You are on page 1of 10

PRAKASH VIJAYAKUMAR

PRESIDENT
INDIAN YOUTH ASSOCIATION MALAYSIA

Ayat Mudah daan Ayat Majmuk


AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada
satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti
didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan
sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun
….namun
dan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang
berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :


1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli
gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.


Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan
melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.


Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.


Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan
pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual
berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh
Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam
itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung
ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-
rakan.

Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu
menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk
menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu
bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga.
Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan
tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap.
Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman.
Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan
persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai
pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-


undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman
supaya dapat dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :
Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah
jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang
hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok
Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan.
Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Soalan 2 :
Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun
1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting.
Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman
itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah
telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan
kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :
Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat
cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang
meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu
meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan
harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat
dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 4 :
Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England,
Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah
selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa
telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar.
Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin
mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN


Panduan kepada pelajar :
1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNAMERAH
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!
2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH.
LATIHAN spm 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-
binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini
binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada
kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan
hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap
hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-
binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca
daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka
dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai
aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa
pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada
masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa
adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan
yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyendireka untuk


memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai
aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyenkepada
masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebutmenunjukkan bahawa
adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-
adegan yang dipaparkan
LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen.


Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-
kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan
remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak
bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di


televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM danrancangan-
rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau
unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik danmereka tidak
bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.


Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian
Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu
mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di
sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini
memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini
diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.


pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana
langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang
berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang
kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini
diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki
bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak.
Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka
baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam
jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama
dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa
disedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak
beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-
faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk
mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati
pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang
ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku
sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka
adalah untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang
ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka
berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut
termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia yangmanusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka
berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.
Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan
lapisan ozon.
LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama
pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan
kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada
nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini
bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini


adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan
tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan
tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini
bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan
suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan.
Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha
tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada
pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan
kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapatmenggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada
bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang
terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan
timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu
termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran
berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan
rumusanyang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan
di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan
langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya
pelbagai masalah alam sekitar.
3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, danpencemaran
udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti
pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu
bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri
pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai
punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini
sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah
bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk
“keperluan esok”.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu
bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran
sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya
mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam” sedangkan yang
diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul
oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota
masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah
tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah
kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan
perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma
masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan
tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebutterpaksa


dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul
oleh anggota masyarakat juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebutbegitu
rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan
remaja ini berlaku mengikut peredaran masa.
3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan
yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan
kepentingan masyarakat serta perlakuan tersebutmewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian


sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu
sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod
penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan
oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan
kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan
sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian


sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu
sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang
terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat
korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal
inimembayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada


Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para
cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi
itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan
kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang
kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam
menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu..
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan
itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung


pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para
cendekiawan Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi ituberasaskan
tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-
unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur
yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan
itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

You might also like