You are on page 1of 6

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN PROJEK

Tangga merupakan salah satu binaan penting dalam sesebuah bangunan.Tangga


merupakan penghubung laluan naik dan turun antara satu tingkat dengan tingkat
lain dalam sesebuah bangunan. Pada masa kini,terdapat banyak bangunan yang
menggunakan lift namun tangga masih lagi menjadi salah satu struktur wajib pada
sesebuah bangunan untuk tujuan kecemasan dan keselamatan. Tangga juga boleh
dibina dalam satu larian lurus dan belok.

Setiap anak tangga mengandungi bahagian yang mengufuk yang dipanggil


jejak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak dipanggil
penaik. Tangga untuk rumah-rumah kediaman biasanya dibina daripada kayu,tetapi
bahan lain juga digunakan seperti konkrit,keluli,bata dan sebagainya.

Tujuan projek ini dijalankan bagi memenuhi keperluan program Diploma


Vokasional Malaysia. Projek ini merupakan projek membina tangga untuk laluan ke
Dewan Makan. Projek ini dibina atas tanah hak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Projek ini dijalankan di kawasan Blok E di asrama lelaki KV SHAS Kuala Lipis.
Antara kerja yang dilakukan ialah merancang tanda,mengikat tetulang,mengikat
bata,kerja melepa dan kerja kemasan.

Pembinaan tangga ini adalah untuk memberi kemudahan serta


meningkatkan keselamatan kepada pelajar lelaki yang menetap di Blok E. Hal ini
demikian mampu mengurangkan kadar kemalangan di asrama. Projek ini mampu
memberi keselesaan kepada pengguna untuk menjalankan rutin harian mereka. Hal
ini adalah jarak antara Dewan Makan Asrama dengan Blok E ini agak jauh namun
dengan pembinaan tangga mampu menjadi jalan alternetif kepada pengguna
terutamanya penghuni Blok E.

1.1 LATAR BELAKANG

Pembinaan tangga Blok E KV SHAS Kuala Lipis ini terletak di bawah Blok E kolej
kediaman pelajar lelaki dan jalan tar yang menghubungkan Blok-blok kolej
kediaman dengan tempat belajar. Kedudukan yang strategi yang mampu
memendekkan jarak berjalan dari Blok E ke Dewan Makan Aspura,Koperasi Kolej
Kediaman dan Pejabat Asrama. Selain itu,dengan adanya tangga ini mampu
memudahkan segala urusan pelajar asrama seharian. Sebelum tangga ini
dibina,kebanyakan pelajar Blok E menuju ke Dewan Makan Asrama Aspura dengan
menggunakan pelbagai kaedah yang boleh mengundang kecelakaan dan boleh
berlaku kepada mereka.

Rajah 1: Pelan lokasi


1.2 PENYATAAN MASALAH

Pemasalahan utama dalam konteks ini ialah keselamatan dikalangan pelajar ketika
menggunakan kawasan tersebut tanpa tangga.Kebanyakan pelajar Blok E
memandang remeh mengenai hal keselamatan. Tindakan mereka mampu
mengundang padah kepada pelajar itu sendiri malah pihak pentadbiran KV SHAS
Kuala Lipis.Pelbagai kaedah yang digunakan untuk naik ke Dewan Makan Aspura
melalui kawasan ini. Antara kaedah yang kerap dilakukan ialah memanjat tembok
penahan dengan palang besi yang sudah karat,kerusi yang berkeadaan rapuh dan
hampir retak.

Jarak laluan asal yang jauh dari Blok E dengan Dewan Makan Asrama KV
SHAS Kuala Lipis.Permasalahan ini akan menyebabkan pelajar asrama terutama
Blok E sukar membuat rutin harian. Oleh kerana demikian,pengkaji telah membuat
borang selidik kepada penghuni Blok E untuk mendapatkan maklum balas
mengenai tangga akan dibina.

1.3 TUJUAN PROJEK

Projek pembinaan tangga Blok E KV SHAS Kuala Lipis ini bertujuan memenuhi
syarat Projek Tahun Akhir Diploma Vokasional Malaysia(DVM) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) bersama Malaysian Qualifications Agency
bagi mengiktirafkan Diploma Vokasional Malaysia(DVM) dan Diploma Kemahiran
Malaysia(DKM) kepada pelajar Kolej Vokasional. Selain itu,projek pembinaan
tangga ini membantu pihak pentadbiran KV SHAS Kuala Lipis untuk menyediakan
kemudahan pelajar asrama. Hal ini demikian,pihak kerajaan seperti Jabatan Kerja
Raya(JKR) dan KPM tidak menyediakan tangga di kawasan itu kerana struktur
tersebut tidak dinyatakan dalam pelan bangunan KV SHAS Kuala Lipis. Oleh
itu,pembinaan tangga ini akan mengurangkan kadar perbelanjaan kerajaan bagi
menyediakan tangga tersebut.

