita bandingkan pendidikan di Malaysia dengan pendidikan di luar negara, ternyata terlalu
jauh berbeza. Pendidikan di luar negara lebih maju. Mereka banyak mengkaji pendidikan mereka
dan menyesuaikan dengan perkembangan pelajar disebabkan di negara luar mereka mempunyai
banyak pengkaji untuk mengkaji struktur pengajian mereka. Sememangnya, cara pengajian
mereka juga cukup berkesan kepada para pelajar. Mereka turut membantu pelajar yang tidak
berkemampuan untuk mendalami ilmu pengetahuan dan ada satu tabung atau unit yang akan
membantu kanak-kanak ini supaya dapat menuntut ilmu dan meneruskan pelajaran. Justeru itu,
mereka tidak akan terabai atau terasing daripada orang lain dan masih dapat belajar dalam
suasana yang kondusif seperti pelajar lain seperti biasa.

Oleh itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah. Perkara ini hendaklah bermula dair
kecil lagi kerana sejak kecillah kanak-kanak harus dibentuk. Semasa kecil, guru-guru dapat
mendidik mereka ketika berada di prasekolah lagi. Prasekolah merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia meyediakan pendidikan
prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki
persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlulah menerapkan banyak nilai moral. Hal ini
kerana, tahap perkembangan mereka sedang berkembang. Ianya meliputi perkembangan moral,
kognitif, sosioemosi dan intelek.

Page 21
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, moral dapat diterapkan melalui mata
pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.
Pembelajaran yang konsisten juga tidak memadai sekiranya ianya tidak menepati citarasa pelajar
tersebut. Selain itu, guru juga boleh menyediakan visual atau video supaya kaedah pembelajaran
dapat dipelbagaikan. Hal ini kerana murid cepat bosan dan tumpuan sering terganggu. Sebagai
seorang pelajar, kaedah pembelajaran yang pelbagai adalah salah satu cara untuk menarik minat
mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Secara tidak langsung pendidikan ini dapat
diterapkan dalam diri mereka.

Sukatan pelajaran juga perlu disesuaikan mengikut tahap umur pelajar di sekolah. Pihak kerajaan
perlulah mengkaji balik dan memantau satu persatu sukatan pelajaran secara menyeluruh dari
segi prospek pelajaran. Sukatan buku yang merangkumi nilai-nilai moral hendaklah diubah atau
dibuat mengikut peredaran masa. Di samping itu, ianya perlulah menyentuh nilai akhlak pelajar
yang semakin runtuh pada kala ini. Paparan artikel ataupun jurnal tentang kes moral akan
memberi impak yang mendalam kepada pelajar. Jadi, para pelajar akan lebih mengetahui kesan
atau akibat sekiranya mereka terlibat sama dalam masalah moral. Mereka akan berfikir terlebih
dahulu sebelum membuat tindakan yang melulu.

Kurikulum di Malaysia juga perlu disemak kembali dan diberi nilai tambah supaya kurikulum
tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi
menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Hal ini kerana,
setiap individu mempunyai minat yang berlainan dan tidak semua individu dapat melakukan
semua kemahiran.Menurut teori Howard Gardner, setiap manusia mempunyai kecerdasan yang
pelbagai. Mereka harus memilih kemahiran yang sesuai dengan diri mereka. Pihak Kementerian
Pelajaran telah menubuhkan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 1905 bagi pelajar yang
lebih meminati aliran ini. Jadi, para pelajar yang cenderung ke arah bidan ini akan lebih
memberikan tumpuan dan akan berusaha dalam aliran yang diambil.

Page 22
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Guru mengajar juga haruslah mengajar dengan baik. Bukannya mengajar semata-mata untuk
menghabiskan sesuatu topik atau silibus pengajian. Guru perlu membiarkan murid menghayati
nilai moral yang dipelajari bukan sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Guru juga
perlu mengaplikasikan pendidikan moral dalam aktiviti mengajar. Dalam aktiviti mengajar, para
pelajar dapat membincangkan topik mengenai nilai moral dengan lebih mendalam. Mereka akan
berkongsi pendapat dan pandangan dalam membincangkan isu tersebut. Guru juga boleh
menyelitkan pengajaran atau iktibar daripada kes moral yang berlaku.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi pelbagai elemen penting
termasuklah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalh bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, pendidikan adalah peneraju utama dalam memastikan seseorang itu memacu
arah hidupnya. Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan akan terus memberi impak secara
langsung kepada kehidupan pelajar oleh sebab kesan daripada ledakan perkembangan masa yang
membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi,
budaya dan sebagainya.

