You are on page 1of 8

FAIL MEJA GURU TINGKATAN

1. Tugas-Tugas Guru Kelas

1.0 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru

1.1. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar baru kepada
Jawatankuasa Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran
daripada JK Pendaftaran dan isi maklumat pelajar ke dalam buku pendaftaran seperti
ditentukan oleh JK Pendaftaran. Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari
pertama pelajar hadir ke sekolah.

1.2. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail peibadi dibawa
bersama / tidak diterima dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat
susulan memohon maklumat /fail peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan
borang permohonan daripada pejabat dan berurusan dengan PT yang
bertanggungjawab.

1.3. Rujuk carta aliran 1 perpindahan masuk pelajar.

2.0 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri

2.1. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/ PK HEM
terlebih dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat .
Borang yang dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/
JPN.

2.2. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/ JPN. PK HEM akan
memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari pihak PPD/JPN

2.3. Pertukaran pelajar dan pemotongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat
setelah mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan
kedatangan saja dipotong . Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut:

Cara Betul
Mac 1 2 3 4 5 6 7
Aisyah bt Berhenti mulai 6 . 3. 13
Syukri
Carmen Lim Ji Bertukar ke SMK Kubong mulai
3.3.13

2.4. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin membawa bersama
buku-buku tersebut minta pelajar mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT).
2.5. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan.
2.6. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan:

a. Fail Peribadi
b. Buku Rekod
c. Kad Kesihatan
d. Buku Kesihatan
e. Kad Pafa

1
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

g. Markah kokurikulum
h. dan lain-lain yang berkenaan

3.0 Kehadiran
3.1 Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah
menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut:

Surat Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P)


Berturut-turut Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke - 10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas


( Hari Ke - 11) Amaran Pertama (Hari Ke -
20)

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran
(Hari Ke - 18) Kedua (Hari Ke - 40)

* Surat Tunjuk Sebab Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari


(Surat Berdaftar)

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari


* Buang Sekolah * Buang Sekolah

3.2 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan –
untuk waris murid, fail sekolah dan fail register.

3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah.
Surat daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat
menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama
buku JKM.

3.4 Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat
respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam
borang yang dibekalkan.

4.0 Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan dan Penyelia Tingkatan dalam
Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid
4.1 Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua butir –butir murid
perlu dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam
adalah dilarang. Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis
yang kemas serta ditandatangani.
4.2 Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong Kanan bagi
sesebuah kelas
4.3 Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM
sebenar selewat-lewatnya pada minggu akhir Januari.

2
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

4.4 Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut
dilengkapkan
o Nama murid
o Jantina
o Bilangan Sekolah
o Tarikh Masuk
o Bangsa
o Agama
o Nombor Kad Pengenalan
o Tarikh lahir
o Nombor Surat Beranak
o Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan
o Nama ibu bapa/penjaga
o Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga
o Alamat ibu bapa/penjaga
o No. telefon ibu bapa/penjaga
o Pekerjaan ibu bapa/penjaga
4.5 Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan
Sekolah bagi murid tingkatan 6 Rendah baru, atau murid baru berpindah masuk
( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu
pertama Februari). Bagi murid tingkatan 2 – 6 nombor bilangan sekolah boleh
dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya.
4.6 Semak semua butiran untuk memastikan i tiada berlaku kesilapan sebelum
menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenar dan
SMM.
4.7 Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula
JKM ke rak di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 2.00 Petang
4.8 Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran-yuran
dan mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat.
4.9 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke
bulan hadapan.
4.10 Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.
4.11 Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut
abjad, (susunan murid lelaki didahulukan, diikuti murid permpuan).
4.12 Guru tingkatan menandakan kedatangan dengan cara:

o tandakan / untuk murid yang hadir


o tandakan O untuk murid yang tidak hadir
o tandakan L untuk murid yang lewat
o tandakan P untuk murid yang ponteng
o Tandakan untuk murid yang hadir dengan kenyataan.
o Tandakan W untuk murid yang mewakili sekolah

4.13 Jumlahkan kedatangan harian:


o jumlah murid yang tidak hadir
o jumlah murid yang hadir

3
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

o jumlah murid sepatutnya dalam kelas

4.14 Pada akhir bulan:


o jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan
berkenaan
o menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan
o menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan
o menulis peratus kedatangan
o menulis hitung panjang kedatangan
o menulis bilangan murid yang masuk
o menulis bilangan murid yang keluar
o menulis bilangan murid pada akhir bulan
o menulis hitung panjang ramai murid
o tandatangan guru tingkatan

4.15 Semakan JKM akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap bulan.
Borang semakan diserahkan kepada PK HEM.

4.16 Guru Tingkatan Kedua akan mengambilalih tugas Guru Tingkatan apabila
Guru Tingkatan tiada di sekoah. Guru Tingkatan perlu memaklumkan kepada
Guru Tingkatan Kedua sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya di
sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-
dua guru tingkatan atau guru tingkatan kedua tiada di sekolah, Kaunselor
akan mengambilalih tugas ini.

4.17 Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan


o semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah
dilengkapkan
o semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkapkemaskini
o semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan
ditandatangani
Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan

5.0 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas

5.1 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan
Mengenai kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK Bangunan,
Perabot dan Penyelenggaran supaya tindakan dapat diambil.