Pembinaan tangga ini juga menambahkan keselesaan kepada


pengguna,terutama Blok E asrama lelaki KV SHAS Kuala Lipis. Jarak yang jauh
menyukarkan pelajar melakukan rutin harian terutama dari segi makanan dan
minuman. Tangga ini membantu pelajar menguruskan masa makan dengan
tepat.Hal ini demikian pengurusan masa sangat penting bagi pelajar asrama. Oleh
sebab itu,tangga ini mampu menyikatkan masa dan mengurangkan tenaga badan
untuk pergi ke Dewan Makan Asrama KV SHAS Kuala Lipis.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Kajian ini dibuat atas keprihatinan pengkaji terhadap masalah-masalah dihadapi


oleh penghuni asrama lelaki Blok E. Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk
mengkaji punca kepada masalah tersebut. Daripada data yang diperoleh,
seterusnya permasalahan ini dianalisis dan ditangani melalui penghasilan strategi.
Terdapat tiga (3) objektif kajian yang hendak dicapai. Objektif bagi kajian ini adalah
untuk :

I. Pembinaan tangga untuk tujuan keselamatan dan mengurang kadar


kemalangan
II. Memudahkan penghuni Blok E ke Dewan Makan KV SHAS Kuala
Lipis
III. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk membina sesuatu struktur
pembinaan.

1.5 KEPETINGAN PROJEK

Kepentingan yang dapat dihurai dalam projek pembinaan ini adalah meningkatkan
keselamatan dalam kalangan pelajar asrama. Keselamatan adalah sangat penting
bagi memastikan sebarang kecelakaan atau kemalangan tidak berlaku.Kemalangan
mampu berlaku pada bila-bila masa tetapi dengan perumpamaan “baik dicegah
sebelum merawat”. Isu tidak mengambil berat mengenai keselamatan menjadi
punca besar terhadap projek pembinaan tangga ini. Pelajar asrama menggunakan
laluan ini dengan cara yang tidak selamat.Ini akan mendatangkan risiko besar
dalam konteks kemalangan yang mampu membuat pelajar itu tercedera ringan atau
berat.Oleh itu,pembinaan tangga ini akan dilaksanakan bagi memudahkan pelajar
asrama menggunakan laluan ini dengan selamat. Pelajar juga akan merasa selamat
dan yakin ketika tangga ini disiapkan

Selain itu,kepentingan yang dapat dijelaskan ialah memudahkan urusan rutin


harian terutama rutin makanan pelajar asrama.Dalam konteks ini,ketiadaan tangga
ini akan menyebabkan pelajar asrama tercedera dan penat berulang-alik
menggunakan laluan yang jauh. Laluan yang jauh antara sebab projek pembinaan
tangga ini dilakukan.Ini akan meletihkan dan membuang masa pelajar untuk pergi
ke dewan makan dengan menggunakan laluan asal. Masa sangat penting dalam
pengurusan diri ketika berada di asrama. Oleh yang demikian,pembinaan tangga ini
akan memendekkan jarak perjalanan dan menyingkatkan masa perjalanan pelajar
untuk pergi ke dewan makan asrama KV SHAS Kuala Lipis.

1.6 SKOP KERJA

Skop projek yang dibangunkan dalam membina tangga di Blok E kolej kediaman
pelajar lelaki Kolej Vokasional Shas Kuala Lipis. Projek ni juga dapat memberikan
kelebihan kepada penghuni Blok E KV SHAS Kuala Lipis untuk memiliki jalan
pintas ke Dewan Makan Asrama. Skop kerja yang dijalankan adalah membina
tangga bata dan tangga konkrit. Pembinaan tangga ini juga memberi impak sebagai
pelajar Kolej Vokasional melakukan sesuatu projek.

Projek membina tangga ini dilakukan dengan konsep yang berlainan kerana
projek ini menggunakan konkrit tanah liat hasil campuran simen,pasir,pecahan bata
tanah liat dan air. Konkrit campuran bata tanah liat ini dijadikan inovasi terhadap
pembinaan tangga Blok E KV SHAS Kuala Lipis. Antara kerja yang terlibat dalam
projek ini adalah membina tangga bata dan tangga konkrit. Selain itu,melakukan
kerja kemasan pada tangga tersebut bagi menambahbaik nilai estetika tangga
tersebut.
1.7 KESIMPULAN

Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadikan
asas dan hala tuju projek ini. Di dalam bahagian objektif projek,penyelidik telah
menetapkan maklumat yang hendak dicapai di akhir projek ini. Projek ini turut
dibataskan skopnya bagi mudah dan munasabah untuk dilakukan dan
permasalahanya juga dinyatakan dengan jelas.

You might also like