PENGAJARAN DARIPADA KES BULI


Saban tahun media dedahkan tentang buli sekolah. Kejadian ini masih lagi berlaku sehinggalah
sekarang. Apakah tiada jalan penyelesaian untuk buli ini? Hakikatnya ramai yang tidak sedar
bahawa buli ini adalah isu yang amat berat dan ada sesetengah individu memandang remeh hal
ini. Gejala ini semakin menjadi-jadi sekarang ini. Jika pada waktu dahulu feomena ragging
adalah satu kebiasaan di sekolah terutamanya di sekolah asrama. Namun ianya telah menular ke
sekolah harian biasa malah kejadian yang berlaku lebih dahsyat sehingga mendatangkan
kecederaan dan kematian terhadap mangsa buli tersebut.

Page 23
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Seharusnya para pelajar mesti sedar impak yang akan berlaku sekiranya terlibat dalam kes buli
ini. Para pelajar kini haruslah pandai dalam memilih kawan kerana ‘kawan ketawa senang dicari,
kawan menangis sukar didapati.’ Kawan itulah yang akan mendorong kita ke arah kebaikan
ataupun keburukan. Dalam kejadian buli ini, ianya berlaku disebabkan banyak faktor. Tetapi,
para pelajar harus berfikir risiko yang terpaksa ditanggung sekiranya terlibat dalam isu ini. Ianya
melibatkan banyak aspek contohnya dari segi hukuman yang akan dikenakan. Sesebuah sekolah
akan mengenakan hukuman gantung sekolah ataupun buang sekolah. Jadi para pelajar itu akan
ketinggalan dalam pelajaran dan akademik akan merosot. Begitu juga nama pelajar terbabit akan
dimasukkan dalam rekod disiplin dan fail polis sekiranya kes itu adalah kes berat. Jadi, masa
depan pelajar tersebut akan musnah begitu sahaja angkara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Akhlak merupakan cermin dan peribadi sesesorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting
dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang berakhlak baik akan dipandang
mulia dan tinggi manakala individu yang mempunyai akhlak mazmumah akan dicemuh dan
dipandang hina oleh masyarakat. Begitu juga remaja yang terlibat dengan buli ini. Pelbagai
persepsi dan tanggapan yang dibuat oleh masyarakat tentang diri mereka setelah terlibat dengan
masalah ini. Tidak dapat dinafikan remaja ini hanya mengikut nafsu mereka tanpa memikirkan
kesan yang akan diterima. Banyak kejadian yang dilakukan oleh remaja pada hari ini
sehinggakan masalah keruntuhan akhlak meningkat setiap tahun. Sedikit sebanyak, ia akan
memberi kesan kepada individu tersebut.

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagiaan
dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat akhlak yang
baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
Disebabkan remaja tersebut melakukan masalah ini, ianya terbawa-bawa kepada masalah
kekeluargaan. Akibat daripada masalah ini wujudnya ketidakharmonian dalam sesebuah
keluarga. Keluarga akan menjadi porak peranda. Semuanya berpunca daripada masalah itu.
Begitu juga dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka terpaksa menanggung malu apabila anak-
anak melakukan gejala sosial yang bisa menconteng arang ke muka keluarga. Mahukah kita
mencemar nama baik keluarga? Keluargalah yang selama ini telah menjaga kita dengan baik dan

Page 24
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

bersama dengan kita sejak dari kecil lagi. Maka janganlah kita terlibat dalam masalah seperti ini
yang akhirnya menjatuhkan diri kita juga. Selesaikanlah perkara dengan sebaik-baiknya dan
janganlah bertindak mengikut perasaan. Sekiranya perkara tersebut sudah berlaku, tiada apa yang
boleh dikesalkan kerana nasi sudah menjadi bubur.

Selain itu , perlakuan ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Jatuh bangunnya
sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri.
Akhlak remaja pad ahari ini sangat membimbangkan. Sekiranya hal ini tidak dapat dibendung
oleh pihak kerajaan dan pihak tertentu, maka tidak mustahillah masyarkakat kita akan hancur dan
binasa akibat keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu.Pihak-pihak anasir luar akan cuba
mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Musuh-musuh ini sentiasa mengintai
sekiranya peluang sudah ada di depan mata. Kesan yang ketara adalah apabila gejala sosial ini
tidak dapat dikawal. Masyarakat akan menjadi porak peranda, berpecah belah dan hilangnya
semangat perpaduan. Perkara inilah yang menajdi kebimbangan kerana atkut ianya menular
dalam kalangan masyarakat kita.