5.2 Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik serta
selamat.

4
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

5.3 Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam daftar inventori


dipatuhi.

5.4 Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak perlu
dimaklumkan kepada Jawatan kuasa aset.

5.5 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan di


dalam kelas.

5.6 Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan.

5.7 Melaporkan kemalangan yang berlaku.

6.0 Disiplin

6.1 Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin
bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru
disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan.
Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman)

6.2 Guru tingkatan / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang
sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid atau Penyelia Petang.

6.3 Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang
timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan
Kelas. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes kepada guru tingkatan dan juga
guru disiplin.

6.4 Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta
kebenaran guru tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta
waktunya dalam buku pengesanan kelas.

6.5 Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat
daripada kaunselor . Masa pelajar keluar dan masuk dicatatkan dalam buku
pengesanan.

6.6 Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran
disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama. Panefore , warna
rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon
bimbit.

7.0 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas

7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu
sahaja menggunakan pas kebenaran khas.
7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar yang perlu
sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak menyalahgunakan
masa yang merugikan mereka.

5
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas.
Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata
pelajaran berkenaan.

8.0 Kebersihan Dan Kekemasan

Bilik Darjah

8.1 Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual
bertugas harian.
8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas iaitu sebelum 7.00
pagi. Seramai 3 orang pelajar yang dibertanggungjawab perlu berada di kelas dan
kawasan angkat untuk melaksanakan tugas.
8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar)
atau di tempat buang sampah.
8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa.
8.5 ‘Papan Hitam hendaklah dibersihkan.
8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah , menyusun kerusi
meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah.
8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan
dalam kelas hendaklah dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu
pengetahuan. Hiasan kelas boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan
guru
8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan
wajib dilengkapi dengan :
a. jadual waktu kelas
b. Carta organisasi kelas
c. Jadual bertugas murid
d. Pelan kawad kebakaran
e. Vis dan misi sekolah
f. Rukun negara
g. Inventori bilik darjah
h. Senarai nama pelajar
i. peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek.

8.9 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :


a. penyapu
b. bakul sampah
c. pemadam
d. penyodok
e. marker pen
f. kain pengelap tingkap
g. Buku pengesanan kelas
h. Buku bintang lima
i. Buku laporan mesyuarat MGT- MKT

6
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

9.0 Tugas Buku Pengesanan Kelas


9.1 Guru tingkatan / guru mata pelajaran waktu pertama perlu memastikan tarikh,
nama guru, jumlah kehadiran, nama murid tidak hadir , murid yang lewat
dicatatkan setiap hari.
9.2 Menyemak buku pengesanan setiap hari jumaat dan rekodkan kesalahan murid
untuk dipanjangkan kepada guru disiplin
9.3 Buku tingkatan juga perlu sentiasa peka kepada catatan disiplin yang direkodkan
oleh guru-guru subjek.

10.0 Hal ehwal Biasiswa dan bantuan

10.1 Guru biasiswa dimnta untuk memberikan senarai nama dan nombor
biasiswa murid yang menerima biasiswa kepada guru-guru tingkatan setelah
menerimanya daripada pihak JPN/ PPD.
10.2 Guru tingkatan perlu mengenalpasti pelajar yang memerlukan
biasiswa atau bantuan lain dan menyerahkan senarai tersebut kepada JK
Biasiswa dan Kebajikan pelajar pada awal tahun dan akhir tahun jika pelajar
ini masih belum mendapa apa-apa bantuan.

11.0 Buku Rekod Belajar


11.1 Guru tingkatan harus memastikan semua pelajar mempunyai fail peribadi
dan Buku Rekod Belajar, kad kesihatan, kad pergigian . Jika hilang minta
murid beli daripada koperasi sekolah.
11.2 Semua butiran diri di dalam Buku Adab Belajar mesti dikemaskini dengan
butir terkini beserta foto pelajar.
11.3 Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan
peperiksaan Pertengahan tahun dan akhir tahun.

12.0 Skim Insuran Takaful


12.1 Guru tingkatan perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat
dalam sebarang kemalanan yang mengakibatkan kecederaan / kematian
atau kemalangan biasa kepada guru Kebajikan / PK HEM.
12.2 Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan
bertulis hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak
Takaful
12.3 Pengesahan / Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan
semasa permohonan tuntutan dibuat.

13.0 Sijil Berhenti dan Surat Akuan


13.1 Semua guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan
tersebut untuk murid di dalam kelas Tingkatan 5, tingkatan 6 dan pelajar-
pelajar berpindah yang memerlukannya.
13.2 Guru tingkatan perlu memastikan pelajar melengkapkan borang asal dan
memastikan butiran tepat sebelum menaip masuk butiran dalam komputer
mengikut format yang disediakan (rujuk folder masing-masing)
13.3 Sijil sebenar boleh diambil daripada PK HEM dan pastikan butiran yang ditaip
disemak dan tiada kesilapan sebelum dicetak.
13.4 Sijil dan surat akuan yang telah dicetak difailkan dan dihantar ke pejabat untuk
ditandatangani oleh Pengetua.

7
FAIL MEJA GURU TINGKATAN

13.5 Tarikh sijil mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan pada sesuatu
sesi persekolahan.

You might also like