You are on page 1of 10

TERIMA KASIH KERANA BERMINAT

eBook 8 muka surat ini hanya mengambil


masa 8 minit 37 saat untuk dihabiskan.

‘Scroll’ ke bawah, hadam & praktikkan


untuk bisnes anda mulai esok!

Muhamad Suffian Salahudin


suffiansalahudin.com

Nota:
Syafiq adalah salah seorang daripada
klien-klien saya.

Masalah yang beliau alami ialah iklan


beliau ramai orang klik, tapi tak ada
orang beli.

Selepas mengenalpasti masalah


sebenar, saya beri tiga tips
penyelesaian.

Tips yang pertama ditulis di muka surat


sebelah…
Tips #1 – Ayat Mesra-Scanner

Tahukah anda ?
79% pengguna internet tidak
membaca ayat iklan anda.
Sebaliknya, mereka ‘scan’!
Ya!
Mereka ‘scan’ isi penting sahaja.

Lagenda pengiklanan, Dan Kennedy,

menulis dalam bukunya The Ultimate Salesletter :


( Tuan Faisal Abdullah syorkan baca buku ini )

Ada dua jenis pembaca,


satu adalah pembaca yang membaca satu demi satu perkataan,

dan satu lagi adalah jenis scan .

MAJORITI pembaca jenis ‘scan’.

Dalam satu kajian lagi,


daripada firma kajian web terkenal,
Nielsen Norman Group (nngroup.com) , mendapati :

79% pengguna internet adalah dari kalangan ‘scan’.

Jadi, apa perlu pengiklan buat ?

ü Kita perlu mudahkan mereka membaca isi penting.

ü Kebanyakan yang klik dan tak baca ayat iklan bukan mereka
tak minat nak beli. Mereka sakit mata nak ‘scan’.
Lihat contoh di bawah, untuk lebih kefahaman.
( Jika anda perasan, muka surat sebelumnya adalah contoh ayat
mesra-scanner )

Adakah mudah untuk prospek baca


ayat iklan di bawah ?

Mata kita lebih sedap membaca jika begini (lihat muka surat
seterusnya )
=======
6 Trik Cantikkan Ayat Iklan Supaya Mesra-Scanner
=======

- Jangan tulis karangan

FB ini laman sosial.


Jadi, penulisan hendaklah ringkas tapi padat dengan info.

- Hadkan barisan bagi setiap perenggan

Maksima 3 barisan sahaja bagi setiap perenggan.


Pastikan setiap barisan tidak melebihi 9 patah perkataan.
Untuk poin penting, sebaiknya satu baris sahaja.
- Cipta headline dan subheadline bagi setiap perenggan baru.

Untuk produk yang perlukan keterangan, bina headline dan


subheadline bagi setiap tajuk kecil.

Contoh: cara penggunaan produk, kandungan produk,


testimoni, dan lain-lain.

- Manfaatkan white-space ( line kosong )

Selang-seli penggunaan white-space.


Ada bahagian kita tekan Enter sekali, dan ada bahagian
kita Enter 2 kali.

Ini untuk mengelakkan mata pembaca jemu melihat


keseragaman white-space.

- Gunakan fungsi bold/italic dan simbol

Untuk keyword penting, gunakan bold atau italic.


Untuk penulisan senarai, gunakan bullet-point.

Simbol boleh didapati melalui website seperti


http://gschoppe.com/projects/fbformat/

- Semak semula ayat, sebelum publish

Selepas siap menulis,

Baca semula dan tanya, Adakah aku dah highlight


keyword penting?, Adakah mata aku tak semak nak baca?

NOTA: Ayat jualan Syafiq sebenarnya saya hampir


tak ubah langsung, cuma ubah ikut 6 trik di atas.
Tips #2 – Value Statement

Nyatakan nilai RM sesuatu tawaran yang kita berikan.

Ini sebenarnya sangat mempengaruhi prospek.

Contoh #1 :

(a) Diskaun 20%

VS.

(b) Diskaun 20% ( Jimat RM40 )

Ayat (b) nampak lebih bernilai daripada ayat (a)

Contoh #2:

(a) 17 pelanggan pertama akan menerima sehelai baju jersi


secara PERCUMA.

VS.

(b) 17 pelanggan pertama akan menerima sehelai baju jersi


bernilai RM49 secara PERCUMA.