Keruntuhan akhlak juga turut memberi kesan kepada negara. Remaja sekarang perlu dipantau
kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpin untuk generasi masa hadapan. Mereka inilah
yang akan menjadi tonggak untuk memacu negara kita. Jika perkara ini tidak dibendung dari
awal, negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Tambahan pula,
kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar
berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Perbelanjaan kerajaan juga turut sama meningkat akibat berlakunya peningkatan
masalah ini. Perbelanjaan yang sepatutnya dikeluarkan untuk pembangunan negara tersekat
akibat masalah yang berlaku. Banyak wang yang dikeluarkan supaya remaja ini dapat dibentuk
seperti kempen pembentukan sahsiah pelajar. Ini adalah satu contoh perbelenjaan yang
digunakan.

Page 25
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak yang
besar kepada negara mahupun masyarakat. Bak kata pepatah, pemudi tiang negara. Namun
pemudi yang tidak berakhlak mulia adalah ibarat tiang yang rapuh. Dapatkah sebuah bangunan
yang megah berdiri dengan tiang yang rapuh? Justeru, remaja pada masa kini perlulah berfikir
secara rasional dan matang sebelum terlibat dengan masalah sosial. Ianya bukan memberi
masalah kepada remaja tersebut sahaja, bahkan kepada keluarga, masyarakat dan secara tidak
langsung, kepada negara.

RUMUSAN

Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa pembuli ialah orang yang tidak mempunyai
keyakinan diri dan kebolehan untuk berfikir yang sejati. Pembuli menganggap semua perbuatan
mereka itu sebagai lambang kekuatan merka. Malah, saya yakin ada antara pembuli beranggapan
bahawa tindakan mereka disukai oleh oran glain. Mereka berpandangan bahawa pelajar-pelajar
lain akan menghormati mereka. Semua anggapan mereka itu salah belaka. Sebaliknya, pelajar
lain akan memandang rendah kepada mereka ini. Pelajar lain juga akan berasa takut untuk
berhadapan dengan pembuli ini disebabkan kesan yang akan dialami oleh pelajar.

Gejala ini juga amat menarik kerana kesannya begitu mendalam terhadap mangsa. Sudah
banyak kes yang mendedahkan mangsa menerima rawatan di hospital kerana terlalu teruk dibuli.
Namun, satu perkara yang kita lupa ialah buli juga membawa kesan psikologi. Mungkin satu
kajian terperinci mengenai kesan psikologi terhadap mangsa buli dilaksanakan oeh kerajaan.
Maklumat ini boleh digunakan untuk mengangani masalah yang semakin serius. Gejala buli ini
mula dapat mendapat perhatian kerana sudah ada beberapa kes buli yang dipaparkan oleh media
massa. Malah, menteri Pendidikan sudah memberi komen diikuti oleh tokoh-tokoh pendidik
yang lain. Semuanya mempunyai satu kesimpulan iaitu budaya buli ini memang wujud dan harus
dikikis terus daripada sekolah.

Page 26
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

Bagi pendidikan pula, dunia pendidikan di Malaysia sedang melalui era transformasi yang sangat
dirasai gelombangnya. Kajian perlu dilakukan dalam dalam pendidikan kita agar ianya stabil dari
semua aspek termasuklah dari segi kurikulum, mata pelajaran dan pembelajaran dan juga
kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan
sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, guru perlu sedia ada memikul tanggungjawab yang
semakin berat untuk memotivasikan pelajar kerana para pendidik perlu melihat ke hadapan
dengan pandangan dan paradigma baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu
ditafsirkan secara holistik.

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja mestilah ditangani dengan segera untuk kesejahteraan dan
keselamatan negara. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan. Tetapi apa yang lebih
penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil
oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa nescaya gejala ini sukar diatasi.
Ringkasnya, gejala ini mampu ditangani jika semua pihak bersedia untuk mendengar dan duduk
untuk berbincang. Usah kita menuding jari kerana masa depan pelajar terletak pada kewarasan
kita menyelesaikan kemelut ini. Kalau kita bijak bertindak, masa depan pelajar akan lebih cerah.

Page 27
EEM 432 Isu dan trend dalam pendidikan moral 2015

RUJUKAN

Robiah Sidin. (1994), Pendidikan di Malaysia : Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur,

Fajar Bakti

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan

(2007). Faktor-faktor Mempengaruhi Pelajar Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah


Menengah Johor. Tesis Ph.D Universiti Teknologi Malaysia: tidak diterbitkan

Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng

di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat di Salah
Sebuah Sekolah di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Pendidikan

http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga.pdf

http://www.scribd.com/doc/16813816/Buli-semakin-berleluasa-di-sekolah-kita-Keadaan-ini-
menyebabkan-masyarakat-semakin-gusar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

http://bmmaya.blogspot.com/2009/03/isu-semasa-rakam-siar-aksi-buli-dalam.htm March 2009

Page 28

You might also like