You are on page 1of 2

Dalam Mahkamah Rayuan Di Malaysia

Dr Mores Jones v PP

Dr. Mores Jones telah didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuantan atas tuduhan
membunuh seorang bayi bernama Zeena. Fakta- fakta berikut adalah tidak dipertikaikan:

Pada masa kejadian, Dr. Mores Jones bertugas di unit kelahiran pramatang di sebuah
Hospital daerah di negeri Pahang, Malaysia yang dikenali sebagai Hospital Excellent.
Beliau sebelum ini telah memberi kuasa untuk menggunakan sistem sokongan hayat
pada bayi yang bernama Zeena, yang mempunyai peluang untuk hidup untuk jangka
masa yang melebihi beberapa jam adalah tipis tanpa alat sokongan. Matlamat beliau
ialah memastikan bayi Zeena terselamat dan berada dalam keadaan yang baik walaupun
dia dilahirkan pramatang. Di hospital tersebut hanya terdapat satu sistem sokongan hayat
sahaja. Selepas 5 jam menggunakan sistem sokongan tersebut, keadaan bayi Zeena
agak stabil dan Dr. Mores Jones mencadangkan bahawa bayi Zeena perlu menggunakan
sistem sokongan hayat untuk jangka masa yang lebih panjang. Walau bagaimanapun
sejam selepas keputusan dibuat, beliau telah dimaklumkan bahawa, bayi yang bernama
Yasmine juga memerlukan sistem sokongan hayat dan Yasmine baru sahaja dilahirkan
beberapa minit yang lalu. Yasmine telah dibawa ke unit tersebut kerana memerlukan
sistem sokongan dengan segera.

Disebabkan tiada alternatif lain yang wujud, Dr. Mores Jones terpaksa membuat
keputusan dengan segera dan beliau memutuskan untuk mencabut sistem sokongan
hayat dari bayi Zeena untuk memberikan ruang kepada anak yang baru lahir iaitu bayi
Yasmine. Dr. Mores Jones membuat keputusan ini sepenuhnya atas inisiatif sendiri,
tanpa merujuk kepada rakan-rakan perubatannya yang lain termasuk ibu bapa kepada
bayi Zeena. Bayi Zeena meninngal dunia tidak lama selepas itu, dan bayi Yasmine
meninggal dunia 5 hari kemudian ketika masih menggunakan sistem sokongan hayat.
Dalam Mahkamah perbicaraan, hakim perbicaraan, Clever J. memutuskan bahawa Dr.
Mores Jones didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh bayi Zeena berdasarkan
alasaan-alasan berikut:

1. Dr. Mores Jones telah menyebabkan kematian bayi Zeena, kerana bayi tersebut,
walaupun dilahirkan pramatang, boleh hidup lebih lama jika sistem sokongan
hayat tidak dicabut; dan
2. kerana Dr. Mores percaya bahawa sistem sokongan hayat akan memberikan
peluang untuk bayi Yasmine bertahan atau mempunyai jangka hayat yang lebih
lama dari bayi Zeena bukanlah satu pembelaan kepada pertuduhan tersebut.

Dr. Mores Jones tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah perbicaraan dan
merayu kepada Mahkamah Rayuan atas alasan bahawa kedua-dua keputusan adalah
salah, dan sabitan ke atas beliau adalah sewajarnya tidak selamat.

You might also like