Ayat (b) nampak lebih bernilai daripada ayat (a)

NOTA: Dalam kes Syafiq, tips ini digunakan dalam ayat jualan
dan juga ayat SMS follow-up. Nilai RM ‘free gift’ dinyatakan.
Tips #3 – Irresistable Offer

Irresistable Offer = Tawaran ‘Gila Aku Tak Beli’

Ini adalah antara bahagian paling kritikal dalam penulisan


ayat jualan.

Ilmu ‘customer avatar’ sangat memainkan peranan di sini.

Terdapat pelbagai jenis taktik irresistable offer .

Berikut adalah 3 taktik ‘irresistable offer’ yang digunapakai


dalam bisnes Syafiq.

====
Taktik #1: Tawaran Risk-Reversal
====

Pembelian online ada kelemahan yang besar iaitu


prospek tidak dapat lihat dan pegang produk.

Jadi, timbul persepsi ‘risiko tak berbaloi’ dalam minda


pelanggan.

Untuk mengatasi masalah ini, pemberian money-back-


guarantee’ sangat berkesan.

Ini supaya persepsi prospek bertukar menjadi “tak apalah, tak


puas hati dapat duit balik.”

NOTA: Jangan takut untuk memberi money-back guarantee.


Sejak tahun lepas, belum ada pelanggan yang mohon
‘refund’ daripada Syafiq.
====
Taktik #2: Tawaran Limited-Quantity Bonus
====

Daripada kempen pemasaran yang saya jalankan sebelum ini,


tawaran ‘limited-quantity bonus’ lebih tinggi conversion rate
berbanding ‘limited-time discount’.

Maksudnya,
Pelanggan lebih suka dapat banyak item, daripada
pengurangan harga.

Dan, sedikit urgency digunapakai dengan menyatakan bonus


hanya terhad kepada kuantiti tertentu sahaja.

Free Bonus + Urgency = Limited-Quantity Bonus

Limited-Quantity Bonus bermaksud pemberian free-gift hanya


untuk kuantiti tertentu.

Contoh:

Dalam kes Syafiq, beliau saya sarankan beri free-gift


kepada 21 pelanggan pertama sahaja setiap hari.

Kemudian, pelanggan ke ‒ 22 perlu menunggu giliran


apabila kuota dibuka semula esoknya.

Dengan cara ini, secara tidak langsung menghasilkan


demand terhadap produk tersebut sebelumpun iklan
dijalankan keesokannya.

NOTA: Jangan teruskan jualan selepas melebihi kuota. Ia


bakal menimbulkan persepsi ‘fake urgency’ atau penipuan
dalam ayat jualan.
====
Taktik #3 ‒ Bonus Repackaging
====

Salah satu cara memberikan bonus tanpa mengeluarkan kos


adalah dengan repackage produk tersebut.

Contoh:

Dalam kes Syafiq, produk utama beliau terdiri daripada 5 item.

Apa yang saya sarankan kepada Syafiq adalah:

1) Pecahkan kepada 5 item berasingan ;


2) Produk utama dijual pada harga RM150 dan ;
3) 4 item lain diberi PERCUMA sebagai bonus .

Jadi, prospek akan berasa produk tersebut berkualiti, sebab


harganya mahal. Produknya saja RM150/kotak.

Dan pembelian adalah pembelian yang berbaloi (bargain deal)


kerana disertakan 4 item lain secara percuma.

Menariknya, repackaging ini dibuat dengan mengubah struktur


ayat sahaja.

Tiada kerja fizikal dilakukan.

Struktur ayat diubah dengan menyatakan satu persatu pemberian


item bonus pada ayat jualan.

NOTA: Bonus yang diberi hendaklah bertepatan dengan


niche tersebut supaya ‘conversion rate’ tidak terjejas.
Terima kasih kerana membaca sampai ke akhir ebook.
=)

Sebagai menghargai masa dan tenaga Tuan/Cikpuan,


saya menjemput Tuan/Cikpuan untuk
sertai Group FB Tertutup saya.

Di situ saya akan kongsikan


lebih banyak strategi dan case study
untuk rujukan bersama.

Nantikan emel jemputan ke Group FB saya


dalam masa 24 jam dari sekarang.

Sekian,
Terima kasih.
Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan.

Ikhlas,
Muhamad Suffian Salahudin
FB : www.facebook.com/muhamad.s.salahudin

Jika ada sebarang soalan/komen, hubungi saya


di www.facebook.com/messages/muhamad.s.salahudin

Profil Muhamad Suffian Salahudin

[+] Usahawan internet sejak 2011


[+] Bukan pakar FB Ads
[+] Gemar mengkaji bidang conversion
optimization strategy , iaitu, strategi
membina puak pelanggan kepada
bisnes.

You might also like